13 April 2014

Aku Dapat UniKL .. Tapi ..

Assalamualaikum..

Semalam kan, aku hepi gila nak cek UniKL sebab salah satu harapan yang aku nak. Sampai kawan aku siap countdown, hahaha. Tapi sebelum tu meh aku nak bagi tau apa yang aku mintak. Perlu ka nak bagii tau ? -_-

1) FOUNDATION IN SCIENCE AND TECHNOLOGY (SCIENCE)
2) DIPLOMA IN PHARMACY
3) FOUNDATION IN SCIENCE AND TECHNOLOGY (ENGINEERING)

I really want to be in the pharmacy course right now. I'm okay with engineering, tapi hati ini untuk farmasi kot. My love for you muahmuahhh :P So, i put the foundation for the first choice and diploma in pharmacy for the second one. Actually memang nak letak diploma tu first, tapi tengok dia cakap result aku lepas asasi.

Mesti la nak jimat masa kan. Kalau ambik dip+degree, makan masa 7 tahun plus no credit time. Kira aku tak boleh la nak skip tahun. Kalau ambik asasi+degree, 5 tahun ja kot. Sapa tak nak habeh study awal kan. Kalau orang bagi kau pegi Korea, dia bagi choice sama ada nak naik flight or nak naik kapal tongkang(hahaha sapa yang nak naik tongkang pegi korea), mesti la naik flight. Jimat masa, cepat, selesa! That's it!

Here's what my result was..


Alhamdulillah. Aku rasa happy gila bila dapat. Yeahhh lompat bintang sana-sini. Mari berdansa.. Aku rasa macam nak pegi tapi aku still nak tunggu upu. Tapi kena confirm nak pegi UniKL ni sebelum 25 hb ni. Huhuhu dilema wanita betul la.

*mohon jangan bunuh diri, melawan kuasa Allah nih*

Aku download la siap-siap borang yang dia suruh isi tu. Aku godek satu-satu. Tengok kena pakai macam asrama dulu haishhhhh (-___-) Baju kurung, kasut hitam, dewan makan. Aku okay ja baju kurung, tapi sampai tok leh nak pakai seluar pulak pi kelas huhuhu. Tudung pun tudung bawal-bawalan ja kot. hoishhh i pun nak bermodel-modelan dengan shawl ^^ Outing macam kat maktab jugak, cuma balik pukul 7 ja. Maktab aku balik pukul 6. Tapi yang best dapat elaun even sikit banding tempat lain. Makan free kot.

Sampai satu fail ni, aku bukak-bukak kan, dia tulis la UniKL mana yang aku patut pursue bila ambik foundation science and foundation engineering. Untung dekat engineering sebab banyak pilihan UniKL. Foundation science ONLY UniKL MESTECH and UniKL MICET. Dua-dua ni untuk biochemical and allied health science. Siap capslock HANYA dalam surat tu. Kalau nak sambung farmasi, kena pegi UniKL RCMP. Pelik nihh. Aku cek portal UniKL ada tulis boleh sambung RCMP. Aku risau gila nihh.


Aku ada terbaca satu blog, dia cakap start 2 tahun lepas kot, dah tak boleh sambung in medic pakai foundation science. Bukan aku nak sambung medic, tapi medic dekat RCMP. Aku kena call UniKL nak tanya. Rugi la kalau tolak UniKL. It's under MARA. Kau boleh buat loan. And bayar pun ikut pointer la. Ada yang cakap boleh jadi biasiswa if dapat pointer 3.5 and above *kalau salah tolong perbetul*

Doakan aku dapat tempat belajar yang baik. Amin. Tempat belajar bukan masalah tapi kita sendiri yang nak tentukan kita berjaya atau tidak. Kalau study top university tapi tak study betul-betul pun tak guna jugak.

Yang dapat result bagus, kekalkan kejayaan anda. Yang kurang bagus, dah jangan nanges-nanges lagi dah. Aku pun dah tak mau nanges lagi dah. Biaq la apa orang dok kutuk result kita. Bukan dia yang jawab exam, kita yang jawab! Suruh dia ambik exam bagi pihak kita, baru hang tau. Kebolehan setiap manusia tu lain-lain. Kau jangan nak kutuk orang sangat. It'll come back to you one day.


Pensyarah english class aku cakap, masa study lah yang paling enjoy. Lepas tu kau nak keja, tak dak dah nak enjoy-enjoy. Enjoy you study life!

UPDATE 14/4/2014 : 
Tadi aku call 3 manusia yang bagi 2 jawapan berbeza -_- 
1) Orang bahagian foundation kata tak boleh pegi farmasi.
2) Orang admision kata boleh ja masuk farmasi pakai foundation science.
3) Orang rcmp pun kata boleh masuk farmasi.

Jadi aku percaya orang 2 dan 3 hehehe. InsyaAllah nak pegi rasanya foundation ni :)

UPDATE 16/4/2014 :
2 hari lepas, aku ada chat dengan sorang ex-foundation kolej mara kulim. Dia tua setahun la dari aku. Pastu dia kata batch dia yang last boleh ambik degree pharmacy pakai foundation UniKL. Aku dah call admission, mintak tukar ke diploma farmasi. Alhamdulillah, dah dapat offer baru. weeee ;)