31 January 2012

Bila Dok Asrama...

Assalamualaikum..

Hye teman-teman comel dan encem! Encem? Aku rasa tiada lelaki yang mengunjungi blog aku dek kerana gaya penulisan aku yang garang macam mak tiri bawang putih. =3

Hari ni, bukan nak berlagak kata aku dapat mrsm atau lain-lain, cuma hari ni aku nak share beberapa benda yang family aku pesan kat aku. Maybe ada yang betul, lawak, boleh dipercayai, tak boleh dipercayai, tak masuk dek akal dan tidak munasabah. Kan sama ja tak masuk akal ngan tak  munasabah tu? (Saja nak  bagi ayat panjang..hewhew)

1. Hati-hati ngan penyakit kencing tikus.

Waktu aku dengar penyakit kencing tikus, aku tak tau cam na penyakit ni merebak. Cam na benda berjangkit kat manusia. Padahal kencing ja kot. Pastu, bila aku dengar orang dok cakap, aku pun, gitu kerr? I tak tau pun selama ni.

Ni abang aku ar pesan, dia cakap "Adik, hati-hati sikit dok asrama. La ni penyakit kencing tikus."

Aku pun, "Cam na?"

Abang : Jangan minum air paip tak masak. Pastu, kalau beli air tin basuh. Kita tak tau, air tin tu simpan kat stor mana. (Sekali ngan kak ipar aku join dok pesan sekali).

Okey, wahai para peniaga syarikat beso minuman-minuman yang saya memang tak kenal, sila amik perhatian, aku bukan tuduh air tin kita minum dah kena masuk air kencing tikus. Bukan! Cuma, cam kat rumah la, kalau kita simpan barang-barang lama kat stor, mesti ada lipas, tikus masuk bermastautin di dalam stor tersebut. Bukan kita saja-saja nak pi lepas tikus tu masuk, just peringatan. Aku qoute "PERINGATAN".

Contohnya, pada suatu hari minggu yang berbahagia, dengan rajinnya kita membasuh sekolah agar pada hari  persekolahan bolehlah kita ke sekolah dengan bergaya dan 'vogue'nya. Pastu, kita pun letak la di tempat yang sesuai untuk mengeringkan kasut tersebut, Tiba-tiba, datang seekor kucing yang sememangnya bukan kucing aku la kalau dia buat cam ni. Apa yang dia buat? Kucing tersebut dengan gaya catwalknya berjalan kae arah kasut tersebut serta mengeluarkan air kencingnya dengan kuang hajonya atau bahasa lembutnya amatlah tidak beradab.Pastu, time petang kita dengan happynya amik kasut tersebut yang kita pikr telah pun kering serta bersih, suci dan wangi untu dipakai. Hakikatnya, dah terkono ayaq kencing kucing tersebut.=.=''

Lebih kurang cam tu la, kasut tu mungkin dah tak hancing sebab telah berlaku proses pengeringan oleh matahari. (adakah aku bercakap gaya cikgu sains??)

2. Jadi otai.(Yang ni part merapu)

Yang bab ni, memang dalam pikiran aku la. Aku dah siap pi kerat rambut kasi pendek lagi. Haha. Bukan la sungguh-sungguh pun tapi cuma dok asrama kena berani sikit la kot.Ni abang aku pesan. Tau dia kata apa?

Abang : Adik, nanti kat asrama jadi otai sikit. Kalau depa kacau habaq kata abang ni geng 3 line.(saja lawak-lawak)

Aku : Okey, tak pa. Nanti adik tepon abang.

Kakak ipar aku : Nanti kalau dia cakap ayah aku 'ayahanda' macam mana?

Haha. Dah masuk bab pukul-memukul. Ada sapa-sapa terasa? No-no. Jangan pi serang abang aku. Tapi kan, aku rasa kat sana aku kena buat style gila-gila kot. Tegur ja. Pastu buat lawak sikit. Cam aku dok buat kat kawan-kawan aku la kot. Haha. Cakap ja lebih nanti jadi pendiam sangat!

3. Jadi hati kering.

Maksud hati kering bukanlah tak berperikemanusiaan. Bukanlah tengok kawan kita jatuh tangga tergolek-golek ala-ala drama hindustan kita tengok dengan sebalah mata ja. Mak aku cakap jangan amik hati apa yang depa kata sampai kita sakit hati. Buat tak tau ja. Buat pekak. Ni payah la sikit bagi aku. Sebab aku ni baran sikit.

