Thursday, June 6, 2013

Aku Fobia Dengan Angka Lima

Assalamualaikum..

Hai rakyat jelata! Okey, lama aku tak update. Rindu pulak nak cerita kat hampa walaupun aku tau aku macam story-mory kat diri sendiri ja. Nobody gonna read this, I think. So, sapa-sapa yang membaca tu, aku  sayang hampa ketat-ketat sampai kutu pun tak boleh nak melintas, but for girls ja okay. Laki tak payah berangan, berdosa.


Macam pelik ja cerita aku kan? Rasa nak meletup tak jantung hampa? Meh nak bagi CPR. Aku ni doctor-to-be tau, kau kena percaya aku la bro. Haha, ehh percaya ka? Aku baru 17, baru reti nak lap hingus sendiri, baru belajar kemas loker asrama sendiri, baru belajar pasal cell division yang memang boleh gila selama beberapa hari nak hafal. And, aku maybe doctor-to-be or enginner-to-be.

Cerita pertama, time darjah lima. Emm maybe time tu aku macam garang sikit. A bit hot-tempered and stubborn. Semua nak ikut cakap aku. Tak semua la. Tapi macam aku nak semua tu betul. Sapa yang tak nak kerja yang sempurna kan? Oleh sebab perangai aku tu, best friend sendiri, aku ulang BEST FRIEND sendiri, macam layang aku nak tak nak ja. Kau nak terjun longkang sekolah ka, nak lompat bintang ka, nak usha crush ka, depa tak kisah. Ehh tak dak la lebih-lebih macam ni. Cuma, ada sekali time rehat tu, Sya best friend aku, panggil 3 lagi best friends aku dok dekat dengan kami. Depa tak mau. Lagi sedih, depa buat aktiviti sama-sama depa. Hangout sama-sama. Ajak kami dua pun tak. Tau sebab apa terasa? Sebab time tu jenis suka pi rumah kawan-kawan. Rumah dekat, parents pun masing-masing kenal. Apa kau rasa kalau kawan bua macam tu. Sampai la aku tau sendiri benda tu, bila Sya tinggal nota bawah meja aku.

Kamila, ****** tak suka hampa

Aku sedih, time aku buka surat tu, semua orang dah balik. Hati aku sedih. Balik ja, aku nangis dalam toilet. Mak aku dengar, dia risau dengan aku. Kot-kot la jadi apa-apa kat aku, jatuh longkang ka, tersepak batu ka, ada rimau cakar muka ka, hapa ka. Mak aku tenangkan aku. Mak sentiasa ada untuk tenangkan aku, pujuk aku.

Sampai sekarang, aku dengan best friends aku tu dah okay. Cuma dah tak rapat macam dulu sebab sekolah lain-lain. Naik sekolah menengah, aku cuba ubah diri. Dari seorang yang mungkin lebih memberi arahan, dan bad-tempered, aku tak marah sangat-sangat kot, aku rasa :P Aku lebih banyak follow. Aku tak suka jadi ketua.

Naik form 4, aku pindah. Aku dok MRSM, lebih banyak ajar aku untuk memimpin walhal aku tak terpilih pun nak jadi pemimpin tertinggi kat sini. Hanya berjawatan biasa-biasa sahaja. Aku jaga koop. Syok jaga duit ni sebagaimana yang ampa dok tengok cashier main-main duit tu semua. Wakaka. Bajet la aku ni. So, bila mai sini aku macam rasa lebih terpimpin la kot. And, sebab aku baru kat sini, aku kena keras kepala la kan? Hang budak baru, tak kan nak mintak orang lain pijak-pijak kepala hang. Keras kepala berpada la kot.

And, sekarang, benda yang jadi time darjah 5 tu jadi balik time sekarang. Sekarang, aku form 5. Angka LIMA di situ kan? Somebody tu, dah buat aku kecewa. Aku meseh dia tak balas. Aku faham la kalau kau tak dak kredit sekalipun. It's okay. Aku rasa dia sekepala dengan aku, tapi last-last macam ni yang jadi. Akhirnya aku dapat tau..

Dia malas ja nak balas

Aku harap sangat ada HAHA kat belakang ayat tu. Tau sebab apa? At least aku tak terkilan, maybe hang malas nak balas, tapi hang hepi dapat meseh aku. Kita pun kadang-kdang macam tu kan, dah tak tau nak balas apa, mula la malas nak balas. Sebelum aku tau benda ni, mak aku pesan..

Maknanya orang tu tak suka kita la..

Aku rasa, betul ka dia tak suka aku? Atau aku ada buat salah dengan dia? Dan setelah kaji selidik dan eksperimen yang dijalankan melalui kengkawan aku, aku dapat tau benda ni. Sedikit sebanyak aku tak perlu tertanya-tanya lagi pasal dia. Serius aku cakap, aku rindu SMKAP. Bila aku rindu kengkawan, automatik aku rasa nak masuk situ balik.


Lepas ni, aku tak akan kacau dia dah. Terima kasih untuk segala kenangan yang dia ada untuk aku. Aku cuba untuk membenci dirinya(walaupun sebenarnya tak boleh dok benci-benci orang), aku akan nangis bila aku ingat pasal dia.Aku tak boleh benci dia, aku cuma benci apa yang dia dah buat kat aku. Itu saja.


Pengajarannya, aku kena ubah diri aku menjadi lebih baik. Mungkin ini yang orang lain rasa bila aku buat dia macam ni. Aku cuba untuk jadi lebih tabah, InsyaAllah. Aku sentiasa ada kawan-kawan yang lain. Tapi, yang paling aku akan ingat pesan kawan aku sorang nihh

Kawan dengan orang yang betul-betul ikhlas nak kawan dengan kita. Goodbye pada yang sombong tu

p/s : Kawan biar berjuta, musah biar tiada.

2 comments:

  1. kamila! sorry la dah lama tak contact.. lama gila tak bukak blogger, facebook tak dak, fon pun tak dak.. semoga sihat and happy selalu~~

    ReplyDelete
  2. Aduh, apsalla Kamila tulis macam ni? Janganlah sedih-sedih~! >.<

    Nanti kalau kami dah beli no. phone sendiri, kami mesej-mesej dengan ampa eh?

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)