Tuesday, May 13, 2014

Aku FIRST TIME Main Boling

Assalamualaikum..

Hmmm ahhh okey jangan gelak. Jangan la gelak! Selama aku hidup 18 tahun, inilah kali pertama aku jejak kaki dan first time main boling hewwww. Kedengaran sadis di situ. Sebab dulu waktu SMKAP tawar kelab boling, aku yang sedia maklum sangat dapat merasakan bahawasanya sukan permainan di sekolah itu tak wajib bagi kami-kami yang emmm kaki ada tapi kita buat goyang kaki saja. Pastu kan, sekolah aku tu tak wajibkan ambik sukan pun, tapi satu tahun tu kena masuk gak. Aku demand la nak masuk kelab badminton, tengok ramaiii..

ni la tempat aku main boling semalam. ok tak, tipu jee :P

Bila cikgu buat game boling, aku tak masuk. Yang masuk tu semua profesional gitu. Dah la aku tak reti pastu tetiba nak masuk pulak. Kelab boling memang selalu pi practice, kira depa dok mengasah bakat masing-masing la kot hihihihi. Orang cakap normal la kalau hangout dengan kawan-kawan pastu main boling. Ok kami tak, kami hanya tahu isi perut dan window shopping secara berjemaah...


Nak dijadikan cerita, kami hangout 2 hari lepas dengan ahli yang tak berapa cukup tapi buat-buat cukup jugak sampai piza pun lebih. Kami pi Shalla, asek-asek makan piza huhuhuhu. (Tapi semalam aku yang nak makan piza jugak weeehehehe) Kau tahu kan itu piza, dia punya cheese perghhh tebal kot atas. Beliau juga turut menyumbang kepada jumlah kalori serta lemak dan kolestrol ohhh iollss makin gemuksss.

Pastu si Piqah ajak main boling. Tempat boling tu kira fames la kat Perlis ni sebab first tempat boling yang depa bukak. Ehhhh betui ka? Memandai buat fatwa sendiri hikhik. Sekali pun aku tak pernah buat lawatan sambil belajar kat situ. Tapi, pada hari yang bersejarah, bertarikh 11 Mei 2014, saya ke tempat itu.

Segan tok sah cakap la, first time nak main. Aku ingat ramai yang dok main, tapi phewww naseb tak ramai sangat. Ingat semua nak main tengok 4 orang ja nak main -_- Setahu aku, main boling dia bagi kasut kan. My expectation cenggini haaa kasut dia!!


TAPI...

Kasut sebenar macam kasut sekolah warna hitam yang dah lusuh-macammacam jenis kaki dah sarung-sampai dah longgar. Kaki aku ni saiz 4 (mohon hadiahkan sepasang julio filio), kasut saiz 3 kat situ pun tak padan! Dengan kasut yang dah expand lagi besar, jalan pun tak selesa. I redhoo je la nokss.


Aku main dengan teknik sendiri tau. Kan bola tu kena lantun ke depan sikit, aku dak. Aku ada teknik tersendiri. Aku hempuk terus ke lane boling tu. Pom! Semua gelak bila aku start golek bola boling tu hewhewhew. Malu itewww tau. Aku tengok 2 orang kat sebelah tu main macam profesional gila. Aku tebal muka ja, hentam main. Kalau tak try main bila lagi? Makin hari makin tua, nanti cucu aku ajak pi main boling malu la tok dia ni tak reti main. 

Tapi.. kau jangan gelak dengan strategi golekan bola tu. Lepas aku golek tu, aku terus pandang belakang, tau dah masuk longkang. Sekali dak, dia golek pelan-pelan kot tengah pastu jatuh 9 pin! Woahooo kembang hidung cekkk. First time in my life, tak ku sangka aku mampu menjatuhkan 9 pin sekali gus. (Ni riak ka apa?) Pastu tinggal satu lagi pin, aku ingat tak jatuh kot. Sekali tengok, Alhamdulillah jatuh jugak. Semakin kembang aku dibuatnya, kembang hidung, kembang bulu ketiak....


Lepas ni mai la belajar main boling dengan aku hikhok. Walaupun aku hempuk lane dalam 20 kali, naseb tak pecah. Tokey dia tak marah pun..tihihihihi :) So, this is the bowling tournament result (boling kita panggil tournament kahh? hentam ja lahh...)

credit pic : aishah. aku tak cakap pun aku nak ambik. aku hanya tau right click+copy image. sangat huduh perangai saya

Walaupun markah aku tak perlu dibanggakan sangat, tapi ok la dari bawak balik telur ayam saja. Gambar aku kat sana tak boleh letak sebab emmm aku nampak gemuk dalam gambar tu hehehe. Bajet model The Face. Aku nak letak gambar orang lain macam tak sesuai sebab kami nampak macam orang meroyan. Jangan marah haaa. Ok bai :D


6 comments:

  1. Nanti jom main lagi haha.. hampa dah cipta teknik baru weeee~~
    p/s: comel-comel semua model gif tu ahaksss

    ReplyDelete
  2. Yukk nanti kita main lagi. Alang2 singgah snooker tepi tu wakaka~

    yang bawah sekali tu pakwe iolls hihihi :P Muka Kris macam lawak ja..

    ReplyDelete
  3. serius gif tu mmg sesuai~! haha

    sorry kamila sebab i tak reti ambil gambar lawa2

    ReplyDelete
  4. It's not your fault at all. But, i notice u ada padam gambar yg u ambik pakai fon i. Uhuksss why madi, WHY???!!

    ReplyDelete
  5. ok saya jelly. tapi masa tu saya pergi langkawi. *tolong la jelly gak* jadi saya berjanji tidak akan malas lagi. k tipu :P

    ReplyDelete
  6. ceh mai habaq dia pi langkawi. tak dak ka pepero ka, kitkat ka, cekelat hacks ka? uhukssss -_-

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)