4. Jangan sangka semua baik.

Okey, sememangnya kita kena berprasangka baik dengan orang tambah-tambah lagi orang yang kita baru ja nak berkenalan dan berhai-hai. Pesanan untuk peringatan la supaya kita ni pandai pilih kawan. Lagi pun, mak aku cakap kita akan jumpa kawan yang kita tak sangka dia cam tu. Paham-paham ja la. Aku tak kata semua dok asrama tu, jahat belaka. Bukan okey! Apa yang aku maksudkan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

5. Kalau ada orang tak suka

Ni aku rasa teruk la. Aku rasa aku tak pernah la experience benda ni. Setakat sekolah rendah tu besa la kot tapi bagi aku waktu tu budak lagi. Apa yang aku dengar dari mak aku, dia kata contohnya kalau ada orang tu tak suka kita, pastu dia ajak orang tak suka kat kita. Camna tu beb?! Parah kot. Nak kawan ngan sapa? Kucing dewan makan?

6. Barang kena boh nama.

Ni takut kena curi atau tertukar dengan kawan. Semua kena tanda, baldi, kasut, baju dll. Sampai aku cakap kat mak aku, kalau cam tu semua ni(sambil tunjuk kat alat tulis) kena tulis nama gak la. Mak aku balas, pen tak pa la. Ni benda lain nih.

Sebenarnya ada lagi, cuma akuu rasa ni ja kot aku bak tulis. Panjang orang tak larat, sakit mata, lenguh tangan, lenguh bahu dan sengal-sengal badan kian terasa kalau aku tulis panjang. Heeee.

Cuma apa aku nak cakap kat sini, family aku pesan kat asrama kena pandai handle diri sendiri. Kena pandai urus diri sendiri. Bagi aku, jangan la sampai jadi otai sebab part otai tu main-main ja. Haha. Mungin apa abang aku nak cakap, kena berani sikit.

Okey, buat kawan-kawan yang dah pi sekolah baru, selamat berjuang wahai teman. Dan, aku juga harap aku dapat sesuaikan diri dengan elok kat sana. Amin.

Annyong and good night!


23 January 2012

Harapkan SBP, MRSM Yang Ku Dapat

Assalamualaikum.

Holla my friends! Okey, hari Jumaat kelmarin, kelmarin, kelmarin dulu aku pi merentas desa. Gila lenguh kaki aku bila time lari tu. Tapi, best sangat-sangat sebab aku dapat sumbang markah untuk rumah aku. Even tak dapat Top 15. Pelik bebenor kalau aku jadi Top 15. Agaknya aku lari cam kereta ferari kot. Hewhew.

But, pagi sebelum lari tu, meh la kawan baik intan payung khemah aku tu.

Dia : Kamila, dapat SBP?

Aku : Aikk..bukan ari sabtu ka?

Dia : Dah ada la. Semalam kami cek.

Lebih kurang begitulah kami sembang-semabang...

Pukul 12 aku balik rumah dengan kegembiraan bertan-tan lori kontena sebab rumah sukan aku dapat nombor dua! Okey la kan nombor dua. Balik-balik, aku terus sambar laptop, nak tengok result sbp ngan mrsm. Serius aku harap sangat-sangat sbp. So, rancangan aku buka mrsm dululah. Sebab aku tau aku tak akan dapat mrsm sebab soalan math dia memang payah habaq ang! Mungkin aku tak boleh jawab sebab aku dah lama tak pegang buku math. Orang lepasan PMR la katakan.

Yang mrsm tu aku pun heran sebab apa tak boleh buka. So, aku semak la sbp dulu. And, inilah keputusannya..

HARAP MAAF. DIMAKLUMKAN ANDA TIDAK DITAWARKAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012.

Aku pun. Alaaaa... Tak dapat. Pastu, aku try cek mrsm pakai sms lepas aku naik bengang lepas nak cek pakai internet tak leh. Lepas beberapa minit, dia balas. Dia kata aku berjaya! Aku pun jerit. Pi habaq kat mak aku aku dapat. Gila seronok. Dalam sms tu, dia nak aku buka satu laman web. Dalam fon tu dia tak tulis aku dapat mrsm mana. 

Bila buka laman web tu, kena tulis no i/c. Pastu, dia cakap aku ditawarkan ke mrsm kubang pasu. Wahhh happy hati aku sebab aku dapat mrsm yang memang aku mintak situ. Yang paling seronok, ramai kengkawan aku dapat. Tapi malangnya depa dapat mrsm baling! Tak ada yang dapat mrsm kubang pasu pun takat la ni. 

