Friday, February 21, 2014

Bawak Kereta Pun Boleh Jadi Tension

Assalamualaikum..

Wahwah makin hari makin tension aku. Dah tak sekolah ni pun dok tension lagi, bukan ada homework nak buat pun. Duduk rumah, goyang kaki, tengok Hagemaru...

Tapi, apa yang paling merisaukan aku ialah pi latihan kereta! Ya Allah, hanya Dia yang tahu betapa aku sangat ketaq lutut. Bukan apa, aku bawak okey, tukar gear dengan brake Alhamdulillah dah elok. Elok la bagi yang baru nak bawak macam saya ni. hihihi >.<

The worst is NAK START KERETA ! Bila time kereta nak start jalan or nak jalan masa gear satu tu, errrrr tersengguk-sengguk kereta itu dibuatnya. Kesian engkau kereta viva. Masalah utama terjadinya kejadian itu kerana aku lepas clutch laju sangat. Pastu kereta mampus!


Ni cerita petang tadi. Aku pegi latihan, so cikgu suruh bawa ikut jalan nak ke Kuala Perlis. Jalan tu agak luas macam highway so, Alhamdulillah okey. Tapi sampai dah nak masuk pekan sikit, haaa dia mula nak jadi lagu dok mampuih enjin tengah jalan.

Kami pi balik dekat litar sekolah memandu, cikgu suruh bawak pakai gear 1 pastu ulang. And then, bila dia tengok aku dah okey dia suruh bawak dalam Kangar. Kangar tok sah cakap la, sibuk! Boleh kata kereta aku asyik mampuih ja kat traffic light. Cikgu cakap, dari 10 traffic light, hanya 2 yang aku boleh jalan. Perghhh.. 'hebat' kan?


Aku tak kisah kalau kereta belakang nak potong aku bila kereta aku mampus sampai traffic sesak. Ya, tak kesah sebab aku masih belajar. Malu tak yah cakap la, banyak orang dok tengok. Aku harap sangat yang cermin tingkap kereta viva tu gelap sampai orang luar tak nampak. Pakai tinted yang paling gelap sekali. Malu kalau depa nampak muka aku hok tak reti nak bagi kereta jalan.

Cuma aku agak sakit hati dengan sorang driver ni. Satu jalan ni ada 3 lorong. Aku ada kat lorong paling kanan, sebab aku nak belok ke kanan. Aku kalau boleh tak mau dok depan sekali tapi takdir buatkan aku ada kat depan sekali time tu. huhuhu :( Kat depan tu ada la 2-3 moto, entah macam mana la kan, sebijik BMW mai mencelah sebelah kereta aku. Aku rasa macam ehh mak cik ni cer sabar sikit, bukan naik lampu hijau lagi. Kot kata dah naik, aku tak jalan lagi haaa potong la. Mentang-mentang la hang bawak BMW, kereta mahaiiiiiiiiiii kata ko, tengok-tengok la kita kat tepi ni. Aku bukan apa, aku dah la tak cekap nak lepas gear, sakit kot senderih kereta hang tu, tau pulak kot nak marah kannn..


Lagi sedih bila naik lampu hijau, berkali-kali kereta aku mampuss.. ==" Aku bila dah sekali mampus, kali kedua tu lagi gelabah. Cikgu cakap muka aku pucat ja. Dia cakap dia tak boleh nak tolong aku sebab aku yang nak kena kawal clutch tu sendiri. Dia paham kaki aku pendek..

Entah macam mana ayat dia, " Kekurangan kita, kaki kita pendek bla bla bla bla " Aku tak ingat sangat cuma dia nak cakap, kekurangan aku ialah kaki aku pendek dan aku perlu usaha untuk buat apa-apa yang patut untuk bagi cekap main clutch.


Balik rumah, aku ingat balik apa yang dia cakap. Ya la, aku pendek, gemuk pulak tu. Tiba-tiba aku jadi sedih. But, no! Aku tak boleh give up! Aku kena positif. Ketinggian bukan penghalang untuk aku. Biarlah selama ni orang dok kata aku pendek, sebab tu memang aku. Itu yang Allah dah bagi dekat aku. Alhamdulillah. Cuba kalau dia tarik apa yang aku ada sekarang ni?

Apa-apa pun, aku kena banyak bersabar dan cuba buat yang terbaik, in everything. InsyaAllah. Doakan yang terbaik buat aku :)



pic cerdit : mr google :)

6 comments:

  1. Kamilaaaaaa hampa buat kami takut nak bawa kereta huwaaaaa hahaha.. Kami baca buku panduan yang pasal clutch tu dah fenin giles... lepaskan separuh la lepaskan selanjutnya lah apakaaaah tolonggg.. btw, harap hampa lepas with flying colours gitu.. doakan I sameee :3

    ReplyDelete
  2. ampa kena lepas clutch sikit-sikit, pastu tahan.. kalau ampa rasa keta dah gerak baru lepas semua. ampa kan tinggi, so kaki ampa sampai kat clutch tu.. :)

    InsyaAllah, kita boleh !! Nanti boleh meronggeng kot kangaq sekali, dah boleh bwak kereta la katakan :3

    ReplyDelete
  3. kamilaa~~ km pon slalu bagi kereta tu mati jugakk!! haha.

    gud luck utk test JPJ nanti yerr. doakan kami juagak^^

    Lina, pn sama. bawak leklok nnty. clutch tu mmg snsitif. hohho.

    ReplyDelete
  4. Thanks zati :) Good luck for you too..
    Nanti boleh sama2 drive kalau nak jumpa hehehehe :3

    ReplyDelete
  5. Terharunya baca cerita ni.. macam baca short story..

    btw, pehal semua nak ambik lesen kereta ni? duk rumah dahla!haha... good luck semua!!! nanti jangan lupa bawak kami pi jalan2 satu malaysia~~~

    ReplyDelete
  6. Short story? Tak rasa boring kah anda baca apa saya tulis.. =="

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)