28 December 2012

Pizza Hut + The Store = Hangout Kengkawan

Assalamualaikum.

Hye uolls. Lama kan kite tak hapdet cerita baru. Asyik-asyik GA. Naik meluat semua orang tengok. Kalau boleh nak ambil mikropongg jerit " KAMILA SUDAH-SUDAH LAH DENGAN GA HAPE KEBENDANYA TUHH HOI HOI!! " So, semua kalau rasa muak macam aku jugak, jom kita muntah pelangi secara berjemaah. Lebih 'afdhal'.

Ini adalah contoh muntah pelangi secara solo dengan muka bajet cute (pasti ini Lina)

Cerita sebenarnya, Khamis ritu, aku pi gathering dengan kawan-kawan SMKAP. Tu semua geng-geng aku la. Ada yang tak mai atas dasar tak boleh mai. Hakhak. Yang penting, kami ikut slogan Puteri, YANG PENTING, KITA ENJOY! Enjoy yang tersangat-sangat enjoy terlebih dose. Tahap kegedikan kami amat terserlah hari tersebut.


Aku mai ja Pizza Hut, Madi dah tercongok macam model Pizza Hut yang tak bergaji. Kami naik, dah ada Insyirah, Mizah dengan Aishah. Ohh begitu ayu mereka itu. Mai-mai tu, pot-pet pot-pet, sembang itu ini sampai orang tengok kami. Ada couple ni, maybe dah kawin dah kot mana aku tau. Takkan nak pi mintak surat nikah depa kot. Kang nak makan piza jadi makan penampaq free ja hari tu. Depa sampai lepas aku sampai dan balik sebelum kami balik. Awesome kan kami? Tapi, aku tengok depa mana makan piza pun. Pastu, yang pompuan tu macam dok tengok kami. Jeles la tu tak boleh join kami bersembang sambil cicah roti dalam sup cendawan.

Then, Piqah sampai. Amboi ayunya beliau dengan skirt beliau. Makin sweet beliau aku lihat. Lina cakap baju ala-ala nak pi garden party. Ehhh dia ada cakap ka. Biaq lah. Lina sampai agak lewat. (Ini hanya propaganda nak bash Lina). Dengan baju hijau beliau, berjalan ayu pulokss dengan malu-malu kucing siam itu. Ohhhh betapa meluatnya.

Sorry tiada gambar pizza untuk ditontoni anda kerana piza dah disembunyi dalam perut

Lepas tu, kami dengan jalan itik pulang petangnya ke The Store. Lina dengan Aishah dah balik awal. Ada nak beli barang, ada yang nak window shopping macam aku. Jalan-jalan punya jalan kami beli tudung. Serius, aku megaku hari tu first time aku beli pashmina. Serius! 

Dah sampai The Store, jumpa pulak baju on sale! Tengok cantik. Faizah suruh try. Aku cakap tak mau beli, baik tak payah try. Last-last try jugak. Satu perkara yang terjadi kat tempat pakain hati tu ialah kami pakat-pakat try baju kat fitting room. Satgi baju ini, satgi baju itu. Last-last aku beli jugak! Tak dinafikan, pompuan memang tak boleh tengok baju sale. Ehhh wait, aku bukan jenis shopping tak ingat dunia. Baju aku tak banyak, lagi pun kebetulan baju murah. I sambar la..

Pssst.. Kalau nampak aku pakai baju ni kat luar, tegur-tegurla

Balik cakap kat mak...

Aku : Mak, adik beli baju!

Mak : Beli lagi?

Kesimpulannya, aku memang seronok shopping dengan kawan-kawan. Kawan-kawan akan bagi pendapat dan sebagainya. Serius syok shopping dengan Insyirah, Faizah dan Madi. Nanti kita jalan-jalan lagi tau! Tapi tunggu kami dah berduit la. Berkopak la duit aku lama-lama.



Okey, takat tu ja kot aku rajin nak taip. Sebelum tu, kepada peminat  SNSD, boleh tengok video baru diorang ni...

SNSD - Dancing Queen



SNSD - I Got A Boy (Drama Teaser)


P/S : Lain bebenor muka aku dengan Tiffany..

22 December 2012

Cara Nak Tukar Facebook Chat Layout

Assalamualaikum..

Malam ni rasa nak buat tuto. Tapi bukan tutorial untuk BLOG, tapi untuk FACEBOOK.

Korang nak tak bila chat ja, layout dia comel dan kawaii macam ni??!!!


1) First, pergi dekat Chrome Web Store dan cari Facebook Chat Layout atau senang klik SINI. Senang kerja hampa!

2) Klik Add To Chrome.


ATTENTION : Aku punya dia tulis 'Added' sebab aku dah add tau! Jangan konpius tau uolls...

3) Then, pergi kat korang punya facebook dan refresh.

4) Pastu, jadi macam gambar kat bawah ni kan? Layout dah berubah kan? 


5) Kalau tak nak yang Rilakkuma punya, korang boleh cuba yang Hello Kitty punya. Klik simbol bear kat atas sekali tu.


6) Tink! Jadi macam ni pulak. Keluar facebook chat layout versi Hello Kitty!


7) Kalau rasa tak nak jugak Hello Kitty, korang boleh tukar balik ke layout Rilakkuma dengan klik simbol yang sama.

Cute kan? Selamat mencuba dan 'chat'lah dengan kelas dan bergaya sampai mak cik jiran sebelah pun boleh jeles. 

