Tuesday, November 27, 2012

Result Exam SEM Macam..=.=''

Assalamualaikum..

Sorry sebab tak sempat hapdet blog. Sibuk memburu beruang online, stalk orang dan seangkatan dengannya. Hehe. Malas sihh.

Emmm.. Minggu lepas kot, result aku keluar. Result exam la! Tak kan result pilihan raya kot. Btw, tarikh dah la sama dengan result UPSR. Aku amik result final exam, budak darjah 6 amik result UPSR. Haha. Bagaikan dirancang. Yang lawaknya, macam-macam kontroversi keluar pasal result final exam ni. Cikgu cakap 20 November. Tapi, website cakap 20 Disember. Semua kawan-kawan aku termasuklah diri ini menarik nafas lega. Tak perlu sesak nafas tengok result yang buruk serta huduh (result aku la!). Tak pasal-pasal masuk 'sepital' sebab terkejut tengok result sendiri.


Sebut pasal terkejut, drama-drama melayu selalu buat jalan cerita diserang sakit jantung lepas gaduh dengan anaknya. Tak boleh ka buat diserang kentut berdarah ka, pedih ulu hati ka ataupun ketiak berbau. Ada kaitan jugak la. Ketiak berbau sebab berpeluh akibat bertekak dengan anak dia. Hakhak..

Kembali kepada cerita result aku yang vogue tu, tiba-tiba pada minggu lepas, kawan aku buat status. Lebih kurang dia kata " Pengsan lepas tengok result exam". Whatttt? result dah keluar? Aku jadi kalut. Sebab apa, minggu last exam memang aku tak study. Aku demam. Nak baca ja, tertidur. Ya la, dah sakit perlukan rehat. Seriously, aku rasa terkilan dengan Biology. Dah elok-elok aku dapat markah yang baik waktu ujian, mai kat final exam, aku jatuh. Aku takut dengan result aku. Dan, exam kali ini adalah THE WORST EXAM EVER!!


Nak tau result aku? Saja nak tunjuk, bukan nak berlagak. Nak habaq result buruk tu, nak kata kat hampa yang kami tak pandai tara mana pun. Huhu..

klik untuk tumbesaran segera..

Tadaaaa! Tak hebat kan? Tapi yang paling aku happy ialah markah BM! Serius aku tak pernah dapat A kot. Aku tak tau la berapa result sebenar aku. Sebab apa, ni markah PNG. Mesti tak faham kan? Ni macam sistem universit. Actually, kami pun tak faham. Kalau ampa ada abang atau kakak yang duduk U, tanya la.

ni la rupa aku bila tengok keputusan, sedih tapi happy jugakk :P

But apa yang aku tau, final sem ni amik kira..
  • 30% ujian selaras 3
  • 30% ujian selaras 4
  • 60% final SEM
  • 10% dari cikgu
So, dari markah yang cikgu dapat ni, depat ada pointer sendiri. Kalau dapat A+ means ampa dapat 4.00 kot. Macam tu la. So, macam markah aku tu, cikgu kira-kira pastu bahagi dengan berapa subjek aku amik, dan dapatlah PNG. Pointer 3.5 and above akan dapat Anugerah Pengetua.

Aku bukan nak menunjuk, tapi pointer aku tu sipi-sipi ja. Kalau tak sebab demam tu, aku dah boleh dapat lebih lagi. Tapi, aku tau demam tu ujian Allah. Nak tunjuk sikit, jangan nak study last minute. Kan dah jadi macam ni. Huhu. :'(

Btw, pengetua dah janji kalau dapat anugerah pengetua, dia nak bawa pi Cameron Highland! Yahooooo!! Serius seronok. Harap keputusan kat atas tu betul sebab apa kadang-kadang cikgu ada tersilap key-in markah. Lagi pun, cek result online ni depa baru perkenal ja. Kalau dak depa post. Kalau tidak, dok tunggu abang posmen hantar reulst la. Dapat surat, amik surat boh dalam baju. Cabuttt! Tak mau mak abah tengok. Lain dengan aku. Result sampai, abah aku pi amik, dia buka dulu. Ekspres abah aku. =.=''


bestnya kalau laki hadiahkan..

Serius, ada orang lagi bagus markah dia. dapat pointer 3.8 lebih. Huhu. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah. Rezeki aku kali ini tak macam yang aku impikan, tapi masih okey. Happy in sad with the result. Haha :)

Okey, see ya and Assalamualaikum.

2 comments:

  1. ok lah tu.. tak dak yang nak menghampiri fail... kami punya add math sipi-sipi lagi nak fail

    ReplyDelete
  2. Tapi sedih la. Ampa mesti banyak A kan? Huhu :(

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)