Saturday, June 7, 2014

Menggila Malam SPM

Assalamualaikum :)

Haiii. Hari aku saja nak share satu cerita. Tiba-tiba aku teringat balik malam spm aku. Selalunya spm jatuh tarikh cuti sekolah. Apa sadis betul kena baca buku time cuti sekolah sobsss sobsss T_T Apa yang seronok sangat buat budak mrsm bila time spm is you can make maktab is like yours and langgar peraturan secukup rasa wahahahahaha *gelak jahat* Actually warden still ada cuma for certain peraturan students dah tak ambik kesah pun.


Cikgu aku pesan, dia tak nak la time spm ni dia nampak couple dok dating macam yang dok jadi tahun-tahun sebelum tu. Sebelum spm pun ada yang dating apatah lagi time spm sebab juniors dah balik, peraturan pun dah longgar.

1) Aku ponteng surau

Normal la kot ponteng surau bagi budak asrama, tapi sebenarnya time tu still hangat cerita histeria kat asrama. Bila histeria ja semua bertaubat dan memenuhi surau. Nak harap aku sorang stay dekat asrama memang tak la. Datss why la i angkat geng. Ada la 3 orang kawan aku hok sekepala tak mau pi surau. Ishhh hudohhh punya perangai. Adik-adik, nanti dok asrama jangan la kau tiru perangai ahkak ni.

Actually ada ja yang tak pi surau macam kami ni. Serius cakap, muka aku tak berapa lekat sangat time spm kat surau tu herherher :P Patut la result spm macam so-so ja hehehehe. Pastu satu malam ni, kami dok dalam bilik (study kot ka dok sembang ntah), bila orang dekat surau tengah cakap atau pasang video, speaker asrama boleh dengar la.

Seronok betui depa pasang video ada lagu ni..

*sapa yang baca blog ni time malam, bukak la lagu ni esok pagi. aku takut hang kencing malam ja*

2) Pakat layan PISA

Kau tahu PISA.? Ehhh bukan piza hut, tapi tu haaa drama time maghrib Playboy Itu Suami Aku. Pukul 7 ja, siappppp zuppppp.. Ada dekat bilik tv. Blok aku tu ada tv kotak ja pastu gambar pun kadang berkotak-kotak sampai ada kawan aku ambik syif tepuk tv tu bila gambar tak elok.

Blok satu lagi tu tak dak orang dok, semua kena pindah blok b. So seramshit la sikit nak lalu. Bilik tv pun penuh barang-barang, semak gila bilik tu tapi yang syoknya tv flat screen huhuhuhu. TV kecik ja tapi ok la dari tv blok b.

Kawan aku ni dia pi maghrib kat surau, habis sembahyang cabut mai bilik tv semata-mata pisa ini. Yang aku teringat tu sebab dia tak londeh kain telekung lagi kot masa tu...

3) Mandi pun lewat

Waittt aku bukan nak melucah ka loqlaq ka apa-apa ka. Sebenarnya blok b ni orang kata hmmmmm 'keras' sikit. Pastu kan tadi tengok pisa, dah habis tu baru kalut nak sembahyang. Toilet aras aku duduk tu, ada 2 bahagian. Satu tempat mandi, satu lagi tandas. Dekat bahagian tandas ni gelap sikit, lampu tak menyala. So, agak seram di situ untuk melepas hajat secara solo :3

Kami 4 orang, aku, Auni, Farrah dengan Aaina angkat geng pi mandi sekali. Tapi bilik asing-asing la -_- Kau ingat pesta air ka mandi sekali 4 orang. Setiap kali pi ja, mesti tanya " wehhh ampa dah sudah ka? " Sebab takut tak mau kena tinggai! Padahal mandi bilik sebelah ja. Dah tau takut mandi jugak lewat. Sebenarnya bukan tak mau pi time cerita pisa tu, tapi orang kata tak elok mandi time-time maghrib ni tambah time tengah azan. Dengan asrama yang 'macam gitu' lagiiii...

4) Prep pun aku ponteng

Ikut mood jugak. Kalau aku nak pi, aku pi. Kalau tak pi, aku study dekat bilik. Kami siap usung meja bilik study taruk dalam bilik. Meja tu besaq, macam meja jepun tu tapi bentuk bulat. Meja tu multi usage sebab sebenarnya kami semua lunggok barang kat situ hehehe. Buat meja makan sekali..

*aku nak cerita ni la realiti prep mrsm kalau hari biasa la, kalau exam lain cerita pulak*

5) Order nasi Pak Husen

Sapa tak kenai pak husen? Budak kupa mana yang tak kenai dia, hang bangang tahap abadi. Ok tak-tak aku tau pak husen ni pun lambat jugak. Dulu aku ingat pak husen ni pak cik kafe sebab senior aku cakap ' lepas ni dah tak boleh makan nasi pak husen ' sebab dia dah habis spm time tu. Rupa-rupanya pak husen ialah penebar roti canai dan tokey kedai makan depan maktab. Ohhhh now i know him..

So macam mana nak dapatkan nasi beliau yang sedap? Selalunya kami whatsapp mesej, call dia tak pun pujuk pak guard kasi kami keluar sat pi kedai dia. Lepas dah order tu nanti dia akan delivery dekat post guard. Tunggu la dekat situ. Jangan dia dah mai baru kau nak mai post guard tu. Jangan harap pak guard nak tolong bayar dulu okehh.

