Friday, December 28, 2012

Pizza Hut + The Store = Hangout Kengkawan

Assalamualaikum.

Hye uolls. Lama kan kite tak hapdet cerita baru. Asyik-asyik GA. Naik meluat semua orang tengok. Kalau boleh nak ambil mikropongg jerit " KAMILA SUDAH-SUDAH LAH DENGAN GA HAPE KEBENDANYA TUHH HOI HOI!! " So, semua kalau rasa muak macam aku jugak, jom kita muntah pelangi secara berjemaah. Lebih 'afdhal'.

Ini adalah contoh muntah pelangi secara solo dengan muka bajet cute (pasti ini Lina)

Cerita sebenarnya, Khamis ritu, aku pi gathering dengan kawan-kawan SMKAP. Tu semua geng-geng aku la. Ada yang tak mai atas dasar tak boleh mai. Hakhak. Yang penting, kami ikut slogan Puteri, YANG PENTING, KITA ENJOY! Enjoy yang tersangat-sangat enjoy terlebih dose. Tahap kegedikan kami amat terserlah hari tersebut.


Aku mai ja Pizza Hut, Madi dah tercongok macam model Pizza Hut yang tak bergaji. Kami naik, dah ada Insyirah, Mizah dengan Aishah. Ohh begitu ayu mereka itu. Mai-mai tu, pot-pet pot-pet, sembang itu ini sampai orang tengok kami. Ada couple ni, maybe dah kawin dah kot mana aku tau. Takkan nak pi mintak surat nikah depa kot. Kang nak makan piza jadi makan penampaq free ja hari tu. Depa sampai lepas aku sampai dan balik sebelum kami balik. Awesome kan kami? Tapi, aku tengok depa mana makan piza pun. Pastu, yang pompuan tu macam dok tengok kami. Jeles la tu tak boleh join kami bersembang sambil cicah roti dalam sup cendawan.

Then, Piqah sampai. Amboi ayunya beliau dengan skirt beliau. Makin sweet beliau aku lihat. Lina cakap baju ala-ala nak pi garden party. Ehhh dia ada cakap ka. Biaq lah. Lina sampai agak lewat. (Ini hanya propaganda nak bash Lina). Dengan baju hijau beliau, berjalan ayu pulokss dengan malu-malu kucing siam itu. Ohhhh betapa meluatnya.

Sorry tiada gambar pizza untuk ditontoni anda kerana piza dah disembunyi dalam perut

Lepas tu, kami dengan jalan itik pulang petangnya ke The Store. Lina dengan Aishah dah balik awal. Ada nak beli barang, ada yang nak window shopping macam aku. Jalan-jalan punya jalan kami beli tudung. Serius, aku megaku hari tu first time aku beli pashmina. Serius! 

Dah sampai The Store, jumpa pulak baju on sale! Tengok cantik. Faizah suruh try. Aku cakap tak mau beli, baik tak payah try. Last-last try jugak. Satu perkara yang terjadi kat tempat pakain hati tu ialah kami pakat-pakat try baju kat fitting room. Satgi baju ini, satgi baju itu. Last-last aku beli jugak! Tak dinafikan, pompuan memang tak boleh tengok baju sale. Ehhh wait, aku bukan jenis shopping tak ingat dunia. Baju aku tak banyak, lagi pun kebetulan baju murah. I sambar la..

Pssst.. Kalau nampak aku pakai baju ni kat luar, tegur-tegurla

Balik cakap kat mak...

Aku : Mak, adik beli baju!

Mak : Beli lagi?

Kesimpulannya, aku memang seronok shopping dengan kawan-kawan. Kawan-kawan akan bagi pendapat dan sebagainya. Serius syok shopping dengan Insyirah, Faizah dan Madi. Nanti kita jalan-jalan lagi tau! Tapi tunggu kami dah berduit la. Berkopak la duit aku lama-lama.



Okey, takat tu ja kot aku rajin nak taip. Sebelum tu, kepada peminat  SNSD, boleh tengok video baru diorang ni...

SNSD - Dancing Queen



SNSD - I Got A Boy (Drama Teaser)


P/S : Lain bebenor muka aku dengan Tiffany..

Saturday, December 22, 2012

Cara Nak Tukar Facebook Chat Layout

Assalamualaikum..

Malam ni rasa nak buat tuto. Tapi bukan tutorial untuk BLOG, tapi untuk FACEBOOK.

Korang nak tak bila chat ja, layout dia comel dan kawaii macam ni??!!!


1) First, pergi dekat Chrome Web Store dan cari Facebook Chat Layout atau senang klik SINI. Senang kerja hampa!

2) Klik Add To Chrome.


ATTENTION : Aku punya dia tulis 'Added' sebab aku dah add tau! Jangan konpius tau uolls...

3) Then, pergi kat korang punya facebook dan refresh.

4) Pastu, jadi macam gambar kat bawah ni kan? Layout dah berubah kan? 


5) Kalau tak nak yang Rilakkuma punya, korang boleh cuba yang Hello Kitty punya. Klik simbol bear kat atas sekali tu.


6) Tink! Jadi macam ni pulak. Keluar facebook chat layout versi Hello Kitty!


7) Kalau rasa tak nak jugak Hello Kitty, korang boleh tukar balik ke layout Rilakkuma dengan klik simbol yang sama.

Cute kan? Selamat mencuba dan 'chat'lah dengan kelas dan bergaya sampai mak cik jiran sebelah pun boleh jeles. 

Kredit : Kak Uzu

P/S : Madihah Zainal tu kawan kite. Sorry la buat gambar untuk tuto. Sengaja ingin memfemeskan anda..

Cherio!