Kredit : Kak Uzu

P/S : Madihah Zainal tu kawan kite. Sorry la buat gambar untuk tuto. Sengaja ingin memfemeskan anda..

Cherio!

27 November 2012

Result Exam SEM Macam..=.=''

Assalamualaikum..

Sorry sebab tak sempat hapdet blog. Sibuk memburu beruang online, stalk orang dan seangkatan dengannya. Hehe. Malas sihh.

Emmm.. Minggu lepas kot, result aku keluar. Result exam la! Tak kan result pilihan raya kot. Btw, tarikh dah la sama dengan result UPSR. Aku amik result final exam, budak darjah 6 amik result UPSR. Haha. Bagaikan dirancang. Yang lawaknya, macam-macam kontroversi keluar pasal result final exam ni. Cikgu cakap 20 November. Tapi, website cakap 20 Disember. Semua kawan-kawan aku termasuklah diri ini menarik nafas lega. Tak perlu sesak nafas tengok result yang buruk serta huduh (result aku la!). Tak pasal-pasal masuk 'sepital' sebab terkejut tengok result sendiri.


Sebut pasal terkejut, drama-drama melayu selalu buat jalan cerita diserang sakit jantung lepas gaduh dengan anaknya. Tak boleh ka buat diserang kentut berdarah ka, pedih ulu hati ka ataupun ketiak berbau. Ada kaitan jugak la. Ketiak berbau sebab berpeluh akibat bertekak dengan anak dia. Hakhak..

Kembali kepada cerita result aku yang vogue tu, tiba-tiba pada minggu lepas, kawan aku buat status. Lebih kurang dia kata " Pengsan lepas tengok result exam". Whatttt? result dah keluar? Aku jadi kalut. Sebab apa, minggu last exam memang aku tak study. Aku demam. Nak baca ja, tertidur. Ya la, dah sakit perlukan rehat. Seriously, aku rasa terkilan dengan Biology. Dah elok-elok aku dapat markah yang baik waktu ujian, mai kat final exam, aku jatuh. Aku takut dengan result aku. Dan, exam kali ini adalah THE WORST EXAM EVER!!


Nak tau result aku? Saja nak tunjuk, bukan nak berlagak. Nak habaq result buruk tu, nak kata kat hampa yang kami tak pandai tara mana pun. Huhu..

klik untuk tumbesaran segera..

Tadaaaa! Tak hebat kan? Tapi yang paling aku happy ialah markah BM! Serius aku tak pernah dapat A kot. Aku tak tau la berapa result sebenar aku. Sebab apa, ni markah PNG. Mesti tak faham kan? Ni macam sistem universit. Actually, kami pun tak faham. Kalau ampa ada abang atau kakak yang duduk U, tanya la.

ni la rupa aku bila tengok keputusan, sedih tapi happy jugakk :P

But apa yang aku tau, final sem ni amik kira..
  • 30% ujian selaras 3
  • 30% ujian selaras 4
  • 60% final SEM
  • 10% dari cikgu
So, dari markah yang cikgu dapat ni, depat ada pointer sendiri. Kalau dapat A+ means ampa dapat 4.00 kot. Macam tu la. So, macam markah aku tu, cikgu kira-kira pastu bahagi dengan berapa subjek aku amik, dan dapatlah PNG. Pointer 3.5 and above akan dapat Anugerah Pengetua.

Aku bukan nak menunjuk, tapi pointer aku tu sipi-sipi ja. Kalau tak sebab demam tu, aku dah boleh dapat lebih lagi. Tapi, aku tau demam tu ujian Allah. Nak tunjuk sikit, jangan nak study last minute. Kan dah jadi macam ni. Huhu. :'(

Btw, pengetua dah janji kalau dapat anugerah pengetua, dia nak bawa pi Cameron Highland! Yahooooo!! Serius seronok. Harap keputusan kat atas tu betul sebab apa kadang-kadang cikgu ada tersilap key-in markah. Lagi pun, cek result online ni depa baru perkenal ja. Kalau dak depa post. Kalau tidak, dok tunggu abang posmen hantar reulst la. Dapat surat, amik surat boh dalam baju. Cabuttt! Tak mau mak abah tengok. Lain dengan aku. Result sampai, abah aku pi amik, dia buka dulu. Ekspres abah aku. =.=''


bestnya kalau laki hadiahkan..

Serius, ada orang lagi bagus markah dia. dapat pointer 3.8 lebih. Huhu. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah. Rezeki aku kali ini tak macam yang aku impikan, tapi masih okey. Happy in sad with the result. Haha :)

Okey, see ya and Assalamualaikum.

22 September 2012

I Just Came To Say Hello!

Assalamualaikum..

I just came to say hello bak kata Martin Solveig. Sorry buat teman-teman sebab dah lama tak hapdet blog kite. Bukan tak dak idea (memang tak dak pun.. ), cuma bila nak tulis tu dah lupa pulakss. hewww..


Kira-kira balik, 7 bulan dah kot aku meninggalkan bumi SMKAP. Ceh, ayat drama melayu pulak aku! Serius cam ustazah ngan cikgu-cikgu cakap dulu, kita tak kan dapat jumpa suasana cam SMKAP kat mana-mana sekali pun. Kalau dulu nak sembang benda-benda merapu tu line clear ja. Cikgu laki pun berapa kerat ja. Kat MRSM, bukan kata cikgu laki pun ramai, budak laki pun ramai. Kacau dedaunan pokok bunga kertas betul.