Malam tu, aku tengah study chemistry. Esok tu exam chemistry la. Macam-macam position aku dah buat, meniarap la, duduk la.. Dia mai la rasa boring. Entah macam mana keluar idea nak makan nasi pak husen padahal petang tu dah makan dekat dewan makan. Aku bila mai bab makan memang macam ni. Ini semua nafsu semata-mata. Kami 4 orang memang tak ada no pak husen so pi mintak kat budak bilik sebelah siap tanya sapa nak order. Ada la dalam 10 bungkus order malam tu.

Yang tak boleh blah, kami 4 orang ingat pak husen ada jual jugak nasi paprik ka nasi pataya ka. Sekali tanya tak dak, so kena order nasi macam besa la. Dengan fesyen seluar tidoq dan selipar jamban menonong ja kami jalan pi post guard. Harap sarung tudung dengan cardigan ja bagi nampak sopan sikit. Aku pakai macam tu pun sebab aku tak lalu blok akademik, kalau dak malu setahun kot kawan-kawan tengok bahahahaha :D Mana nak sembunyi muka oiii

6) Study sambil tengok tv

Ni memang kerja gila! Aku dengan Aaina lepas dah isyak baru nak la tau nak pegang buku hihihi. Selalu kami dua yang 'buat-buat berani' pi tengok tv blok a. Time ni blok a kan tak guna, so gelap yang amat! Semata-mata nak tengok tv flatscreen tu ja, kami sanggup meredah segala onak berduri ceyyyy ayat.

Sebab aku tak mau la dok dekat blok a tu gelap, kami pasang la lampu koridor. Kami bukak semua lampu. Biar rasa tak dak la gelap semacam dah la kami dua ja. Kadang-kadang auni tak ikut. Paham dak bila study depan tv ni macam mana? 99% tv, 1% buku. Haaa tu la formula dia. Naseb baik malam yang pi tu kadang tak ada exam esoknya.


7) Layan movie HANTU

Ni apa kejadah la dok layan movie bagai ni. Actually time ni malam minggu. So katanya nak release stress gitu.. Aku sebenarnya tak tengok lagi The Conjuring. Dengan semangatnya aku dengan Aaina pi spot check dari bilik ke bilik nak tanya sapa ada movie ni. Pastu sorang pun tak dak sobsss.. Aku bukan tak mau tengok kat rumah tapi nanti aku kena tengok sorang-sorang. Cek takuitttt.. At least, kalau tengok kat maktab boleh tengok dengan kawan-kawan..

Last-last kami dapat cerita hantu siam. Wehhh serius cerita ni lawak gila. Seram tu seram la tapi lawak! Tajuk dia Pee Mak. Ampa try la tengok, best kot. Cerita pasal tentera ni dia bawa balik kawan-kawan dia ke rumah lepas habis perang. Kira cerita ni gambaran zaman dulu-dulu la. Pastu orang kampung dah tau bini dia dah mati, tapi entah camna hantu tu dok ada lagi. Awai tu aku tak paham jugak...

Entah macam mana, ada kawan aku ni ada movie Conjuring yihaaaaa! Kami layan movie Conjuring pulak. Aku suggest la nak tutup lampu biaq gelap, boleh la feeling ala-ala panggung wayang gitu. Kawan aku tak bagi pulak, dia suruh buka satu lampu biar cerah sikit.

Sebenarnya aku nak bagi tau, based on cerita kawan aku ni, dia stay kat bilik tu dari awaii tahun. Aku mai menumpang ja. Selama ni aku ingat bilik jambatan yang 'keras' kat blok ni, rupanya dia kata bilik yang kami duduk tu la yang 'keras'. GULP! Patut la selama aku tumpang tu dia tak bagi tutup semua lampu time tidur. Kami tidur gabung katil, dan yang paling seronok aku tidur dekat  bahagian hujung dekat dengan lampu terbuka tu la.

Aku redhooo je la....

8) Pi cari makan kat anne

Anne ni bukak kedai runcit depan maktab. So setakat nak makan cekedis, eskrem ka, sedut ayaq kotak ka mai kat dia ja la. Bunyi macam dia ja bagi rezeki kan kehkehkeh. Satu malam ni aku and the gang pi kedai dia, bilik kudap-dudapan untuk perut dan singgah kat bilik tv. Apa lagi, tengok tv la sayang....

So kau rasa adakah ini kerja-kerja gila bila malam spm? Bagi aku ini adalah kenangan. Kenangan dengan kawan-kawan. Lepas ni benda ni akan jadi bahan gelak ja bila jumpa balik. Serius bila ingat balik aku rasa macam, apa la yang aku buat ni. Merepek gila.. Tapi sebenarnya ada lagi benda pelik yang kami buat wakakakakaka tapi kalau aku cerita nanti Auni dengan Aaina marah.. Benda apa? Itu rahsiaaa...

Aku sebenarnya nak tunjuk gambar makcik-makcik lagi tiga yang dok menggila sekali tu. Tapi aku tak dak gambar depa sorang-sorang. Ada yang tak sesuai. Tapi aku ada gambar ni...


Ni Aaina dengan aku time kami pi London. Okey tak ==" Ni time pi Cameron tahun lepas weeee~

No comments:

Post a Comment

Awak, komen sikit :)