Sunday, April 13, 2014

Aku Dapat UniKL .. Tapi ..

Assalamualaikum..

Semalam kan, aku hepi gila nak cek UniKL sebab salah satu harapan yang aku nak. Sampai kawan aku siap countdown, hahaha. Tapi sebelum tu meh aku nak bagi tau apa yang aku mintak. Perlu ka nak bagii tau ? -_-

1) FOUNDATION IN SCIENCE AND TECHNOLOGY (SCIENCE)
2) DIPLOMA IN PHARMACY
3) FOUNDATION IN SCIENCE AND TECHNOLOGY (ENGINEERING)

I really want to be in the pharmacy course right now. I'm okay with engineering, tapi hati ini untuk farmasi kot. My love for you muahmuahhh :P So, i put the foundation for the first choice and diploma in pharmacy for the second one. Actually memang nak letak diploma tu first, tapi tengok dia cakap result aku lepas asasi.

Mesti la nak jimat masa kan. Kalau ambik dip+degree, makan masa 7 tahun plus no credit time. Kira aku tak boleh la nak skip tahun. Kalau ambik asasi+degree, 5 tahun ja kot. Sapa tak nak habeh study awal kan. Kalau orang bagi kau pegi Korea, dia bagi choice sama ada nak naik flight or nak naik kapal tongkang(hahaha sapa yang nak naik tongkang pegi korea), mesti la naik flight. Jimat masa, cepat, selesa! That's it!

Here's what my result was..


Alhamdulillah. Aku rasa happy gila bila dapat. Yeahhh lompat bintang sana-sini. Mari berdansa.. Aku rasa macam nak pegi tapi aku still nak tunggu upu. Tapi kena confirm nak pegi UniKL ni sebelum 25 hb ni. Huhuhu dilema wanita betul la.

*mohon jangan bunuh diri, melawan kuasa Allah nih*

Aku download la siap-siap borang yang dia suruh isi tu. Aku godek satu-satu. Tengok kena pakai macam asrama dulu haishhhhh (-___-) Baju kurung, kasut hitam, dewan makan. Aku okay ja baju kurung, tapi sampai tok leh nak pakai seluar pulak pi kelas huhuhu. Tudung pun tudung bawal-bawalan ja kot. hoishhh i pun nak bermodel-modelan dengan shawl ^^ Outing macam kat maktab jugak, cuma balik pukul 7 ja. Maktab aku balik pukul 6. Tapi yang best dapat elaun even sikit banding tempat lain. Makan free kot.

Sampai satu fail ni, aku bukak-bukak kan, dia tulis la UniKL mana yang aku patut pursue bila ambik foundation science and foundation engineering. Untung dekat engineering sebab banyak pilihan UniKL. Foundation science ONLY UniKL MESTECH and UniKL MICET. Dua-dua ni untuk biochemical and allied health science. Siap capslock HANYA dalam surat tu. Kalau nak sambung farmasi, kena pegi UniKL RCMP. Pelik nihh. Aku cek portal UniKL ada tulis boleh sambung RCMP. Aku risau gila nihh.


Aku ada terbaca satu blog, dia cakap start 2 tahun lepas kot, dah tak boleh sambung in medic pakai foundation science. Bukan aku nak sambung medic, tapi medic dekat RCMP. Aku kena call UniKL nak tanya. Rugi la kalau tolak UniKL. It's under MARA. Kau boleh buat loan. And bayar pun ikut pointer la. Ada yang cakap boleh jadi biasiswa if dapat pointer 3.5 and above *kalau salah tolong perbetul*

Doakan aku dapat tempat belajar yang baik. Amin. Tempat belajar bukan masalah tapi kita sendiri yang nak tentukan kita berjaya atau tidak. Kalau study top university tapi tak study betul-betul pun tak guna jugak.

Yang dapat result bagus, kekalkan kejayaan anda. Yang kurang bagus, dah jangan nanges-nanges lagi dah. Aku pun dah tak mau nanges lagi dah. Biaq la apa orang dok kutuk result kita. Bukan dia yang jawab exam, kita yang jawab! Suruh dia ambik exam bagi pihak kita, baru hang tau. Kebolehan setiap manusia tu lain-lain. Kau jangan nak kutuk orang sangat. It'll come back to you one day.