Ekceli, semalam aku baru ja abis exam yang majoriti manusia di dunia juga tidak menyukainya. LOL. Seriously, I don't know what I'd learnt before. Boooo.. bajet ayat omputih pulak. Eh, betul kot. Aku bukan tau pun apa aku belajar. Sat-sat lompat pi chapter 8. Pastu, baru belajar chapter 4. Pelik kann?

Emmm.. aku kat sana tak pegang jawatan apa-apa pun. Even tukang jaga duit kelas pun tak. Tapi, aku join sidang redaksi. Take over bahagian photography. Aku rasa photography ni senang la sikit berbanding penulisan atau grafik(maybe). Sebab apa, bukan kitorang yang amik gambar, tapi technician sekolah yang amikkan gambar tu. Kitorang panggil budak-budak je pun. Muehehe.

Oh, btw nak cerita sikit pasal budak bilik aku yang semua mereng-mereng belaka. Kadang-kadang terputus urat jugakk.

  • Yati
  • Fatin
  • Piya
  • Mara
  • Tirah
  • Teh
  • Yani (ganti shaliza)
  • Shaliza (dah pindah)
Seriously depa memang gila-gila belaka. Tirah tu pernah cakap bilik kitorang ni kalau sapa-sapa yang mai, jadi gila lepas keluar. Paham-paham je la. Part mengusik orang laju ja.

Nanti raya, aku balik pulak. Dah la sehari sebelum raya haji. Form tak boleh balik awal. Kena tolong majlis graduasi form 5. Whatever lahh..

Okey, tatatititututu...

06 April 2012

Homework Banyak Baq Hang!

Assalamualaikum.

Holla uoll. Sorry la lama dah tak hapdet blog ni. Ekceli, aku tak dak idea sangat pun. Sejak menjadi ahli rasmi penduduk yang masih tak tegar di asrama, aku semakin sibuk ( sibuk la sanggattt..). Sibuk online pesbuk ja bila aku outing balik umah.

Dok sini memang tak boleh dinafikan lagi bahawasanya kerja sekolah memanglah banyak. Huhu. Kalau kat SMKAP dulu kan, time-time awal dengan semangat wajanya kerja sekolah siap. Tak bertangguh. Itu hanya angan-angan semata-mata. Lepas tu, homework tak siap, dah la bertangguh. Kat MRSM, aku dilihat semakin rajin (sangattttt...tangan di dada mata ke atas), tapi kerja bertangguh jugak. Awal-awal ja rajin.

Sekarang ni cuti, so meh nak cerita apa homework aku.

1) BM - komsas (ekceli, kerja sekolah ni kerja sekolah beberapa hari yang lalu, cikgu pun dah suruh hantar)

2) Add Math - kertas apa tah dengan modul

3) Math - Ermmmm...ermmm. Aku rasa ada kot yang dalam buku teks tu yang aku tak buat.

4) Physics - Homework dalam buku teks. Buku tertinggal la pulakk..Hadoiiii~

5) Chemistry - Buat modul. Bab kira-kira pulak. Pening-pening...

6) Sejarah - Modul dengan menghabiskan bab 1-4

7) Seni - lukis kaver buku

8) English - Journal

See what? Banyak gila kan? Yang sejarah tu cikgu aku kata, kalau kelas dia, dia tak kesah dan tak mau cek (rasanya dia ada kata cam tu kot. KOT). Tup-tup minggu lepas dia cakap nak tengok bab 2-4. Haaaa tu diaaaaa.. Aku bab 1 pun bukan siap lagi. Tengok-tengok dia tak masuk pun kelas hari tu. Laaaaa.

Aku suka cikgu kimia aku sebab dia memang lawak gila! Time subjek kimia, dia suka pasang lagu. Kalau kita jawab soalan kat depan, dia bagi stiker. Aku baru satu, tu sebab dia suruh. Aku ekceli segan nak volunteer takut jawapan salah. Huhu. Aku dah kena rotan ngan dia dua kali dah kot sebab tak siap kerja. Semalam, dia cakap ada sapa-sapa nak masuk Kuiz Kimia Kebangsaan bagi nama kat dia. Kuiz kimia? Kebangsaan? Erkkk..=.=''

Pastu, hari apa tah aku kena ketuk ketampi kat morning call sebab lewat mai maghrib. Dah la depa sebut kuat-kuat time perhimpunan kat morning call pagi tu. Abang/kakak tu jangan sebut deras sangat. Malu cek oi~

Start minggu lepas cikgu dah mula operasi buat kuiz. Minggu depan ada lagi kuiz. Minggu depan sekali lagi ada ujian selaras. Warrgghhhhh~  Aku takut subjek karangan tambah-tambah BM ngan Bi. Dah la ari tu hantar homework karangan, cikgu komen soh buat balik penutup. Pulak dahh. Aku mengharapkan keputusan yang terbaik. Tolong doakan aku yeerr.

Satu lagi, bila time subjek bio ja aku mengantuk. Serius! Cikgu dah masuk bab 4, aku bab 2 pun tak faham. Cikgu pesan, kalau tak faham, tanya. Aku nak tanya apa kalau sepatah pun tak faham. Cam na nak jawab exam? hypertonic..isotonic..minuman istonik..100 plus..zzzzzzzz


Tu ja kot nak cerita. Yang personal sikit tu, tak leh la cerita. Hehe. Cuma teringin nak jumpa kawan-kawan SMKAP. HeeeeeeXD

Annyong!~

17 February 2012

Orientasi Dan Aku..

