Tuesday, February 7, 2012

Last Day Before Going To MRSM

Assalamualaikum.

Aku tulis permulaan ayat-ayat nih time-time nak maghrib, so kalau yang tengah baca time maghrib tu, pi solat dulu. Terutama sekali aku la! Time tulis ni aku tengah asyik bermain Barbie games. Bukan Barbie doll okey. Barbie doll pun aku tak ada, tapi patung-patung yang spesies macam barbie tu ada la. Tapi, aku dah hawin pi mana tah. Dah bakar ka hapa. Time aku sekolah rendah memang aku layan la main-main barbie semua tu even aku tak ada. Tapi, aku dok pi umah Ikin, aku main la patung barbie dia. Okey Kamila, hentikan tayangan filem zaman kanak-kanakmu. Bukan sekarang ni kanak-kanak lagi ke? Opss, kanak-kanak beso.

Hari ni saja nak release tension sebelum aku pi MRSM, so aku tulis la sikit. Cakap ja sikit, tengok-tengok tulis macam dok cerita semula filem hindustan. Penerbit filem tambah-tambah sekali David Teo boleh amik aku jadi pengarah filem atau penulis skrip kasi gempak dia punya cerita. Kalau gitu, aku nak buat movie yang bertajuk..AKU, KAU DAN K-POP. Aku rasa cam tajuk novel pun ada, tajuk komik pun ada. Haha. Pelakon dia mesti la aku! Pastu, aku nak sumbat kawan-kawan aku masuk dalam movie tu. Tambah-tambah sekali Mizah. Hohoho. Mesti menang grammy awards punyalah. Okey, aku dah melalut. Sekian.


Emmm..hari ni last day aku kat rumah. Pasni, aku dah nak pi MRSM. Serius, macam tak percaya sebab aku sebelum ni ada beberapa peratus aku membangkang untuk tinggal di asrama. Aku selalu kata.."Tak ada kat sekolah asrama penuh tapi kita tak payah tinggal kat asrama?". Soalan yang begitu pelik, dah nama pun asrama penuh. Bermakna, kita wajib penuhkan asrama tersebut. Eh, memandai pulak aku kata wajib!

So, esok aku dah nak dok asrama. Hmm..tata mak, abah, abang, laptop, tv, kucing-kucing. Haaa, sebut pasal kucing, aku rasa kucing-kucing aku ni pakat-pakat berkomplot membuat perancangan melarikan diri dari rumah tuannya . Depa pi rumah sebelah aka rumah pak sedara aku, kalau ikutkan dekat ja. Tapi, kalau nak pi rumah dia tu kena lalu jalan besar. Kalau lalu belakang rumah dia, reba banyak. Kang aku jumpa ular sawa pulak. Mak ai! Mentang-mentang pak sedara aku tu stail kasik ja mana-mana kucing yang mai tumpang makan kat rumah dia, boleh pulak dok bermastautin di rumah tu. Balik pun ikut suka ja. Sungguh kuang hajo! Tapi, kat rumah aku ada sekor ja kucing yang tinggal. Lain-lain tu kucing yang menumpang.

Korang boleh bayang rupa aku nak usung barang-barang aku nanti..Tengok apa aku bawa..

- Beg roda

- Beg baju tak beroda

- Baldi

- Beg sekolah yang memang sah-sah berat

- Kotak buku (aku sumbat buku-buku dalam ni, berat kot)

- Bantal ngan bantal upin ipin (buat peluk di malam hari)

- 3 hanger baju sekolah

Korang bayangkan, aku dok tingkat berapa entah nanti. Nak usung semua tu. Ha tu diaaaaaa. Tu tak masuk lagi, tah-tah dia suruh beli buku baru ka. Pastu, kain cadar la. Aku rasa macam nak pindah rumah pulak. Nak kena sewa lori rasanya nihh.=.=''

Yang pi ngan aku sok, mak ngan mak ngah(orang ngasuh aku). Abah aku tak ikut, jaga abang aku. Kitorang masing-masing ada 2 tangan ja. Gena aku nak usung kotak buku yang berat tu?

Pastu kan, aku kan tak pernah pun menjadi penduduk tegar asrama sekolah. Penah pi kem tu pun rasa nak balik ja. Aku cakap, nak bawa itu ini. Mak aku balas..tak payah! Aku dok pikir nanti aku tak cukup baju la apa la. Erkkk..Cam na nihh??..(Serius, aku memang nampak macam orang yang tak reti nak urus diri)

Lastly, aku nak mintak maaf la kat ampa semua espesially SMKAP students batch 2009-2011. Aku mintak maaf sangat-sangat kat ampa. Buat my besties, 3S dan 4SF, good luck for SPM 2013. Sorry tak sempat jumpa ampa semua tadi. Doakan aku berjaya kat MRSM nanti.

Nanti kalau rindu aku, dengar lagu Infinite - Paradise. Aku pilih lagu tu sebab aku rasa lagu tu sedih. Even maksud lagu tu dia tujukan buat somebody supaya dia tak pergi, tapi aku suka! Mizah, don't forget that.

Annyong!!

p/s 1 : post aku akan datang maybe bulan 3.
p/s 2 : bukan orang yang sama nak teman aku pi toilet dll
p/s 3 : Jangan lupakan aku kawan-kawan!

4 comments:

  1. baju xleh basuh pakai mesin selalu. :p hahahaha

    ReplyDelete
  2. amagad bulan tigeeeeee.. alaaaaa lambat lagii..... nak dengar citeeeeeee... hoi seronoknya!

    ReplyDelete
  3. mesin boleh guna 2 kali seminggu.tapi, mesin sesuai baju t-shirt2..lina, piqah : jangan lupa hapdet blog..^^

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)