Friday, February 17, 2012

Orientasi Dan Aku..

Assalamualaikum.

Hai korang! I'm back!~ Terkejut dengan kehadiran aku? Okey, aku dapat balik minggu ni. Apa ayat formal dia, pulang bermalam gitueeww. Now, nak citer kat korang betapa havocnya minggu orientasi mrsm kupa yang  ku lalui. Havoc sangat ke? Korang nak tahu apa yang jadi ari tu? Meh nak citer..

Okey, kat mrsm diorang pakai sistem homeroom. Homeroom ni cam family angkat kat sana. Satu homeroom akan dapat sorang cikgu yang akan jadi mak/ayah angkat kita kat sana. Tapi, ni bukan kelas! Aku dapat cikgu homeroom ustazah. Best! Lawak pun lawak. Dan, dia pandai masak! Ada kawan homeroom aku kata "Kita dapat mak homeroom pandai masak".Lebih kurang gitu ler dia kata.

Kat sini nak perkenal ahli-ahli keluarga aku sepanjang 2 tahun yang bakal ku lalui..(aceh!..ayat tak leh blah..)

- Ustazah Sobah

- Aqib - orang T'ganu (presiden homeroom)

- Afhnan - Kedah

- Nasrul - Perlis(ni wan mesti kenal)

- Adam - budak T'ganu jugak

- Amin - KL

- Hakimi - Kelantan

- Izzat - Kedah

- Shaliza - orang Kulim, Kedah

- Fatihah - Kulim gak

- Sofiya - Dok Jitra, Kedah tapi asal Klang

- Atirah - Kedah

- Nazifa - Gurun, Kedah

- Marahaini - Kedah

Majoriti orang kedah. Yang ex-mrsm kupa - aqib, afhnan, izzat, atirah dan sofiya. Lain-lain budak baru. Nasrul tu pulak satu taman ngan Wan. Best gak diorang nih. Nasrul tu suka buat lawak. Memang homeroom kitorang ni selalu happy la. Ustazah pun sporting gila!

Korang datang sini, kena sporting! Ya, ku ulang sekali lagi, sporting! Kat sini diorang buat dance battle la, nyanyi la. Apa-apa pun kena sporting. Aku tak buat lagi la dance battle tu. Tapi, sebelum aku mai, budak form 4 kena masuk dance battle. Aku ingat lagi, yang dapat first place dance battle ari tu, Triple 7. Memang best la diorang menari. Ada satu malam tu, diorang kena buat persembahan. Tapi, ada kawan aku kata, group tu tak complete ahli kot. Ada yang pindah pi mrsm lain. Dah la menari lagu siam. Haha.

Minggu lepas, malam jumaat. Kitorang kena buat night walk. Apa orang kata, aktiviti burung hantu. Malam tu, ingatkan orientasi habis pukul 12 malam, then ada pengumuman. "Perhatian kepada form 4, sila datang ke dewan jam bla bla dengan membawa kain untuk menutup mata". Aku pun, adoiyaaa. Dah la aku tak pernah lagi buat night walk. Dok dengar orang sembang ja.

Malam tu, sebelum mula, depa tayang gambar the saw. Sapa pernah tengok filem tu? Aku tak pernah dengar, tak pernah tengok dan tak pernah tau langsung! Aku tak mau letak gambar tu sebab ngeri wehh. Abang tu kata the saw ni akan buat orang yang buat dosa/salah. Lebih kurang gitu la.

Malam tu, kena gerak dalam homeroom. Presiden tak payah pakai kain tutup mata. Kena bawa kitorang. So, kitorang pegang tangan ramai-ramai. Lelaki-lelaki. Perempuan-perempuan. Tapi, cam na aqib nak bawa kitorang budak pompuan? Sebab aku dok depan, aku dipaksa rela pegang satu kain yang menghubungkan antara kami. Tak kan aku nak pegang tangan dia?..=.=''

Part jalan-jalan tu memang takut! Takut jatuh longkang la. Apa la. Tengah-tengah jalan tu mesti ada hantu aka abang dan akak form 5 aka fasilitator program oreintasi. Satu lagi, program malam tu form 4 ja. Form 1 tak kena. Kesian ar wehh kat depa. Aku pun takut. Tapi, hari apa tah depa kena bawa kain tutup mata. Tapi, siang. Aku tak tau depa buat apa.

Okey sambung balik. Time dok jalan-jalan tu dok dengar cam hantu menjerit. Bukan yang hihihi tu. Tapi, jeritan! Memang aku merasai la malam tersebut dengan bunyi yang memang real! Ada satu part tu, aku terlanggar sekujur tubuh. Kan nak langkah. Pastu, cam rasa nak langkah tu payah. Something on the road! Pastu, aku pusing sikit. Then, budak-budak pompuan jatuh! Aku takut kot-kot dia tarik kaki ka apa. No!