Pensyarah english class aku cakap, masa study lah yang paling enjoy. Lepas tu kau nak keja, tak dak dah nak enjoy-enjoy. Enjoy you study life!

UPDATE 14/4/2014 : 
Tadi aku call 3 manusia yang bagi 2 jawapan berbeza -_- 
1) Orang bahagian foundation kata tak boleh pegi farmasi.
2) Orang admision kata boleh ja masuk farmasi pakai foundation science.
3) Orang rcmp pun kata boleh masuk farmasi.

Jadi aku percaya orang 2 dan 3 hehehe. InsyaAllah nak pegi rasanya foundation ni :)

UPDATE 16/4/2014 :
2 hari lepas, aku ada chat dengan sorang ex-foundation kolej mara kulim. Dia tua setahun la dari aku. Pastu dia kata batch dia yang last boleh ambik degree pharmacy pakai foundation UniKL. Aku dah call admission, mintak tukar ke diploma farmasi. Alhamdulillah, dah dapat offer baru. weeee ;)

100 comments:

  1. Salaam. SPM 2013? Samalah kitaaaa. Hehe. Wahh,tahniah. All da best lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kamilaaaaaa... sama-samalah kita berdoa untuk kejayaaan kita :3

    ReplyDelete
  3. Wafa : ya ka? Tahniah. Nak pegi tak? Jom la..

    Lina : tq lina. All the best for you. Nanti interbiu buat elok2. Kami nk tengok ampa fly overseas :)

    ReplyDelete
  4. Eh wafa tak mintak pun unikl. Hehe. Pegilah. Grab the chance!

    ReplyDelete
  5. woo ... congrats cik Kamila! Belajar elok-elok! Jangan lupa ajak lepak tau~! haha

    ReplyDelete
  6. Salam.. Hee, aq nk Tukar kos jgk.. kena call UniKL tmpt kita dpt or UniKL tempat kita nk Tukar tuh? Ada x number yg ptut Saya call? Hee harap dpt galas.. email ke SyaFiq.fiq05@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..awak intake june nie ke? Alhamdulillah...kalau ada harapan berjumpalah kita kat sana..Saya pun dapat diploma farmasi jugak di unikl...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..awak intake june nie ke? Alhamdulillah...kalau ada harapan berjumpalah kita kat sana..Saya pun dapat diploma farmasi jugak di unikl...

    ReplyDelete
  9. silent_gurlz : a'ah june ni. wahh nanti kita jumpa la kat sana ehh. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  10. Serius? Farmasi? Geng-2. Hehe. In Sya Allah, ada jodoh kita jumpa nnti =D. .

    ReplyDelete
  11. Fatin ambik farmasi gak? Yeaa~ Nanti boleh jumpa la :)

    ReplyDelete
  12. hai awak, so far unikl ok tak? saya intake september ni untuk degree MSI kedah

    ReplyDelete
  13. zulfadli halizan :hai fadli :) sorry for the late reply, tak sempat bukak blog..

    so far, unikl ni best! awak ambik degree ke kat msi? Welcome to UniKL :D

    ReplyDelete
  14. Akak, sya dapat fist-science 2015/2016. Nak sambung degree pharmacy. So tak boleh la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak pasti la untuk tahun ni. Sebab kawan akak yg dri fist-science ada ja yang NAK sambung degree pharm di rcmp. Peraturan boleh berubah-ubah dik sebab manusia yg buat peraturan ni..

      Delete
    2. Akak tak pasti la untuk tahun ni. Sebab kawan akak yg dri fist-science ada ja yang NAK sambung degree pharm di rcmp. Peraturan boleh berubah-ubah dik sebab manusia yg buat peraturan ni..

      Delete
  15. kita dapat farmasi jgak.......kita ni lelaki.............akaaakkk?........mereka kata kan kan............kat sana tak de hostel lah......utk kami yg laki2............kesian kat kite kan...... betul ke akak.............??....dah lemah semangat ni...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh ada la. Lelaki stay di hostel Tambun. Jgn la lemah semangat macam ni ehhh. Nak tuntut ilmu kena kuat k :)

      Delete
  16. SLM , YG UNIKL ASASI SAINS DAN TEKNOLOGI(IN SCIENCE)TU MMG TAKLEH SMBUNG IN DEGREE FARMASI EH ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm not so sure tahun ni. Cuba call and tanya pihak unikl :) But based on my experience memang ada yg kata boleh and tak boleh.

