Tuesday, November 11, 2014

Aku Bukan Macam Kau

Assalamualaikum..

" Eh kau tak tau ke? "

" Lambatnya reply.."



Emmm.. lately aku selalu ja kena komen macam ni. Dan bagi aku komen-komen macam ni kadang-kadang nak makan penampor. Not all, but certain tu macam nak bagi aku naik hantu, naik minyak, semua la naik, harga minyak pun naik 20 sen.. ehhh?

Ni semua sebab social media. Erhhh tipu la kalau kau tak ada satu pun. Facebook pun jadi la beb. Ni sekarang dengan Whatsapp, Wechat bagai. Kadang-kadang bagi habis data ja download semua ni, pastu berhabuk jugak sebab at last kau tak stick pun dengan apps  tu. Ken ken? Ngaku ja la awakkk.. Kite pun baru ja uninstall KakaoTalk hihihi. Sebab aku pikir macam krikkk krikkk sangat-sangat-sangat-sangat, tak ada orang pun nak chat aku sobsssss T_T kisah benar ni..

Aku lebih prefer Whatsapp. Kenapa?

1) Free
2) Free
3) Free
4) Jimat kredit :P
5) Boleh tengok last seen

But the damn is bila aku lambat on internet. Serius cakap aku rasa bersalah sangat kalau kawan whatsapp aku untuk emergency purpose macam assignment ka, atau apa-apa la yang dia nak pada waktu tu.

Tapi ada jenis yang okeyy emmmm yaaaa kenapa kau tak paham aku ni tak on internet?! Aku bagi tau awal-awal aku bukan jenis 24-hour stick on the phone for internet purpose whatsapp, tweeting everytime. I have my own life. Yeahh betul aku memang asyik pegang phone but that's not mean that I use it every minute in my lifetime -..- Commonly for tengok jam and main game untuk relax chilling lepak-lepak eheeeeee :3

I have to keep my phone safe because that was a present from my mom and brother. Kau senang la cakap, kau boleh beli itu ini. Nak beli apa cakap ja. You're not in my shoes. So that's why I have to appreciate what I have.

Satu lagi jenis orang yang dia ingat kita tau setiap detik hidup beliau. Aku rimas! Bukan aku tak nak ambik tau kisah hidup kawan aku, dah aku depan mata bukak mulut, have a story-telling on me. Aku tak kesah, I am a good listener :D kahkah angkat diri nampak

Kan aku dah cakap, aku bukan 24 jam online. KAN AKU DAH CAKAP. Aku terpaksa ubah diri aku kalau aku nak berjaya. Sekarang ni aku tengah latih diri aku untuk tak online kat kampus. Kalau tak online pun tak study, inikan pulak ber-online. Memang dok menghadap phone la gamaknya lerrr kawan.

Tolong fahami aku kalau kau masih anggap aku kawan. Please..

Sahabat, aku cuma nak kau tau. Ini diri aku. Betul, aku memang kaki online. Tapi aku ada limit jugak. Aku tengah fikir bila masa aku boleh study betul-betul. Banyak betul jelman setanirrojim hmmmm aku kena lebih tegas kot. No more berlembut dengan kemalasan.

Everybody who has tips on how to study smart, share some with me! Nah, a flying kiss for you ekekeke :*

No comments:

Post a Comment

Awak, komen sikit :)