Aku rasa la, sapa-sapa yang dok kat perlis, dia mintak mrsm dalam perlis, depa akan hawin kita pi balik-balik kedah. Aku ngan kawan aku tu yang memang mintak mrsm kat kedah memang dapat yang kitorang mintak la. Tapi, sorang kawan aku tu mintak kubang pasu depa hantar dia pi mrsm baling. Sedih la aku tak dak geng nak buat teman. Nanti kena cari kawan baru. Nak sesuaikan diri la. Kalau ada kawan tu, senang la sikit. Tak dak la nak buat apa pun sorang-sorang.

Tapi, tadi aku cek-cek dan aku rasa mrsm baling ni baru la. Mungkin sebab tu dia banyak hantar pi baling. Atau pun dia memang amik menengah atas ja.

Tapi, serius aku tak tau nak pi ka tak mrsm tu. Konpius lagi ni. Sayang aku kat SMKAP. Sayang cikgu-cikgu. Pastu, aku sebenarnya mengharapkan sbp. Macam mana la nak dapat. Pi aktivii kokurikulum pun malas. Muahahaha.

actually, aku mengaharapkan sms kubang pasu...


tapi, aku dapat yang ini..

Tak apalah..Alhamdulillah. Syukur. Di mana-mana pun okey kalau kita berusaha. Aku harap nak pi tapi tak tau lah..Konpius!

Dan, aku gembira dengan kengkawan aku yang dapat KISAS. Serius jeles i! Bukan senang nak dapat. Setakat la ni, 4 orang kot. Ajmal - Anis - Dayah - Hafizah. Hope the best untuk korang. Dan, untuk kengkawan yang dapat sekolah asrama penuh yang len, korang jangan lupa aku. Tak dilupakan, kengkawan yang tak dapat tu jangan sedih-sedih meh. Kalau aku tak mintak mrsm pun aku rasa memang tak dapat sbp pun rasaya. Payah nak masuk situ untuk orang yang malas cam aku nihhh. Jangan sedih-sedih. Korang tetap pandai daripada aku. Dan, kalau aku pi, jangan lupa aku okeyyyhhh. (asal ayat aku banyak perkataan dan..=.='')

Annyong!!..


13 January 2012

Aku Dan Jesnita

Assalamualaikum.

Please ya uoll.Jangan terperangkap, terpana, tersalah faham dan terfikir negatif pasal jesnita tersebut. Sila abaikan dan dengar dulu story-mory yang original dari aku.

Korang still ingat lagu Jesnita, nyanyian Exist?Lagu tu memang popular, fames, meletup dan memang daebak ar waktu aku tadika.Heeeee...Memang lagu tu menjadi kegemaran dan sering diputar serta didengar oleh manusia melalui corong-corong radio dan sebagainya.Layan habisssss...

ini radio
credit : pak cik google

Apa kena gena dengan lagu jesnita ni ngan aku?2-3 hari aku dok terpikir nak taruk citer ni kat blog.Actually, aku teringat kawan-lama-tadika-waktu kecik-dulu.Haaaaaa...nak tau tak gena cek jumpa dia?Meh sini nenek tua nak bercerita dan disampaikan oleh orang muda.(ciplak lawak cikgu tusyen..heee)

Waktu aku umur 6 tahun, kiranya kita senior la kan kat tadika tu bila budak umur 5 tahun masuk kan??Hehe.Pastu, aku kawan ngan sorang budak 5 tahun ni nama dia Aishah.Dia kiut, comel dan ada sapa dan ada sapa nak buat bini?Opppsss...Dan, waktu tu aku pi tadika dengan free hair tapi dia dah belajar pakai tudung!

Pastu, ada sorang lagi budak 5 tahun dan aku rasa sepupu Aishah ni kalau tak silap.Nama dia emmm..emmmm..emmm...Razif?Raziq?..Errrrrrr...tak ingat!Hehe..And, yup!He's a boy.

Actually, dia ni la yang aku nak citer.Dulu kan, dia selalu nyanyi lagu Jesnita(kalau tak silap dia nyanyi kot..haha) dan suka lagu ni. Pastu, my classmates waktu tu yang sebaya ngan aku, dok gosip aku ngan dia.Opsss...terlepas cakap.Aku bukan nak cakap aku hot.Tapi, realiti cinta-monyet-zaman-tadika. ;)

Waktu sekolah rendah, kengkawan tadika aku ada yang satu sekolah rendah ngan aku.Dan, depa ingat cita tu dan masih dok kenen aku ngan budak laki tu.Ada yang cakap, dia dah tinggi(waktu sekolah rendah la).