      Delete
  17. Nak tnye ... aku mntak miat then radio and fisio . Lepas tu aku dpat miat utk itrvw . Skrg ni hati nak ke Fisio .. cmne nak tukar course ? Nak kene call nombor mane utk tukar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrap direply secepat mgkin .. mmg dilema gila vavi skrg nihhh .. hrapkan jwapan ko je

      Delete
    2. Sorry for the late reply sbb aku pun busy dengan assignment, kuiz and so on hihii. Cuba call pihak unikl and mintak sambung ke bahagian kemasukan pelajar. Boleh je nak tukar ke course lain.

      Delete
    3. Sorry for the late reply sbb aku pun busy dengan assignment, kuiz and so on hihii. Cuba call pihak unikl and mintak sambung ke bahagian kemasukan pelajar. Boleh je nak tukar ke course lain.

      Delete
  18. Sy dpt dip nursing...huuuu...hostel dy bkn dlm kampus kn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah hostel bukan dalam kampus.

      Delete
    2. Hi hanah. Kite sama lah dpt course nursing kt situ.. Pergi tak?

      Delete
    3. Pergi. Jmpe kt sne nanti :)

      Delete
  19. assalamualaikum,.. kak nk tanye , saya dapat UNIKL .. tarikh tamat hantar surat n pos duit 30hb ni ... nk tanye kalau sy nk tukar kos boleh ke dlm masa ni ????? sebelum daftar ... sbb sy ingt boleh nk kemaskini UNIKL ni mcm UPU .. plezzz bantu ... dah bluurrr sesangat dah niiiiii ... boleh ke tukar kos sebelum daftar ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh boleh je nak tukar. Terus call UniKL bahagian student recruitment k. Good luck :)

      Delete
  20. Assalamualaikum. So, akak ambik diploma farmasi lah maknanya? Study dekat sana okay tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Aah akak ambik dip farmasi. So far, study kat sini okay je :)

      Delete
  21. Kite komfem ke dpt loan mara ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly untuk batch akak ramai yang dapat.

      Delete
  22. Salam Akak ! Hmmm Saya ada banyak benda nak tanya. Kalau kat unikl rcmp kan. Bolehpakai phone tak? Yelah. Certain U kan ada yang tak boleh. Maksudnya ada yang kena amik sticker baru boleh guna. Pastu, kat sana memang 24 hours ke kena pakai baju kurung? kalau nak pkai skirt ke? jubah ke boleh tak? Mohon akak balas cepat. Sebab saya nak masuk unikl rcmp 21 june nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amik course apa? Kite sme lah 21/6 ni daftar hewhew

      Delete
    2. Amik course physiotherapy

      Delete
    3. Salam. Kat rcmp boleh je pakai phone, no worries k. Dip student ada uniform, so memang wajib pakai uniform la. Tapi before dapat uniform tu memang bole la pakai baju kurung ke skirt ke. My suggestion, bawak lebih sikit(sikit je ehehe), untuk pakai pegi kelas and so on.

      Delete
    4. Okay thanks akak !!!

      Delete
  23. Salam kak. Nk tanya psal surat pembiayaan yg kne ade cop pesuruhjaya sumpah tu dlm borang pendaftaran. Yg tu kita kena pergi jmpe sendri pesuruhjaya sumpah dekat tmpt asal kita atau dah smpai unikl rcmp kite uruskan kt sne?

    ReplyDelete
  24. Haiiii. Nak tanya kalau time koko kan kat unikl rcmp, kena pakai tudung bawal waena putih ke?? Maksud saya tudung bawal hitam putih krna wajib ada ke apa? Pastu kat hostel sana ada sediakan iron tak?? Harap akak dapat balas cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sye dgr cite iron tak disediakan. Mknenye kne bwak sndri tp taktahu la. Untuk persediaan, better bawak.

      Delete
    2. Haiii. Tudung tak kisah bawal ke hapa, asal warna hitam ja. Iron di asrama tak sedia, so bawak sendiri la ye.