Assalamualaikum.

Hai korang! I'm back!~ Terkejut dengan kehadiran aku? Okey, aku dapat balik minggu ni. Apa ayat formal dia, pulang bermalam gitueeww. Now, nak citer kat korang betapa havocnya minggu orientasi mrsm kupa yang  ku lalui. Havoc sangat ke? Korang nak tahu apa yang jadi ari tu? Meh nak citer..

Okey, kat mrsm diorang pakai sistem homeroom. Homeroom ni cam family angkat kat sana. Satu homeroom akan dapat sorang cikgu yang akan jadi mak/ayah angkat kita kat sana. Tapi, ni bukan kelas! Aku dapat cikgu homeroom ustazah. Best! Lawak pun lawak. Dan, dia pandai masak! Ada kawan homeroom aku kata "Kita dapat mak homeroom pandai masak".Lebih kurang gitu ler dia kata.

Kat sini nak perkenal ahli-ahli keluarga aku sepanjang 2 tahun yang bakal ku lalui..(aceh!..ayat tak leh blah..)

- Ustazah Sobah

- Aqib - orang T'ganu (presiden homeroom)

- Afhnan - Kedah

- Nasrul - Perlis(ni wan mesti kenal)

- Adam - budak T'ganu jugak

- Amin - KL

- Hakimi - Kelantan

- Izzat - Kedah

- Shaliza - orang Kulim, Kedah

- Fatihah - Kulim gak

- Sofiya - Dok Jitra, Kedah tapi asal Klang

- Atirah - Kedah

- Nazifa - Gurun, Kedah

- Marahaini - Kedah

Majoriti orang kedah. Yang ex-mrsm kupa - aqib, afhnan, izzat, atirah dan sofiya. Lain-lain budak baru. Nasrul tu pulak satu taman ngan Wan. Best gak diorang nih. Nasrul tu suka buat lawak. Memang homeroom kitorang ni selalu happy la. Ustazah pun sporting gila!

Korang datang sini, kena sporting! Ya, ku ulang sekali lagi, sporting! Kat sini diorang buat dance battle la, nyanyi la. Apa-apa pun kena sporting. Aku tak buat lagi la dance battle tu. Tapi, sebelum aku mai, budak form 4 kena masuk dance battle. Aku ingat lagi, yang dapat first place dance battle ari tu, Triple 7. Memang best la diorang menari. Ada satu malam tu, diorang kena buat persembahan. Tapi, ada kawan aku kata, group tu tak complete ahli kot. Ada yang pindah pi mrsm lain. Dah la menari lagu siam. Haha.

Minggu lepas, malam jumaat. Kitorang kena buat night walk. Apa orang kata, aktiviti burung hantu. Malam tu, ingatkan orientasi habis pukul 12 malam, then ada pengumuman. "Perhatian kepada form 4, sila datang ke dewan jam bla bla dengan membawa kain untuk menutup mata". Aku pun, adoiyaaa. Dah la aku tak pernah lagi buat night walk. Dok dengar orang sembang ja.

Malam tu, sebelum mula, depa tayang gambar the saw. Sapa pernah tengok filem tu? Aku tak pernah dengar, tak pernah tengok dan tak pernah tau langsung! Aku tak mau letak gambar tu sebab ngeri wehh. Abang tu kata the saw ni akan buat orang yang buat dosa/salah. Lebih kurang gitu la.

Malam tu, kena gerak dalam homeroom. Presiden tak payah pakai kain tutup mata. Kena bawa kitorang. So, kitorang pegang tangan ramai-ramai. Lelaki-lelaki. Perempuan-perempuan. Tapi, cam na aqib nak bawa kitorang budak pompuan? Sebab aku dok depan, aku dipaksa rela pegang satu kain yang menghubungkan antara kami. Tak kan aku nak pegang tangan dia?..=.=''

Part jalan-jalan tu memang takut! Takut jatuh longkang la. Apa la. Tengah-tengah jalan tu mesti ada hantu aka abang dan akak form 5 aka fasilitator program oreintasi. Satu lagi, program malam tu form 4 ja. Form 1 tak kena. Kesian ar wehh kat depa. Aku pun takut. Tapi, hari apa tah depa kena bawa kain tutup mata. Tapi, siang. Aku tak tau depa buat apa.

Okey sambung balik. Time dok jalan-jalan tu dok dengar cam hantu menjerit. Bukan yang hihihi tu. Tapi, jeritan! Memang aku merasai la malam tersebut dengan bunyi yang memang real! Ada satu part tu, aku terlanggar sekujur tubuh. Kan nak langkah. Pastu, cam rasa nak langkah tu payah. Something on the road! Pastu, aku pusing sikit. Then, budak-budak pompuan jatuh! Aku takut kot-kot dia tarik kaki ka apa. No!

Kitorang kena lalui checkpoint dan kat setiap checkpoint kena tinggalkan sorang ahli. Dan aku antara orang terawal kena tinggal. Tau kat mana? Tennis court! Aqib pesan, kalau depa buat apa-apa, jangan respond. Mula-mula lagi dah kena kacau. Aku rasa dia mai tarik-tarik baju aku sambil ajak aku pi mana tah. Gulp! Aku pun, alamak alamak. Then, ada sorang laki ni mai kat aku. Aku ingat aqib sebab aku baru ja kena tinggal dan ingat dia ada kat situ lagi.

