Friday, January 13, 2012

Aku Dan Jesnita

Assalamualaikum.

Please ya uoll.Jangan terperangkap, terpana, tersalah faham dan terfikir negatif pasal jesnita tersebut. Sila abaikan dan dengar dulu story-mory yang original dari aku.

Korang still ingat lagu Jesnita, nyanyian Exist?Lagu tu memang popular, fames, meletup dan memang daebak ar waktu aku tadika.Heeeee...Memang lagu tu menjadi kegemaran dan sering diputar serta didengar oleh manusia melalui corong-corong radio dan sebagainya.Layan habisssss...

ini radio
credit : pak cik google

Apa kena gena dengan lagu jesnita ni ngan aku?2-3 hari aku dok terpikir nak taruk citer ni kat blog.Actually, aku teringat kawan-lama-tadika-waktu kecik-dulu.Haaaaaa...nak tau tak gena cek jumpa dia?Meh sini nenek tua nak bercerita dan disampaikan oleh orang muda.(ciplak lawak cikgu tusyen..heee)

Waktu aku umur 6 tahun, kiranya kita senior la kan kat tadika tu bila budak umur 5 tahun masuk kan??Hehe.Pastu, aku kawan ngan sorang budak 5 tahun ni nama dia Aishah.Dia kiut, comel dan ada sapa dan ada sapa nak buat bini?Opppsss...Dan, waktu tu aku pi tadika dengan free hair tapi dia dah belajar pakai tudung!

Pastu, ada sorang lagi budak 5 tahun dan aku rasa sepupu Aishah ni kalau tak silap.Nama dia emmm..emmmm..emmm...Razif?Raziq?..Errrrrrr...tak ingat!Hehe..And, yup!He's a boy.

Actually, dia ni la yang aku nak citer.Dulu kan, dia selalu nyanyi lagu Jesnita(kalau tak silap dia nyanyi kot..haha) dan suka lagu ni. Pastu, my classmates waktu tu yang sebaya ngan aku, dok gosip aku ngan dia.Opsss...terlepas cakap.Aku bukan nak cakap aku hot.Tapi, realiti cinta-monyet-zaman-tadika. ;)

Waktu sekolah rendah, kengkawan tadika aku ada yang satu sekolah rendah ngan aku.Dan, depa ingat cita tu dan masih dok kenen aku ngan budak laki tu.Ada yang cakap, dia dah tinggi(waktu sekolah rendah la).

Kadang-kadang, aku teringat kat dia sebab benda tu akan jadi kenangan hidup.Heeee.Cam ayat pasrah dan putus cinta.Sebut pasal kenangan, aku rasa, dia pernah sembunyi kasut aku masa pi ngaji.(Ngaji pun sekali??) Aishah tu adik-beradik ngan mak cik yang ajar ngaji.Pasal tu la kitorang berada di satu tempat mengaji.Aku cuma rasa dia yang sembunyi sebab waktu tu dia ja yang ada, pastu aku kena balik tak dak kasut!(aku tak pasti sama ada aku pinjam kasut rumah mak cik ngaji atau tak).Pastu, aku rasa esok tu kasut tu ada balik(rasanya).Haaa!Betul ka dia yang sembunyi?Jaga ang nooo!

Dah alang-alang tulis kat blog, aku berharap sangat dapat bertemu kembali budak tersebut.Nak kenal ang balik, tengok dah makin tinggi cam galah ka, makin hensem ka(ahaksss!) dan macam-macam lagi termasuk la ngan Aishah tu.(Actually Aishah tu aku pernah jumpa balik masa darjah berapa tah sebab dia dok pi rumah mak cik ngaji aku)..dah nama adik- beradik.

Untuk ang..lagu jesnita..


p/s : Aku patut letak tajuk lagi havoc patutnya..cam "Pak We Waktu Tadika" atau "Cinta Monyet I Time Tadika"..haha

p/s 2 : aku ngan budak laki tu tiada apa-apa kaitan.Just kengkawan aku ja mengusik..

p/s 3 : kalau aku suka pun, suka gitu-gitu ja kot..kot??..ada meaning nih...zaman tadika dan tak matured lagi la katakannn...

p/s 4 : maaf tiada gambarnya..kalau tak senang nak spy..

Okeyy...tata..

2 comments:

  1. hang sebut fifi.teringat jugak kat dia.pastu budak cina kat tadika jugak aku dok teringat..ayah dia buka kedai moto kat bukit keteri kalau x silap..'kot'..haha

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)