      Delete
  25. Nak tanya ni..klau cuti sabtu ahad kan..kita boleh blik umah tk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Nak balik tiap-tiap hari pun boleh hehehe. Yang penting kena sampai asrama sebelum 11 malam :)

      Delete
  26. Kalau bulan puasa mcm mana eh?? Nak dapat makanan dari mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau, asrama ada kafe. Kalau balik dari kampus, pujuk la driver bas singgah bazar. Boleh punya. Kalau rajin, jalan la pegi bazar dekat silibin tapi jalan ramai-ramai ye.

      Delete
  27. Kak , toilet asrama kt dlm room atau kt luar?

    ReplyDelete
  28. hai awak :) saya daftar unikl september ni . Bpharm student. hope to see u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak :D Welcome to rcmp! What should I call you? Tikah? Hehehe nanti jangan lupa tegur saya k :)

      Delete
  29. hai . salam , i pun unikl jugak :') follow back okeh heheh

    ReplyDelete
  30. salam akak saya dh prnh apply dip farmasi kt unikl dlu dan dpt tp sy xpegi sbb dpt asasi sn hayat kt unimas. pstukan skrg rasa nyesal sbb xpegi. nk pstu rasa nk apply bali utk sesi january. akak, hostel kt sana ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon lepasan asasi sn hayat unimas..tp sy apply diploma farmasi balik atas nasihat dn dorongan parents.. And now sy dh dpt twran tu..daftr 24 January 2016..rasa mcm ulang balik je sbb asasi kan dh mcm diploma kan.redha jelah..tp sy amat sukakan unimas.. Unimas the best.. Hati sy masih kt sana dgn kwn2 yg pelbagai..tak menyesal pun pi unimas..unimas terbaikk !! Awk appy la jugak diploma farmasi tu. InsyaAllah dapat :)

      Delete
  31. Fees nya cmne termasuk asrama?

    ReplyDelete
  32. mcm mana keadaan di asrama???1 bilik bpe org????hostel mcm kt ipta ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah stay hostel ipta, so tak boleh la nak banding sangat en. Asrama tu, should i say 'boleh la'. Based on review student ipta, saya rasa they are much better. Kalau di asrama murni, sebilik 2@4 orang (depend on size bilik).

      Delete
  33. HI, ni nak tanya,unikl intake untuk foundation tahun 2016 belum buka atau dah tutp? nak apply.

    ReplyDelete
  34. Sy pernah dapat loan Mara masa diploma so nanti sy masih boleh dapat loan mara ke bila sambung degree di unikl?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu awak kena tanya pihak mara sendiri la ya. Berkenaan pinjaman saya tak boleh nak jawab :)

      Delete
  35. Nk tanya syarat kemasukan untuk asasi sains dan diploma farmasi

    ReplyDelete
  36. Salam kak nak tanya, kalau ambik foundation utk science for korean u tu after dah habis foundation balik malaysia boleh ke apply nak ambik degree kat usm? Ke wajib bawah unikl juga ambik degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori dik, akak tak faham soalan awak ==' Kalau foundation utk ke korea, nanti degree kat korea la.

      Delete
  37. saya nak tanya kalau dapat foundation science and technology atau foundation in science boleh sambung bachelor pharmacy kat unikl rcmp?

    ReplyDelete
  38. hi akak. sy dpt offer utk foundation sc & tech for korean uni. so mmg skrg ni self-sponsored je eh? memang tak kan ade apa apa pinjaman/ biasiswa? then kalau kat unikl ni social life dia mcamana? ok ker? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai :) Pasal korean uni tu akak tak boleh nak komen apa-apa la ehhh tak tahu sangat hihi. Pasal unikl life, akak boleh cakap pasal rcmp ja la ehh. So far Alhamdulillah okay. Boleh dikatakan 'not wild' (you know what i mean). Masuk uni ni kena pandai bawak diri and pilih kawan.

      Delete
  39. Nak tnya, saya dpat fist di km kulim. Kita cuma bayar yuran je kan.makan free, dpt elaun bulanan. Kalau slah betulkan please. Then, kalau dah habis foundation, wajib sambung di unikl? Unikl kan swasta, mahal ke yuran dia?? Atau dapat biasiswa atau pinjaman? Please reply kat gmail saya syilala10@gmail.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuran for dip pharmacy rm6000 satu sem not including yuran pendaftaran. But i got pinjaman mara :) 6000 tu automatik mara bayar ke unikl, yuran pendaftaran duit sendiri.

