21 February 2014

Bawak Kereta Pun Boleh Jadi Tension

Assalamualaikum..

Wahwah makin hari makin tension aku. Dah tak sekolah ni pun dok tension lagi, bukan ada homework nak buat pun. Duduk rumah, goyang kaki, tengok Hagemaru...

Tapi, apa yang paling merisaukan aku ialah pi latihan kereta! Ya Allah, hanya Dia yang tahu betapa aku sangat ketaq lutut. Bukan apa, aku bawak okey, tukar gear dengan brake Alhamdulillah dah elok. Elok la bagi yang baru nak bawak macam saya ni. hihihi >.<

The worst is NAK START KERETA ! Bila time kereta nak start jalan or nak jalan masa gear satu tu, errrrr tersengguk-sengguk kereta itu dibuatnya. Kesian engkau kereta viva. Masalah utama terjadinya kejadian itu kerana aku lepas clutch laju sangat. Pastu kereta mampus!


Ni cerita petang tadi. Aku pegi latihan, so cikgu suruh bawa ikut jalan nak ke Kuala Perlis. Jalan tu agak luas macam highway so, Alhamdulillah okey. Tapi sampai dah nak masuk pekan sikit, haaa dia mula nak jadi lagu dok mampuih enjin tengah jalan.

Kami pi balik dekat litar sekolah memandu, cikgu suruh bawak pakai gear 1 pastu ulang. And then, bila dia tengok aku dah okey dia suruh bawak dalam Kangar. Kangar tok sah cakap la, sibuk! Boleh kata kereta aku asyik mampuih ja kat traffic light. Cikgu cakap, dari 10 traffic light, hanya 2 yang aku boleh jalan. Perghhh.. 'hebat' kan?


Aku tak kisah kalau kereta belakang nak potong aku bila kereta aku mampus sampai traffic sesak. Ya, tak kesah sebab aku masih belajar. Malu tak yah cakap la, banyak orang dok tengok. Aku harap sangat yang cermin tingkap kereta viva tu gelap sampai orang luar tak nampak. Pakai tinted yang paling gelap sekali. Malu kalau depa nampak muka aku hok tak reti nak bagi kereta jalan.

Cuma aku agak sakit hati dengan sorang driver ni. Satu jalan ni ada 3 lorong. Aku ada kat lorong paling kanan, sebab aku nak belok ke kanan. Aku kalau boleh tak mau dok depan sekali tapi takdir buatkan aku ada kat depan sekali time tu. huhuhu :( Kat depan tu ada la 2-3 moto, entah macam mana la kan, sebijik BMW mai mencelah sebelah kereta aku. Aku rasa macam ehh mak cik ni cer sabar sikit, bukan naik lampu hijau lagi. Kot kata dah naik, aku tak jalan lagi haaa potong la. Mentang-mentang la hang bawak BMW, kereta mahaiiiiiiiiiii kata ko, tengok-tengok la kita kat tepi ni. Aku bukan apa, aku dah la tak cekap nak lepas gear, sakit kot senderih kereta hang tu, tau pulak kot nak marah kannn..


Lagi sedih bila naik lampu hijau, berkali-kali kereta aku mampuss.. ==" Aku bila dah sekali mampus, kali kedua tu lagi gelabah. Cikgu cakap muka aku pucat ja. Dia cakap dia tak boleh nak tolong aku sebab aku yang nak kena kawal clutch tu sendiri. Dia paham kaki aku pendek..

Entah macam mana ayat dia, " Kekurangan kita, kaki kita pendek bla bla bla bla " Aku tak ingat sangat cuma dia nak cakap, kekurangan aku ialah kaki aku pendek dan aku perlu usaha untuk buat apa-apa yang patut untuk bagi cekap main clutch.


Balik rumah, aku ingat balik apa yang dia cakap. Ya la, aku pendek, gemuk pulak tu. Tiba-tiba aku jadi sedih. But, no! Aku tak boleh give up! Aku kena positif. Ketinggian bukan penghalang untuk aku. Biarlah selama ni orang dok kata aku pendek, sebab tu memang aku. Itu yang Allah dah bagi dekat aku. Alhamdulillah. Cuba kalau dia tarik apa yang aku ada sekarang ni?

