Tuesday, September 2, 2014

Officially UniKL Student :]

Assalamualaikum..



Dah lama tak menaip, rasanya dah 2 bulan lebih kot. Well, busy la katakan sejak menjejakkan kaki ke menara gading gitu (poyosss) hahaha. Alhamdulillah aku dah selamat mendaftar di UniKL RCMP, Ipoh. So guys, saja nak kongsi dengan korang pasal kampus aku ni tihihiii~

gif macam tak sesuai ahhh suka hati aku lah

Korang mesti ingat UniKL ni kat KL ja. Hellooo~ (gaya mak jemah) salah tu! UniKL ni merata ceruk Malaysia pun ada tau! Kedah ada, Perak ada, Melaka pun ada.. KL apatah lagi dah nama pun keyell gitu ^_^(Y) Setiap kampus UniKL ni ada beza dia. Beza dekat faculty dia lahh. Macam rcmp, medic and health science. Kalau mimet, lebih kepada shipping. Miat pulak aviation. Haaaaa camtu... Tak semua negeri ada tapi kebanyakan negeri kat semenanjung ni dah ada unikl.

Ni time hari pendafataran, 21 Jun lepas..




Time pendaftaran ni buat dalam satu dewan ja tapi ada banyak kaunter. Macam kaunter satu untuk serahan borang, kaunter dua - urusan bayaran etc. Banyak kaunter jugak la, that's why ada kerusi depa atur banyak tu. Tak dak la kematu kaki dok berdiri lama kat situ kan. What's important is masuk dewan ni individualistik haha istilah tinggi kesusasteraan gitu hokhok.. Maksud aku masuk sorang-sorang, urus sorang-sorang parents depa halau keluar (ehhh aku kelontong ja, parents tunggu kat luar nanti ramai-ramai sesak, hingar dok sembang pulak :P). 

Cakap pasal asrama pulak, asrama ada tiga - Sri Murni, Jelapang, Tambun. Sri Murni (gegirlss only), Jelapang (nursing), Tambun (boys). Aku stay dekat Sri Murni. Tempat ni beza-beza tau, bukan dekat main campus. Kalau dari main campus ke sri murni dalam 10 minit macam tu. Nanti kampus sedia peta, don't worry ikut ja peta tu In Sha Allah sampai punya :) Kalau Jelapang dan Tambun pulak aku tak tau la lama mana nak sampai..

Once you entered the bilik, kau dapat benda-benda ni..

See, my portion was in the red area. Tu ja.. Bayangkan mana mau sumbat itu baju satu bagasi merah tu, dengan satu lagi be baju eheh --' That's why la iolls beli lemari hijau kat belakang tu..

Pastu ada katil 2 tingkat, aku dapat bawah phewww aku tak suka panjat-panjat ni ingat daki gunung ka hapa.. Lihatlah cadar iolls pink mabelesss gitu di tambah comforter comel menambahkan lagi seri tempat beraduku ><

Setiap orang akan dapat meja. Meja aku yang sebelah katil tu, nampak ada kamus dengan Quran tu? Tu lerrr meja iteww kecik ja rasa sehingga memaksa aku bawak almari buku ke sini (gambar almari tak dak, dia malu nak selfie ahakkksss :P)

And then, ada MSR (Minggu Silaturahim). Teringat kat maktab pulak, dulu orientasi maktab pun panggil Minggu Silaturahim. Yang tak best sebab tahun ni tak dapat pegi Pulau Pangkor sobsss sobssss T_T Selalu depa bawak pi Pulau Pangkor, entah aku pun tak paham why dont bring us why whyyyy! Aku ni tak penah jejak kaki pun kat Pangkor tu, selalu dengar Perjanjian Pangkor ja hihihi 


Time ni tengah tunggu bas, aku main snap ja gambar. Sekarang baru kenal orang dalam gambar kahkah. fyi kami orientasi dekat Kampus Tasek, bukan main campus. Kampus ni baru lagi dan rasa bertuahnya orang cakap batch pertama dapat masuk, ye ke -..-? Time tu senior sebut kita buat kat tasek, tasek.. Aku betul-betul bayang tasik yang ada air tu perghhh bestnya dapat orientasi tepi tasik. Wahhh bangang tak bertempat jugak aku ni =="

KUPA's batalion :)

adeb n auni

group 19 with kak yana :)

In Sha Allah, with the du'a from mak abah and friends, I'll study hard from now onwards. Nak tebus yang spm balik ( eh dok teringat masa silam spm ni dah kenapa? LUPAKAN!! ) Start a new journey from now :)


I choose to step ahead, changing my life..
Face the future
Change the weakness to strength
B'cause not everybody is fearless to make a change
I will be the one who makes the change

4 flat in the hand AMINNNN :D


UPDATE 20/12/2016 : Starting from January 2016 intake, students dah boleh tinggal di asrama baru main campus yeayyyyy 🎆🎆 Untung la korang hadek-hadek. Tak sempat pun aku nak merasa duduk situ, tak aci! So kalau aku nak review pasal asrama baru, memang tak mampu la sebab tak penah masuk pun lagi campus baru tu. Okay, ni contoh senior yang sadis 😂