Kitorang kena lalui checkpoint dan kat setiap checkpoint kena tinggalkan sorang ahli. Dan aku antara orang terawal kena tinggal. Tau kat mana? Tennis court! Aqib pesan, kalau depa buat apa-apa, jangan respond. Mula-mula lagi dah kena kacau. Aku rasa dia mai tarik-tarik baju aku sambil ajak aku pi mana tah. Gulp! Aku pun, alamak alamak. Then, ada sorang laki ni mai kat aku. Aku ingat aqib sebab aku baru ja kena tinggal dan ingat dia ada kat situ lagi.

Dia kata..

Lelaki : Kau tau tak ni batu apa?

Aku pegang batu tu. Tapi, eh! Ni bukan batu tapi bata! Aku dah rasa, something weird is going on. Aku lepas batu tu. Dia asyik ulang tanya soalan tu. Last-last dia kata, "Ni batu nisan kau!" sambil lempar kat depan aku. Memang aku takut dia buat apa-apa sebab aku dah terpegang bata tu.

Ni nak citer antara yang aktiviti yang diorang buat untuk takutkan aku..

1) Lempar-lempar barang. Tapi tak kena pun.
2) Goncang pagar tenis court. Aku rasa sambil jerit-jerit gak.
3) Ditegur lelaki perlukan kasih sayang. Dia kata " Adik, boleh abang temankan adik. Abang suka la kat adik". Kalau ikutkan mau ja aku balas, tapi aku ingat apa aqib kata.
4) Mai pegang-pegang aku. Ni memang aku tak tahan. Pompuan la yang mai buat ni. Tak kan laki kot. Dia mai pegang kaki aku. Mizah ngan Mimi memang tau aku memang geli kalau orang dok pegang-pegang nih. Dia pegang badan aku. Macam dia buat aku ni anak dia. Memang aku tahan abis tahap dewa wehh. Rasa cam aku mem'pause' sebentar touch respond. Geli kot! (Harap maaf, ni bukan kes cabul-mencabul)

Emmm..ada lagi sebenarnya. Tapi, malas la nak tulis banyak-banyak. Hehe. Tapi kan, sepatutnya bila dah habis setiap presiden tinggal ahli dia, dia kena mai kutip balik ahli dia berdasarkan password yang depa bagi. Tak mai pun. Last-last tu, 'hantu-hantu' tu jugak yang mai ajak kitorang berkumpul satu tempat pastu ajak sembang--sembang. Apa korang rasa? =.=''

Dah la sembang-sembang merapu kat situ. Kitorang gelak-gelak la. Diorang tanya takut tak. Ceh! Takut tu takut gak tapi aku tau la kapa yang dok buat onar itu. Tau tak, lepas depa abis kacau orang depa pi sembang-sembang. Pastu kacau balik. Tapi, ku simpan sahaja ayat tersebut dan bercerita kepada kawan-kawan aku dan menulis di sini dan lain-lain. Hohoho. Depa tanya nak buka mata tak. Aku dan beberapa manusia yang ditinggalkan memang nak buka la. Kelam ni. Depa kata tak payah la. Nak merahsiakan identiti katanya. Depa habaq nama samaran ja. Ceh! Baru nak berkenalan dengan 'lelaki perlukan kasih sayang' tersebut.

Pastu, aku dengar orang azan. Depa kata, buka mata. Tak nampak sangat muka depa sebab kabur. Depa kata cepat pi dewan. Lari. Lepas program tu, dok cerita la pengalaman-pengalaman masing-masing. Kawan-kawan homeroom aku yang tak kena tinggal, kena kacau tengah jalan dengan nenek kot. Yang kawan sebilik aku kata, dia dok kat pintu makmal. Ada mai dok ketuk-ketuk pintu. Erk!..=.=''

Actually, aku malas nak citer dah ni. Ada banyak nak citer. Hehe. Aku kan memang cam ni. Heee..XD

Annyong!

9 comments:

  1. uish2. sronok noh kna kacau. haha xp

    ReplyDelete
  2. weih seronoknyaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!! seriously!! nak pindah p sana jugak!

    weih, nasrul tu kan .. boleh dok tanya dia , dia duk sekolah rendah mana .. kami rasa macam kenai ja.

    ReplyDelete
  3. zati : takut kot. dok mai hembus2 tepi telinga..
    madi : Insya-Allah..

    ReplyDelete
  4. gila aku jeles ngan hang. cara hang cerita buat aku nak nangis. haha ... tapi kalau aku la ada kat situ, aku tak takut sebab tau ada org. tapi takut jugak satgi kena sungguh. =..= :D

    ReplyDelete
  5. tu la..aku takut jap gi dia buat betul2 cam the saw tu..takuittt~

    ReplyDelete
  6. kami pernah buat aktiviti burung hati.... benci tau orang dok main kacau-kacau.. hahaha

    ReplyDelete
  7. hmmm, kamila!!! bahagianya hidup kat sana....wah! the saw tu apekebenda?

    ReplyDelete
  8. amagad kami tulis burung hati T_T.. nak tulis burung hantuuuuuuuu

    ReplyDelete
  9. tu yg pelik tu..burung hati??hehe..
    the saw tu watak hantu...

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)