Apa-apa pun, aku kena banyak bersabar dan cuba buat yang terbaik, in everything. InsyaAllah. Doakan yang terbaik buat aku :)



pic cerdit : mr google :)

17 February 2014

Sebenarnya Aku Kedekut Atau Aku Yang Miskin?

Assalamualaikum and good morning :)

Kedekut atau miskin aku ni? Aku selalu list dalam kepala.. Yeah I want to buy this shirt. Owh, this shoes too! No, no, I want that half moon shawl. Ehh nak beli yang mana ni?


Betul, ini dilema harian aku. Betul aku tak tipu. Aku bukan la loaded cam ampa semua, petik jari PAP! semua depan mata. So, i must control my money wisely. Aku memang suka fesyen-fesyen ni, tapi apa yang aku pakai tak selalunya up-to-date. Just suka tengok orang lain pakai. Kawan aku cakap "Kamila ampa ni jiwa fashionista .."


Benda ini selalu terjadi bila aku nak beli something...

" Emm nak baju tu la. Nanti cukup duit aku nak beli la..

Tudung tu cantik. Fesyen hot sekarang kot. Nanti mintak mak beli la..

Nak beli kasut tapi kalau yang murah tak tahan, nak jugak beli elok sikit, tahan lama..

BUT WAITTTTT!! Kalau kasut harga RM 50, baik aku beli baju. Dah boleh dapat 2 helai.. "

Aku rasa most girls macam ni kot or aku lebih teruk ? ==" Yup, aku kan dah cakap, aku tak kaya. Memang la kena belanja elok-elok. Memang la parents kita yang sediakan pakaian, but takkan most of the time nak susahkan diorang. Kita kena belajar spend duit sendiri, nak something cari la duit. Duit takkan datang bergolek kalau tak usaha..


Berbalik pada kasut, aku cukup jarang beli kasut. Main hentam ja kasut aku pakai. Aku bukan la nak branded bagai, cuma aku cari kasut yang selesa. Tu saja..

One thing, frequently i asked a friend who bought clothes online. Kalau godek-godek online shop semua baju cantek-cantek, tapi saiz itu tak menjamin. You know, saiz I kena cari yang beso. Bagi yang kuruih senang la nak cari.. Mind setting aku " Orang kurus pakai apa pun masuk. Orang cantik pakai apa pun cantik " Macam gila pun ada minda aku nih..

Satu lagi, bab pakaian ni. Kena pakai elok-elok, tambah-tambah bila nak solat. Jangan asyik pikir clothes and those all things, telekung tu ambik tau jugak sayang! Kalau baju boleh cari baru, kenapa tidak dengan telekung? Peringatan tulus ikhlas buat diri sendiri jugak *sigh*


Nak kerja part time, hari tu tak ada kat tempat yang aku nak. Mak aku tak kesah nak kerja or tak, tapi dia kata tak kerja pun tak pa. Lagi pun, lepas SPM ni aku malas segala- galanya. Nak pi latihan driving pun malas, kelas BI pun malas. Mai bab kerja hmmmm lagi laaaaaaaaaaaaaaaa malas. Memang aku betul-betul menunggu duit jatuh dari langit..

That's all guys. Thanks for reading, love ya muahhhh!! ahakss :3

pic credit : pakweku google

16 February 2014

TUTORIAL : Cantikkan Google Chrome Theme Anda !!

Assalamualaikum buddies :)

It's been more than 2 months after SPM ended. Perghhh boring sangat. Sebab saya malas dan boring, hari ni saya nak share dengan hangpa satu tutorial. hikhik sopan santun kau ye kamila. Fake semua ni! *slaps my face*


Bagi yang guna PC for surfing internet, ini tutorial sangat sesuai untuk anda, but since semua pakat guna ipad, iponggg, tab, tab mandi and so on, I think this tuto doesn't suit you very well.

1) Buka laman web ThemeBeta.


2) Cari theme yang menarik bagi korang. Boleh godek-godel dulu, but i found kpop is suitable for me :3


3) Dah jumpa yang korang suka, klik gambar tu. Pastu, akan naik macam ni.


3) Klik Apply theme.

4) Bila dah selesai download, akan keluar pop-up window cam ni.


5) Klik Add dan tengok hasilnya !

I used this theme before..


But after installing the new one, the theme now just awesome!!


Selamat mencuba!

p/s : sori tuto tak best, nak best buat sendiri ..