Kadang-kadang, aku teringat kat dia sebab benda tu akan jadi kenangan hidup.Heeee.Cam ayat pasrah dan putus cinta.Sebut pasal kenangan, aku rasa, dia pernah sembunyi kasut aku masa pi ngaji.(Ngaji pun sekali??) Aishah tu adik-beradik ngan mak cik yang ajar ngaji.Pasal tu la kitorang berada di satu tempat mengaji.Aku cuma rasa dia yang sembunyi sebab waktu tu dia ja yang ada, pastu aku kena balik tak dak kasut!(aku tak pasti sama ada aku pinjam kasut rumah mak cik ngaji atau tak).Pastu, aku rasa esok tu kasut tu ada balik(rasanya).Haaa!Betul ka dia yang sembunyi?Jaga ang nooo!

Dah alang-alang tulis kat blog, aku berharap sangat dapat bertemu kembali budak tersebut.Nak kenal ang balik, tengok dah makin tinggi cam galah ka, makin hensem ka(ahaksss!) dan macam-macam lagi termasuk la ngan Aishah tu.(Actually Aishah tu aku pernah jumpa balik masa darjah berapa tah sebab dia dok pi rumah mak cik ngaji aku)..dah nama adik- beradik.

Untuk ang..lagu jesnita..


p/s : Aku patut letak tajuk lagi havoc patutnya..cam "Pak We Waktu Tadika" atau "Cinta Monyet I Time Tadika"..haha

p/s 2 : aku ngan budak laki tu tiada apa-apa kaitan.Just kengkawan aku ja mengusik..

p/s 3 : kalau aku suka pun, suka gitu-gitu ja kot..kot??..ada meaning nih...zaman tadika dan tak matured lagi la katakannn...

p/s 4 : maaf tiada gambarnya..kalau tak senang nak spy..

Okeyy...tata..

07 January 2012

Karnival Kucing Comel 2011

Assalamualaikum..

Hey uoll!Sorry sebab lama tak update blog yang dah berhabuk setebal 80 inci ini.(Alasan jerr tuh..).Well, sebab i ni busy mengalahkan presiden USA sebab nak kena pi mesyuarat la, dinner and banyak lagi la.(tipu jerr..jangan percaya part tu..hewhewhew).Aku ni memang malas sikit bab-bab karang ayat.Heeee.Maaf ya.

Okey, post kali ni aku nak citer pasal karnival kucing di Taman Ular, Batu Pahat, Perlis.Jangan ingat Johor ja ada Batu Pahat, Perlis pun ada tau!Emm..karnival ni dua hari ja..24/12-25/12.Aku pi hari Ahad, 25/12.Aku pi petang dan yang menyentapkan hati wanita aku ni, ada kucing pakat-pakat balik dah sebab banyak sangkar dah kosong.Pastu yang lagi sentap, banyak kucing dah tak mau layan aku dan mula nak buat taik mata saiz mini.Menci!Menci!

Satu lagi, pameran tu depa buat kat Taman Ular, then buat kat dalam bangunan yang ada kat Taman Ular tu.Yang aku suka dalam bangunan tu, kucing-kucing dipamer kat tengah-tengah, kat tepi-tepi pulak ada akuarium...cer teka..cer teka akuarium apa.Akuarium ular!U-L-A-R!Mentang depa tau aku tersangatlah 'suka' terhadap ular, boleh diorang buat cam tu.(Okey,tolong tukarkan perkataan suka kepada benci)Terguris hati i tau!

Nah untuk korang!Kucing-kucing di karnival tu.Actually incik Lina yang nak tengok.Jadi, i post lerr..
(perhatian buat manusia yang fobia akan kucing, sila jangan scroll ke bawah kerana ia mungkin membahayakan diri dan jiwa raga anda terutama sekali mizah dan faizah kot..)

tengok dia menang apa??jeles i.



gosok bawah sikit..ahhh..bawah sikit..

hai salam perkenalan..nama i Sawa.

kau pehal dorrhh??

tengok..sangkar dia siap ada cermin


 tiga-tiga ni gebu-gebu..nanak!!

asyik..asyik..asyik..asyik-asyiknya bercinta~~

anak kucing dan mungkin ibunya

dia suka main..heeee



special for incik lina..meow putih terlebih kegebuan..hewwww

Korang tau tak, pameran kucing cam ni orang penah buat kat batu pahat tapi rasanya buat kat luar taman ular tu kalau tak silap.Last time aku pi rasanya waktu aku umur 4, 5 atau 6 tahun cam tu kot.Serius beb!Waktu aku sampai kat pameran kucing waktu tu kan, aku tengok, hanya tinggal sampah sarap kat atas tanah, kucing pun tarak.Bagaikan padang jarak padang terkukur.(sila bayangkan bunyi cengkerik).Pameran tu dah habis!Gila sentap kot..

Okey guys..see ya!!!