Tuesday, January 31, 2012

Bila Dok Asrama...

Assalamualaikum..

Hye teman-teman comel dan encem! Encem? Aku rasa tiada lelaki yang mengunjungi blog aku dek kerana gaya penulisan aku yang garang macam mak tiri bawang putih. =3

Hari ni, bukan nak berlagak kata aku dapat mrsm atau lain-lain, cuma hari ni aku nak share beberapa benda yang family aku pesan kat aku. Maybe ada yang betul, lawak, boleh dipercayai, tak boleh dipercayai, tak masuk dek akal dan tidak munasabah. Kan sama ja tak masuk akal ngan tak  munasabah tu? (Saja nak  bagi ayat panjang..hewhew)

1. Hati-hati ngan penyakit kencing tikus.

Waktu aku dengar penyakit kencing tikus, aku tak tau cam na penyakit ni merebak. Cam na benda berjangkit kat manusia. Padahal kencing ja kot. Pastu, bila aku dengar orang dok cakap, aku pun, gitu kerr? I tak tau pun selama ni.

Ni abang aku ar pesan, dia cakap "Adik, hati-hati sikit dok asrama. La ni penyakit kencing tikus."

Aku pun, "Cam na?"

Abang : Jangan minum air paip tak masak. Pastu, kalau beli air tin basuh. Kita tak tau, air tin tu simpan kat stor mana. (Sekali ngan kak ipar aku join dok pesan sekali).

Okey, wahai para peniaga syarikat beso minuman-minuman yang saya memang tak kenal, sila amik perhatian, aku bukan tuduh air tin kita minum dah kena masuk air kencing tikus. Bukan! Cuma, cam kat rumah la, kalau kita simpan barang-barang lama kat stor, mesti ada lipas, tikus masuk bermastautin di dalam stor tersebut. Bukan kita saja-saja nak pi lepas tikus tu masuk, just peringatan. Aku qoute "PERINGATAN".

Contohnya, pada suatu hari minggu yang berbahagia, dengan rajinnya kita membasuh sekolah agar pada hari  persekolahan bolehlah kita ke sekolah dengan bergaya dan 'vogue'nya. Pastu, kita pun letak la di tempat yang sesuai untuk mengeringkan kasut tersebut, Tiba-tiba, datang seekor kucing yang sememangnya bukan kucing aku la kalau dia buat cam ni. Apa yang dia buat? Kucing tersebut dengan gaya catwalknya berjalan kae arah kasut tersebut serta mengeluarkan air kencingnya dengan kuang hajonya atau bahasa lembutnya amatlah tidak beradab.Pastu, time petang kita dengan happynya amik kasut tersebut yang kita pikr telah pun kering serta bersih, suci dan wangi untu dipakai. Hakikatnya, dah terkono ayaq kencing kucing tersebut.=.=''

Lebih kurang cam tu la, kasut tu mungkin dah tak hancing sebab telah berlaku proses pengeringan oleh matahari. (adakah aku bercakap gaya cikgu sains??)

2. Jadi otai.(Yang ni part merapu)

Yang bab ni, memang dalam pikiran aku la. Aku dah siap pi kerat rambut kasi pendek lagi. Haha. Bukan la sungguh-sungguh pun tapi cuma dok asrama kena berani sikit la kot.Ni abang aku pesan. Tau dia kata apa?

Abang : Adik, nanti kat asrama jadi otai sikit. Kalau depa kacau habaq kata abang ni geng 3 line.(saja lawak-lawak)

Aku : Okey, tak pa. Nanti adik tepon abang.

Kakak ipar aku : Nanti kalau dia cakap ayah aku 'ayahanda' macam mana?

Haha. Dah masuk bab pukul-memukul. Ada sapa-sapa terasa? No-no. Jangan pi serang abang aku. Tapi kan, aku rasa kat sana aku kena buat style gila-gila kot. Tegur ja. Pastu buat lawak sikit. Cam aku dok buat kat kawan-kawan aku la kot. Haha. Cakap ja lebih nanti jadi pendiam sangat!

3. Jadi hati kering.

Maksud hati kering bukanlah tak berperikemanusiaan. Bukanlah tengok kawan kita jatuh tangga tergolek-golek ala-ala drama hindustan kita tengok dengan sebalah mata ja. Mak aku cakap jangan amik hati apa yang depa kata sampai kita sakit hati. Buat tak tau ja. Buat pekak. Ni payah la sikit bagi aku. Sebab aku ni baran sikit.

4. Jangan sangka semua baik.

Okey, sememangnya kita kena berprasangka baik dengan orang tambah-tambah lagi orang yang kita baru ja nak berkenalan dan berhai-hai. Pesanan untuk peringatan la supaya kita ni pandai pilih kawan. Lagi pun, mak aku cakap kita akan jumpa kawan yang kita tak sangka dia cam tu. Paham-paham ja la. Aku tak kata semua dok asrama tu, jahat belaka. Bukan okey! Apa yang aku maksudkan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

5. Kalau ada orang tak suka

Ni aku rasa teruk la. Aku rasa aku tak pernah la experience benda ni. Setakat sekolah rendah tu besa la kot tapi bagi aku waktu tu budak lagi. Apa yang aku dengar dari mak aku, dia kata contohnya kalau ada orang tu tak suka kita, pastu dia ajak orang tak suka kat kita. Camna tu beb?! Parah kot. Nak kawan ngan sapa? Kucing dewan makan?

6. Barang kena boh nama.

Ni takut kena curi atau tertukar dengan kawan. Semua kena tanda, baldi, kasut, baju dll. Sampai aku cakap kat mak aku, kalau cam tu semua ni(sambil tunjuk kat alat tulis) kena tulis nama gak la. Mak aku balas, pen tak pa la. Ni benda lain nih.

Sebenarnya ada lagi, cuma akuu rasa ni ja kot aku bak tulis. Panjang orang tak larat, sakit mata, lenguh tangan, lenguh bahu dan sengal-sengal badan kian terasa kalau aku tulis panjang. Heeee.

Cuma apa aku nak cakap kat sini, family aku pesan kat asrama kena pandai handle diri sendiri. Kena pandai urus diri sendiri. Bagi aku, jangan la sampai jadi otai sebab part otai tu main-main ja. Haha. Mungin apa abang aku nak cakap, kena berani sikit.

Okey, buat kawan-kawan yang dah pi sekolah baru, selamat berjuang wahai teman. Dan, aku juga harap aku dapat sesuaikan diri dengan elok kat sana. Amin.

Annyong and good night!


4 comments:

  1. trimas for the info. Saya pun baru nak masuk asrama jugakk minggu depan. :)

    ReplyDelete
  2. ooo ya ka. saya pun tak la kata teruk dok asrama sebab saya pun tak penah dok.heeee.ni mak ngan family saya la yg ckp sbb depa penah dok asrama..:)

    ReplyDelete
  3. barang2 sekolah tu kena jaga2, selalu hilang atau ttukaq or else.kamila jd gangster apa kat sana. haha dasar mak tiri bawang putihss~

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)