Dia kata..

Lelaki : Kau tau tak ni batu apa?

Aku pegang batu tu. Tapi, eh! Ni bukan batu tapi bata! Aku dah rasa, something weird is going on. Aku lepas batu tu. Dia asyik ulang tanya soalan tu. Last-last dia kata, "Ni batu nisan kau!" sambil lempar kat depan aku. Memang aku takut dia buat apa-apa sebab aku dah terpegang bata tu.

Ni nak citer antara yang aktiviti yang diorang buat untuk takutkan aku..

1) Lempar-lempar barang. Tapi tak kena pun.
2) Goncang pagar tenis court. Aku rasa sambil jerit-jerit gak.
3) Ditegur lelaki perlukan kasih sayang. Dia kata " Adik, boleh abang temankan adik. Abang suka la kat adik". Kalau ikutkan mau ja aku balas, tapi aku ingat apa aqib kata.
4) Mai pegang-pegang aku. Ni memang aku tak tahan. Pompuan la yang mai buat ni. Tak kan laki kot. Dia mai pegang kaki aku. Mizah ngan Mimi memang tau aku memang geli kalau orang dok pegang-pegang nih. Dia pegang badan aku. Macam dia buat aku ni anak dia. Memang aku tahan abis tahap dewa wehh. Rasa cam aku mem'pause' sebentar touch respond. Geli kot! (Harap maaf, ni bukan kes cabul-mencabul)

Emmm..ada lagi sebenarnya. Tapi, malas la nak tulis banyak-banyak. Hehe. Tapi kan, sepatutnya bila dah habis setiap presiden tinggal ahli dia, dia kena mai kutip balik ahli dia berdasarkan password yang depa bagi. Tak mai pun. Last-last tu, 'hantu-hantu' tu jugak yang mai ajak kitorang berkumpul satu tempat pastu ajak sembang--sembang. Apa korang rasa? =.=''

Dah la sembang-sembang merapu kat situ. Kitorang gelak-gelak la. Diorang tanya takut tak. Ceh! Takut tu takut gak tapi aku tau la kapa yang dok buat onar itu. Tau tak, lepas depa abis kacau orang depa pi sembang-sembang. Pastu kacau balik. Tapi, ku simpan sahaja ayat tersebut dan bercerita kepada kawan-kawan aku dan menulis di sini dan lain-lain. Hohoho. Depa tanya nak buka mata tak. Aku dan beberapa manusia yang ditinggalkan memang nak buka la. Kelam ni. Depa kata tak payah la. Nak merahsiakan identiti katanya. Depa habaq nama samaran ja. Ceh! Baru nak berkenalan dengan 'lelaki perlukan kasih sayang' tersebut.

Pastu, aku dengar orang azan. Depa kata, buka mata. Tak nampak sangat muka depa sebab kabur. Depa kata cepat pi dewan. Lari. Lepas program tu, dok cerita la pengalaman-pengalaman masing-masing. Kawan-kawan homeroom aku yang tak kena tinggal, kena kacau tengah jalan dengan nenek kot. Yang kawan sebilik aku kata, dia dok kat pintu makmal. Ada mai dok ketuk-ketuk pintu. Erk!..=.=''

Actually, aku malas nak citer dah ni. Ada banyak nak citer. Hehe. Aku kan memang cam ni. Heee..XD

Annyong!

31 January 2012

Bila Dok Asrama...

Assalamualaikum..

Hye teman-teman comel dan encem! Encem? Aku rasa tiada lelaki yang mengunjungi blog aku dek kerana gaya penulisan aku yang garang macam mak tiri bawang putih. =3

Hari ni, bukan nak berlagak kata aku dapat mrsm atau lain-lain, cuma hari ni aku nak share beberapa benda yang family aku pesan kat aku. Maybe ada yang betul, lawak, boleh dipercayai, tak boleh dipercayai, tak masuk dek akal dan tidak munasabah. Kan sama ja tak masuk akal ngan tak  munasabah tu? (Saja nak  bagi ayat panjang..hewhew)

1. Hati-hati ngan penyakit kencing tikus.

Waktu aku dengar penyakit kencing tikus, aku tak tau cam na penyakit ni merebak. Cam na benda berjangkit kat manusia. Padahal kencing ja kot. Pastu, bila aku dengar orang dok cakap, aku pun, gitu kerr? I tak tau pun selama ni.

Ni abang aku ar pesan, dia cakap "Adik, hati-hati sikit dok asrama. La ni penyakit kencing tikus."

Aku pun, "Cam na?"

Abang : Jangan minum air paip tak masak. Pastu, kalau beli air tin basuh. Kita tak tau, air tin tu simpan kat stor mana. (Sekali ngan kak ipar aku join dok pesan sekali).

Okey, wahai para peniaga syarikat beso minuman-minuman yang saya memang tak kenal, sila amik perhatian, aku bukan tuduh air tin kita minum dah kena masuk air kencing tikus. Bukan! Cuma, cam kat rumah la, kalau kita simpan barang-barang lama kat stor, mesti ada lipas, tikus masuk bermastautin di dalam stor tersebut. Bukan kita saja-saja nak pi lepas tikus tu masuk, just peringatan. Aku qoute "PERINGATAN".

