Wednesday, December 25, 2013

Aku Dapat SPC?


Assalamualaikum dan selamat malam guys. Actually i'm confused right now. Tak tahu sama ada dapat atau tidak SPC. Tau dak apa SPC? SPC stands for Skim Pelajar Cemerlang. For MRSM students actually tapi yang lepas SPM pun kita panggil SPC jugak rasanya. Using out SPM trial, we can apply for our favourite course.

So, dalam banyak-banyak tu ada paling aku lepas Diploma Cemerlang tapi aku macam tak berminat, aku nak terus masuk asasi. Nanti akan ambik diploma dekat UniKL, KPM, GMI or KKTM. Tapi aku ni demand teruk nak U jugak, so aku decide nak mintak Universiti Teknologi Petronas. Why, sebab library dia sangat cantik kot! Satu lagi, SPC tak payah interview. Untung la kalau sapa yang mohon program luar negara. UTP ni untuk dalam negara ja.


First, aku teringin jugak nak ambik course Engineering to Korea tapi banyak gila tak lepas. Haha. Aku tukar ambik chemical engineering dekat UTP, tapi masalahnya semua subjek lepas kecuali..... Fizik! Aku dapat C, depa nak B. Pastu sebab pressure itu ini dan takut markah aku tak penuh sebab tak lepas fizik so aku decide nak mintak Diploma Cemerlang. Aku mintak Islamic Banking, aku jadi lagi pressure lepas tu and then aku tak hantar borang.

Time tu ada beberapa minggu nak SPM tak aku dok pening kepala pikiq pasal SPC tu. Last-last bengang aku tak mau mintak. Biaq la aku pi interview lepas SPM pun, asalkan aku dapat belajar course yang betul-betul kita minat. Tapi, ada masalah pulak lepas tu, aku dah mohon online jadi nama belum dipotong. Cikgu aku surh tulis nama dan dia akan potong nama aku dan nama orang lain yang tak jadi mintak tu. Masa tu aku betul-betul lega.. phewwwwww~~


Keputusan SPC dah nak keluar aku pun jadi jeles dengan kawan-kawan yang mintak. Rasa menyesal bila pikiq aku tak mintak. Tidak aku mintak UTP pun tak pa. Pastu, ada yang dah dapat dah. Aku ni mengggedik jugak la pi cek nama aku dapat dak, tapi aku rasa aku tak dapat, sebab salah laman web! Dah tau tak mintak gatai dok cek jugak..


Entah kenapa aku dapat call dari MARA tadi. Meh tengok apa kami cakap tadi.. Acehhh~

MARA : Ni Kamila Husna ke? Awak student MRSM kan?

Aku : Ya, saya.

MARA : Awak ada memohon KPM kan?

Aku : Ada tapi saya dah tarik permohonan tu.

MARA : Okey.

Aku : Kenapa ya?

MARA : Tak dak apa lah...

*end of conversation*

Pelik bin ajaib bin lampu pelita ajaib! Budak MRSM ramai dpat call dari MARA untuk KPM and KKTM. Aku dapat call tapi dia tak cakap apa pun. Why? Why is this happened? Jangan biarkan aku confused sedemikian rupa. Kalau aku tak dapat just cakap tak dapat. Maybe dia nak confirmkan aku tak mintak kot.

Aku call Tipah, tanya dia dapat dak. Aku pun cerita pasal call dari MARA tu. Tipah kata rugi kot aku pi -cakap aku dah tarik permohonan. Entah-entah aku dapat mana tau. Waaaaa rugi! baru teringat untuk KKTM kat Johor kot ada peluang nak sambung degrre dekat USA. Aku tak ingat KPM aku kat mana tapi time sembang dengan Tipah tu menyesal gila!

Some of my friends ask about the call. Tapi aku nak cakap aku dapat pun tak tau jugak, dia tak kata apa- apa. Si Farrah call tadi pun tanya benda yang sama. Dia pulak cakap MARA call sebab nak habaq sapa yang mintak islamic banking dia akan tukar ke accounting. Ahhh sudah account pulak. Mencik aku!


The latest news nih, MARA akan hantar surat tawaran. Aku cuma nak tunggu surat tu dan cek keputusan online 27 disember ni. Isskk aku sekarang tak tau nak buat keputusan. Sebab aku rasa jiwa aku macam dekat pharmacy or engineering. This is disgusting! Yang tak boleh blah, surat bukan nak sampai awal-awal, nak masuk KPM tu kalau tak silap 7 Januari! Mak ai.. Cek baru pi daftar kelas memandu. Apa pun tak belajar lagi, dah nak kena pi.

Memang aku nak kena fikir masak-masak la, sebab aku dok merepek jugak tadi denga Tipah nak mintak USM. Haha, kami dok kata nanti satu U la. Hikhik. Dia nak jadi nutritionist tapi dia apply food technology. Entah la, aku perlu buat solat istikharah. Semoga Allah memberikan petunjuk buat diriku. Aminnn..

Ni rupa KPM Bandar Melaka

Btw, kepada sapa-sapa yang tahu pasal Islamic Banking and Finance, tolong bagi tau macam mana pelajarannya. Macam mana kehidupan dekat KPM Bandar Melaka ( ohh aku baru cekkk dekat bandar Melaka), best ka. Pleaseeee.. (buat muka comellll)


Dalam hati sebenarnya dok berangan nak jadi CEO bank bila dah ambik islamic banking. Besor bebenar angan-angan yerkkk~

Tata... :P

3 comments:

Awak, komen sikit :)