      Delete
  40. diploma farmasi ade interview ke akak??

    ReplyDelete
  41. assalam..saya dapat fist di km kulim..unikl suruh hantar borang penerimaan tawaran dan dokumen-dokumen sebelum 18/3/2016..saya dah pos laju borang tuh pada 15/3/2016..saya tracking borang yang saya hantar tu but still tak sampai-sampai..and now dah 18/3/2016, saya check application status and dekat acceptance status dia cakap 'not receive-over due'.. So,macam mana ni..memang dah dikira batal dah ke tawaran saya tuh.. Ke saya patut call pengurusan unikl???

    harap akak sudi reply.. ni email saya ikliel28@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Haah cuba awak call pengurusan. Explain la yang awak dah hantar borang tu on 15 hb. Maybe depa boleh consider.

      Delete
  42. Assalamualaikum saya dapat unikl Foundation in science and technology Di kolej mara kulim.....apa bezanya dgn keputusan matrikulasi yg akan keluar pada bulan April nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau matrik nanti awak boleh apply ipta n ipts pakai result matrik. Yg fondation akak tak sure, rasanya awak kena sambung di unikl la nanti.

      Delete
  43. akak kalau kita terima tawaran tu, nanti ada effect apa2 tak kalau kita dapat IPTA.

    ReplyDelete
  44. Akak.. kalau nak sambung degree medic kat unikl rcmp gn fist science ni x bole ea??

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. salam kak...bayaran2 di kmk,gune duit sendiri or under mara jugak?tahun akak dan thun ni sma lgi ke?bju rasmi wrna biru tu kene beli sndiri ke @ abeli di sana?satu lgi,mmg pakai tudung hitam je ke tiap hari?makasehh

    ReplyDelete
  48. Salam kak,nak tanya kalau ambil Foundation FIST dekat Kolej Mara Kulim boleh tak nak pursue degree dekat IPTA bukannya dekat UniKL ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh reply dekat email saya fazrulhaqqem@gmail.com :')

      Delete
  49. Salam akak. I wanted to ask if fist studemts have chances to go abroad because i heard a few people talk abt tht. I need some explanation abt tht pls. Thanks :)))

    ReplyDelete
  50. Akak dulu x de temuduga ek? Syoknyer... saya kne gi temuduga utk course dip.farmasi ...arghhhh tgah buntu+nervous+mcm2lah.....

    ReplyDelete
  51. Akak dulu x de temuduga ek? Syoknyer... saya kne gi temuduga utk course dip.farmasi ...arghhhh tgah buntu+nervous+mcm2lah.....

    ReplyDelete
  52. salam kak..saya lepasan dploma netwrok security..saya ingin msuk degree engineering in networking/degree in computer security ..saya dapt twran ..tpi saya tgh pikiaq..adakah pinjaman mara skrng ok lagi..atau masih gawat..??? klu loan mara masih ok sedia kala..mybe i continue degree in UNIKL MIIT..sya dpt jgk tawaran ke UITM..but i prefer mara loan...huhuh

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. assalamualaikum,kalau dapat tawaran program nursing dkt RCMP.ada iv kan.so apa soalan yang selalu ditanya time IV tu?mohon pencerahan

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum,kalau dapat tawaran program nursing dkt RCMP.ada iv kan.so apa soalan yang selalu ditanya time IV tu?mohon pencerahan

    ReplyDelete
  56. Salam nak tanya macam mana nak chek aplication status

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum..nk tnye..klau sy dpt asasi sains tknologi then nk smbg ambk allied health science tu blh??

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum..nk tnye..klau sy dpt asasi sains tknologi then nk smbg ambk allied health science tu blh??

    ReplyDelete
  59. masa belajar di unikl.. dapat loan mara.. ada tak pelajar xdapat loan Mara
    Kalau gaji parent 10k ke atas,, dapat tak loan MARA

    ReplyDelete
  60. Salam akak, saya ada apply unikl untuk degree. Saya apply 7/6/16 hari tu. So dlm schedule tu, kalau apply pada hari tu boleh check result pada 24/6/16.
    Tapi tadi saya check status,tak de apa apa pun. Cuma dia bagi schedule bila boleh check result and schedule untuk course farmasi. Saya risau ni.

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)