Contohnya, pada suatu hari minggu yang berbahagia, dengan rajinnya kita membasuh sekolah agar pada hari  persekolahan bolehlah kita ke sekolah dengan bergaya dan 'vogue'nya. Pastu, kita pun letak la di tempat yang sesuai untuk mengeringkan kasut tersebut, Tiba-tiba, datang seekor kucing yang sememangnya bukan kucing aku la kalau dia buat cam ni. Apa yang dia buat? Kucing tersebut dengan gaya catwalknya berjalan kae arah kasut tersebut serta mengeluarkan air kencingnya dengan kuang hajonya atau bahasa lembutnya amatlah tidak beradab.Pastu, time petang kita dengan happynya amik kasut tersebut yang kita pikr telah pun kering serta bersih, suci dan wangi untu dipakai. Hakikatnya, dah terkono ayaq kencing kucing tersebut.=.=''

Lebih kurang cam tu la, kasut tu mungkin dah tak hancing sebab telah berlaku proses pengeringan oleh matahari. (adakah aku bercakap gaya cikgu sains??)

2. Jadi otai.(Yang ni part merapu)

Yang bab ni, memang dalam pikiran aku la. Aku dah siap pi kerat rambut kasi pendek lagi. Haha. Bukan la sungguh-sungguh pun tapi cuma dok asrama kena berani sikit la kot.Ni abang aku pesan. Tau dia kata apa?

Abang : Adik, nanti kat asrama jadi otai sikit. Kalau depa kacau habaq kata abang ni geng 3 line.(saja lawak-lawak)

Aku : Okey, tak pa. Nanti adik tepon abang.

Kakak ipar aku : Nanti kalau dia cakap ayah aku 'ayahanda' macam mana?

Haha. Dah masuk bab pukul-memukul. Ada sapa-sapa terasa? No-no. Jangan pi serang abang aku. Tapi kan, aku rasa kat sana aku kena buat style gila-gila kot. Tegur ja. Pastu buat lawak sikit. Cam aku dok buat kat kawan-kawan aku la kot. Haha. Cakap ja lebih nanti jadi pendiam sangat!

3. Jadi hati kering.

Maksud hati kering bukanlah tak berperikemanusiaan. Bukanlah tengok kawan kita jatuh tangga tergolek-golek ala-ala drama hindustan kita tengok dengan sebalah mata ja. Mak aku cakap jangan amik hati apa yang depa kata sampai kita sakit hati. Buat tak tau ja. Buat pekak. Ni payah la sikit bagi aku. Sebab aku ni baran sikit.

4. Jangan sangka semua baik.

Okey, sememangnya kita kena berprasangka baik dengan orang tambah-tambah lagi orang yang kita baru ja nak berkenalan dan berhai-hai. Pesanan untuk peringatan la supaya kita ni pandai pilih kawan. Lagi pun, mak aku cakap kita akan jumpa kawan yang kita tak sangka dia cam tu. Paham-paham ja la. Aku tak kata semua dok asrama tu, jahat belaka. Bukan okey! Apa yang aku maksudkan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

5. Kalau ada orang tak suka

Ni aku rasa teruk la. Aku rasa aku tak pernah la experience benda ni. Setakat sekolah rendah tu besa la kot tapi bagi aku waktu tu budak lagi. Apa yang aku dengar dari mak aku, dia kata contohnya kalau ada orang tu tak suka kita, pastu dia ajak orang tak suka kat kita. Camna tu beb?! Parah kot. Nak kawan ngan sapa? Kucing dewan makan?

6. Barang kena boh nama.

Ni takut kena curi atau tertukar dengan kawan. Semua kena tanda, baldi, kasut, baju dll. Sampai aku cakap kat mak aku, kalau cam tu semua ni(sambil tunjuk kat alat tulis) kena tulis nama gak la. Mak aku balas, pen tak pa la. Ni benda lain nih.

Sebenarnya ada lagi, cuma akuu rasa ni ja kot aku bak tulis. Panjang orang tak larat, sakit mata, lenguh tangan, lenguh bahu dan sengal-sengal badan kian terasa kalau aku tulis panjang. Heeee.

Cuma apa aku nak cakap kat sini, family aku pesan kat asrama kena pandai handle diri sendiri. Kena pandai urus diri sendiri. Bagi aku, jangan la sampai jadi otai sebab part otai tu main-main ja. Haha. Mungin apa abang aku nak cakap, kena berani sikit.

Okey, buat kawan-kawan yang dah pi sekolah baru, selamat berjuang wahai teman. Dan, aku juga harap aku dapat sesuaikan diri dengan elok kat sana. Amin.

Annyong and good night!


23 January 2012

Harapkan SBP, MRSM Yang Ku Dapat

Assalamualaikum.

Holla my friends! Okey, hari Jumaat kelmarin, kelmarin, kelmarin dulu aku pi merentas desa. Gila lenguh kaki aku bila time lari tu. Tapi, best sangat-sangat sebab aku dapat sumbang markah untuk rumah aku. Even tak dapat Top 15. Pelik bebenor kalau aku jadi Top 15. Agaknya aku lari cam kereta ferari kot. Hewhew.

But, pagi sebelum lari tu, meh la kawan baik intan payung khemah aku tu.

Dia : Kamila, dapat SBP?

Aku : Aikk..bukan ari sabtu ka?

Dia : Dah ada la. Semalam kami cek.

Lebih kurang begitulah kami sembang-semabang...

