Saturday, August 17, 2013

Menghitung Hari-Hari Trial SPM

Assalamualaikum..

Ohh okey, jangan meluat dengan saya. Dan jangan marah saya sebab saya malas macam Patrick Star sebab lama sangat kot tak update. See-book la katakan. Heeheee :) Yuna pernah menyanyi "Yang sebenarnya.." Oleh itu, yang sebenarnya bukan saya tiada idea, ada tu ada la jugak idea kurniaan Allah itu. Tapi kan, kau fahan-faham la kan, aku sibuk memanjang. Shooting sana, shooting sini. Eh tak dak masa la iolls nak menaip untuk uolls!! Heshh..

awok.. saya pinjam kamera awok ye

Dek kebosanan yang melanda, aku dengan pelik sekali  membuka astro tutor tv ekonomi asas dan entah kenapa aku menontonnya walaupun aku tak ambik pun subjek tu. Tiba-tiba aku belajar anjal, tak anjal segala bagai dari abang tu ehh cikgu fakhrul. Entah kita tak faham kita tak ambik subjek tu. Sedangkan saponification pun tik faham apa-apa, bayangkan subjek ekonomi asas yang aku tak belajar tu kan.


Bulan depan pada tanggal 2 September, selepas rakyat Malaysia selesai bersuka ria sambut merdeka, aku nak kawin jawab trial spm. Gue ulangin sekali lagi ya teman-teman. Te-ra-yel es-pi-em. Macam sedap ja nak buat nama anak. Terayel Espiem bin Espiem. Aku? Keep calm and continue to watch hindustan. Lalala. Serius, aku tak boleh belajar kat rumah. Kat asrama boleh. Sebab dekat asrama tak boleh tengok tibi dan main tenet. Kat asrama rasa jelly dekat kawan-kawan yang tengah studi. Jadi, kau pun buat-buat sibuk pegang buku.

Hakikat sebenar, aku perlu belajar sendirian. No sound, no noisy, no people 'potpetpotpet' beside me. Ohh please jangan bersembang tepi aku time aku studi. Sama ada kau nak makan jeling aku atau aku tumpang sekaki dengan hampa sambil cecah roti gula dengan ayaq teh. Hari tu, satu malam di minggu exam. Kebetulan esok tu tak ada paper exam tapi ada practical exam. Macam lab experiment. Kena buat sendiri tau! Tak boleh tanya kawan sebelah. Markah dikira okey. So, ramai-ramai pakat spot la soalan itu ini berdasarkan apparatus yang kami pi intai tepi tingkap makmal. Haha. Lawak betul la,mak cik makmal tutup langsir tingkap depan, tingkap belakang dia buka. So, balik prep semua pi intai kat tingkap belakang la nak tau apparatus apa.

Malam tu, aku bukak la buku bio. Nak baca experiment. Sekali budak bilik dok bincang dengan study group dia itu ini, sampai kepala otak aku tak boleh nak cerna apa yang aku baca. Serius aku bengang time tu. Bengang sangat. Macam hampa ja nak exam. Aku tak exam ja gayanya. Time tu aku tengah baring, aku ambik bantal peluk aku, aku tekup telinga aku. Jadinya aku kena tidur miengiring sambil baca buku dengan juling-juling mata. Tiba-tiba aku dengar macam diam sat. Hmm paham-paham la kot hampa dengan reaction aku tu.


And aku tak tau la apa aku nak goreng trial ni. Entah sempat dak aku nak study. Aku jenis stay up sampai pagi, bukan jenis tidur awal bangkit awal. Stay up sampai subuh pun tak pi surau. Solat kat bilik. hihi. Tengok sekarang pun faham kot, aku taip time pagi-pagi buta.

Ahh secara tiba-tiba aku teringat muka depan The Conjuring. Huhu. Nak cabut masuk tidoq dulu. Selamat ber-trial exam buat Form 5 1996. Jangan lupa study, pastu doa banyak-banyak dekat Allah. Kemudian, tawakkal.


Doa.

Effort.

Tawakkal.

That's the key of success.

Insha-Allah..


1 comment:

  1. wah, nasib baik tak kena buat exam praktikal ... kalau tak, habis!!

    -madi-

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)