Pukul 12 aku balik rumah dengan kegembiraan bertan-tan lori kontena sebab rumah sukan aku dapat nombor dua! Okey la kan nombor dua. Balik-balik, aku terus sambar laptop, nak tengok result sbp ngan mrsm. Serius aku harap sangat-sangat sbp. So, rancangan aku buka mrsm dululah. Sebab aku tau aku tak akan dapat mrsm sebab soalan math dia memang payah habaq ang! Mungkin aku tak boleh jawab sebab aku dah lama tak pegang buku math. Orang lepasan PMR la katakan.

Yang mrsm tu aku pun heran sebab apa tak boleh buka. So, aku semak la sbp dulu. And, inilah keputusannya..

HARAP MAAF. DIMAKLUMKAN ANDA TIDAK DITAWARKAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012.

Aku pun. Alaaaa... Tak dapat. Pastu, aku try cek mrsm pakai sms lepas aku naik bengang lepas nak cek pakai internet tak leh. Lepas beberapa minit, dia balas. Dia kata aku berjaya! Aku pun jerit. Pi habaq kat mak aku aku dapat. Gila seronok. Dalam sms tu, dia nak aku buka satu laman web. Dalam fon tu dia tak tulis aku dapat mrsm mana. 

Bila buka laman web tu, kena tulis no i/c. Pastu, dia cakap aku ditawarkan ke mrsm kubang pasu. Wahhh happy hati aku sebab aku dapat mrsm yang memang aku mintak situ. Yang paling seronok, ramai kengkawan aku dapat. Tapi malangnya depa dapat mrsm baling! Tak ada yang dapat mrsm kubang pasu pun takat la ni. 

Aku rasa la, sapa-sapa yang dok kat perlis, dia mintak mrsm dalam perlis, depa akan hawin kita pi balik-balik kedah. Aku ngan kawan aku tu yang memang mintak mrsm kat kedah memang dapat yang kitorang mintak la. Tapi, sorang kawan aku tu mintak kubang pasu depa hantar dia pi mrsm baling. Sedih la aku tak dak geng nak buat teman. Nanti kena cari kawan baru. Nak sesuaikan diri la. Kalau ada kawan tu, senang la sikit. Tak dak la nak buat apa pun sorang-sorang.

Tapi, tadi aku cek-cek dan aku rasa mrsm baling ni baru la. Mungkin sebab tu dia banyak hantar pi baling. Atau pun dia memang amik menengah atas ja.

Tapi, serius aku tak tau nak pi ka tak mrsm tu. Konpius lagi ni. Sayang aku kat SMKAP. Sayang cikgu-cikgu. Pastu, aku sebenarnya mengharapkan sbp. Macam mana la nak dapat. Pi aktivii kokurikulum pun malas. Muahahaha.

actually, aku mengaharapkan sms kubang pasu...


tapi, aku dapat yang ini..

Tak apalah..Alhamdulillah. Syukur. Di mana-mana pun okey kalau kita berusaha. Aku harap nak pi tapi tak tau lah..Konpius!

Dan, aku gembira dengan kengkawan aku yang dapat KISAS. Serius jeles i! Bukan senang nak dapat. Setakat la ni, 4 orang kot. Ajmal - Anis - Dayah - Hafizah. Hope the best untuk korang. Dan, untuk kengkawan yang dapat sekolah asrama penuh yang len, korang jangan lupa aku. Tak dilupakan, kengkawan yang tak dapat tu jangan sedih-sedih meh. Kalau aku tak mintak mrsm pun aku rasa memang tak dapat sbp pun rasaya. Payah nak masuk situ untuk orang yang malas cam aku nihhh. Jangan sedih-sedih. Korang tetap pandai daripada aku. Dan, kalau aku pi, jangan lupa aku okeyyyhhh. (asal ayat aku banyak perkataan dan..=.='')

Annyong!!..


13 January 2012

Aku Dan Jesnita

Assalamualaikum.

Please ya uoll.Jangan terperangkap, terpana, tersalah faham dan terfikir negatif pasal jesnita tersebut. Sila abaikan dan dengar dulu story-mory yang original dari aku.

Korang still ingat lagu Jesnita, nyanyian Exist?Lagu tu memang popular, fames, meletup dan memang daebak ar waktu aku tadika.Heeeee...Memang lagu tu menjadi kegemaran dan sering diputar serta didengar oleh manusia melalui corong-corong radio dan sebagainya.Layan habisssss...

ini radio
credit : pak cik google

Apa kena gena dengan lagu jesnita ni ngan aku?2-3 hari aku dok terpikir nak taruk citer ni kat blog.Actually, aku teringat kawan-lama-tadika-waktu kecik-dulu.Haaaaaa...nak tau tak gena cek jumpa dia?Meh sini nenek tua nak bercerita dan disampaikan oleh orang muda.(ciplak lawak cikgu tusyen..heee)

Waktu aku umur 6 tahun, kiranya kita senior la kan kat tadika tu bila budak umur 5 tahun masuk kan??Hehe.Pastu, aku kawan ngan sorang budak 5 tahun ni nama dia Aishah.Dia kiut, comel dan ada sapa dan ada sapa nak buat bini?Opppsss...Dan, waktu tu aku pi tadika dengan free hair tapi dia dah belajar pakai tudung!

Pastu, ada sorang lagi budak 5 tahun dan aku rasa sepupu Aishah ni kalau tak silap.Nama dia emmm..emmmm..emmm...Razif?Raziq?..Errrrrrr...tak ingat!Hehe..And, yup!He's a boy.

Actually, dia ni la yang aku nak citer.Dulu kan, dia selalu nyanyi lagu Jesnita(kalau tak silap dia nyanyi kot..haha) dan suka lagu ni. Pastu, my classmates waktu tu yang sebaya ngan aku, dok gosip aku ngan dia.Opsss...terlepas cakap.Aku bukan nak cakap aku hot.Tapi, realiti cinta-monyet-zaman-tadika. ;)

Waktu sekolah rendah, kengkawan tadika aku ada yang satu sekolah rendah ngan aku.Dan, depa ingat cita tu dan masih dok kenen aku ngan budak laki tu.Ada yang cakap, dia dah tinggi(waktu sekolah rendah la).

Kadang-kadang, aku teringat kat dia sebab benda tu akan jadi kenangan hidup.Heeee.Cam ayat pasrah dan putus cinta.Sebut pasal kenangan, aku rasa, dia pernah sembunyi kasut aku masa pi ngaji.(Ngaji pun sekali??) Aishah tu adik-beradik ngan mak cik yang ajar ngaji.Pasal tu la kitorang berada di satu tempat mengaji.Aku cuma rasa dia yang sembunyi sebab waktu tu dia ja yang ada, pastu aku kena balik tak dak kasut!(aku tak pasti sama ada aku pinjam kasut rumah mak cik ngaji atau tak).Pastu, aku rasa esok tu kasut tu ada balik(rasanya).Haaa!Betul ka dia yang sembunyi?Jaga ang nooo!

Dah alang-alang tulis kat blog, aku berharap sangat dapat bertemu kembali budak tersebut.Nak kenal ang balik, tengok dah makin tinggi cam galah ka, makin hensem ka(ahaksss!) dan macam-macam lagi termasuk la ngan Aishah tu.(Actually Aishah tu aku pernah jumpa balik masa darjah berapa tah sebab dia dok pi rumah mak cik ngaji aku)..dah nama adik- beradik.

Untuk ang..lagu jesnita..


p/s : Aku patut letak tajuk lagi havoc patutnya..cam "Pak We Waktu Tadika" atau "Cinta Monyet I Time Tadika"..haha

p/s 2 : aku ngan budak laki tu tiada apa-apa kaitan.Just kengkawan aku ja mengusik..

p/s 3 : kalau aku suka pun, suka gitu-gitu ja kot..kot??..ada meaning nih...zaman tadika dan tak matured lagi la katakannn...

p/s 4 : maaf tiada gambarnya..kalau tak senang nak spy..

Okeyy...tata..

07 January 2012

Karnival Kucing Comel 2011

Assalamualaikum..

Hey uoll!Sorry sebab lama tak update blog yang dah berhabuk setebal 80 inci ini.(Alasan jerr tuh..).Well, sebab i ni busy mengalahkan presiden USA sebab nak kena pi mesyuarat la, dinner and banyak lagi la.(tipu jerr..jangan percaya part tu..hewhewhew).Aku ni memang malas sikit bab-bab karang ayat.Heeee.Maaf ya.

Okey, post kali ni aku nak citer pasal karnival kucing di Taman Ular, Batu Pahat, Perlis.Jangan ingat Johor ja ada Batu Pahat, Perlis pun ada tau!Emm..karnival ni dua hari ja..24/12-25/12.Aku pi hari Ahad, 25/12.Aku pi petang dan yang menyentapkan hati wanita aku ni, ada kucing pakat-pakat balik dah sebab banyak sangkar dah kosong.Pastu yang lagi sentap, banyak kucing dah tak mau layan aku dan mula nak buat taik mata saiz mini.Menci!Menci!

Satu lagi, pameran tu depa buat kat Taman Ular, then buat kat dalam bangunan yang ada kat Taman Ular tu.Yang aku suka dalam bangunan tu, kucing-kucing dipamer kat tengah-tengah, kat tepi-tepi pulak ada akuarium...cer teka..cer teka akuarium apa.Akuarium ular!U-L-A-R!Mentang depa tau aku tersangatlah 'suka' terhadap ular, boleh diorang buat cam tu.(Okey,tolong tukarkan perkataan suka kepada benci)Terguris hati i tau!

Nah untuk korang!Kucing-kucing di karnival tu.Actually incik Lina yang nak tengok.Jadi, i post lerr..
(perhatian buat manusia yang fobia akan kucing, sila jangan scroll ke bawah kerana ia mungkin membahayakan diri dan jiwa raga anda terutama sekali mizah dan faizah kot..)

tengok dia menang apa??jeles i.



gosok bawah sikit..ahhh..bawah sikit..

hai salam perkenalan..nama i Sawa.

kau pehal dorrhh??

tengok..sangkar dia siap ada cermin


 tiga-tiga ni gebu-gebu..nanak!!

asyik..asyik..asyik..asyik-asyiknya bercinta~~

anak kucing dan mungkin ibunya

dia suka main..heeee



special for incik lina..meow putih terlebih kegebuan..hewwww

Korang tau tak, pameran kucing cam ni orang penah buat kat batu pahat tapi rasanya buat kat luar taman ular tu kalau tak silap.Last time aku pi rasanya waktu aku umur 4, 5 atau 6 tahun cam tu kot.Serius beb!Waktu aku sampai kat pameran kucing waktu tu kan, aku tengok, hanya tinggal sampah sarap kat atas tanah, kucing pun tarak.Bagaikan padang jarak padang terkukur.(sila bayangkan bunyi cengkerik).Pameran tu dah habis!Gila sentap kot..

Okey guys..see ya!!!