30 July 2015

Sis Ada Vision

Assalamualaikum.

Sekarang dah semester 3, not officially semester 3 la sebab tengah short sem kan. So, saya senior anda le juniors *buat aegyo sambil peace*


This semester is really, I admit rasa macam rileks gila. What I meant is even though the timetable is really sucks (sebab pack nak mampus padahal short sem je), I just have to come and listen to the lecturers pastu balik, dah. Bukan takda assignment or any other stuffs, ada tu ada. Sebab apa tau, subjek short sem ni general studies. Macam sem ni aku ambik Mandarin, Interpersonal Skills and Enterpreneur.

Mandarin ni best. Serius best. Even benda basic ja, macam nama, rumah, nak makan apa etc. Tapi assignment dia, buat video! In mandarin anak-anak sekalian. My group now has done the script, just need a little touch up on that script. Weekend ni kot nak pegi rakam sebab kena hantar before final. Just to inform, that final is on this Tuesday. Kau tolong bayang la how can we shoot the video and edit in the same time?


Nampak macam mudah, tapi notes dia !@#$%^&*() gitu kau. Macam enterpreneur, dia punya notes tu MasyaAllah. Dah nama pun budak science, sekali hempuk bahasa business blurrr ja dalam kelas. Aku faham word marketing ja hehe. Tapi, yang best lecturer dia sporting, suka pasang video. Ada sekali tu kitorang tengok movie je sepanjang kelas dia. Serius!

Macam interpersonal, lecturer best and sporting! Actually subjek ni macam subjek pschology. Lebih kepada nak develop kau punya skill communicate camtu. Ada satu tugasan ni, kena tulis surat olok-olok untuk future children. Aku karang baik punya, siap bahasa diri Mama lagi cehhh :P Satu lagi masa dia suruh tulis konflik dalam hidup kau and cara kau handle konflik tu, dan sekali lagi(sebab time tu tengah baca novel), ayat pun sadur ala-ala novel jugak puiii.


And lepas ja raya, macam-macam assignment datang penuh kebahagiaan. Macam aku cakap tadi, this week kena buat video, enterpreneur pulak kena presentation and interpersonal kena buat vision board.

Tadaaaaaaa!

*terjah Chen*


Nampak macam awal-awal tadi life aku macam tak ber-vision kan. Nampak aku macam malas kan. Nampak macam aku ni buat habis duit parents ja hantar belajar. Salah tu uolls. Hidup I penuh cita-cita dan impian. Impian aku mungkin lain dari orang. Aku nak berjaya dengan cara aku, semoga Allah permudahkan, AMIN. Kalau takdir jadi berbeza, aku redha. Human only plans, right?

Salam sayang dari saya dan suami ehhhh bakal suami hihii ;)



27 April 2015

Kamal Bookstore

Assalamualaikum.

Lately ni asyik cerita pasal buku je. Dah itu je yang aku mampu karang untuk tulis ye dakkk. So now, I introduce you to one of the bookstore that you should go! Bookworms get ready!

KAMAL BOOKSTORE

*jangan silap kamil pulak. tu nama abah aku tuu*

Sebenarnya ni kedai buku yang jual medical books. Dari luar macam kedai runcit biasa ja, SERIUS. Patut ahhh ramai blogger yang penah sampai kedai ni cakap macam kedai biasa ja. Kau mesti tak sangka dalam tu jual buku medic. Dengan kat kaunter jual cekelat cekedis macam kedai runcit.

So, aku rasa health science students banyak yang tau kot pasal kedai ni, which is cukup fames among us. Why? Sebab dia punya harga macam tak sangka beb. Memang murah dari harga ori. Aku pun terkezuttt


Seperti yang aku tau la, textbook BIASANYA ratus-ratus. Tambah medic books. Tapi aku sangat-sangat-sangat tak sangka harga dia. Aku aim nak beli pharm cal tu. Harga ori dia dalam RM 300++. Tapi kawan aku dah beli dulu, dia cakap RM 200++. Aku pun apa lagi, ada yang murah, ambik yang murah je la.

Memang betul la dia cakap, price tag tulis RM 246. Hmmmmmm betul-betul melayang baucer buku aku huhuhu T_T Tak boleh belanja sakan untuk novel ahhh camni. Takpa lah, nak belajar kan. Korban je la. Tahun depan punya baucer buku baru nak enjoy hikssssss

Then, terpikir nak ambik BNF. Sebab ternampak BNF kat rak buku. Sekali tanya harga dia dalam RM 130. Sekali lagi sedih tak terhingga untuk BNF itu sebab tak cukup duit. Letak balik la. Time tu jugak la aku baru gedik nak google gambar satu lagi buku pharm cal, tapi internet kat dalam tu tak cukup laju, tak jadi beli la yang tu.

Alih-alih nampak kamus concise tu. Wahhhh yang ni pun okay jugak. Tengok price tag, RM 41.90. Okay, grab it!

Kebetulan time tu tengah hari, penuh orang. Kena beratur dengan orang-orang kat situ (mungkin belakang aku duktur hari tu haha). Masa bayar tu, aku kasi semua baucer buku and siap sedia la duit sendiri kan sebab dah agak mesti tak cukup. Dah bayar tu, aku rasa macam duit balance macam banyak. Ye la, aku agak duit balance dalam 10 ringgit ke 20 camtu.

Dah balik tu baru perasan yang ada diskaun wehhhh untuk buku tu. Yang pharm cal tu dari RM 246 jadi RM 218. DIctionary pulak jadi RM 35. Kau rase? Total up semua dalam RM 253. Patut dia mintak 3 ringgit je time bayar tu. So, aku hanya spend RM 3 ringgit untuk ini hihiiiii. Jimat tau!

Rasanya buku camni ada ja kat Kinokuniya, tapi depa jual harga ori la beb. Mahal la sikit. Btw, ni tips jika anda berkunjung ke kedai ni, bagi mengelakkan stress berpanjangan ekekeke :3

1) Datang awal. Kalau boleh dia bukak pintu kedai tu terus zappppppp masuk. Sebab time aku datang tu dah penuh. Kawan aku datang petang sikit dah sesak. So, yang jenis tak suka berhimpit, berlaga punggung dengan orang, mohon datang awal k.

2) Untuk buku pharmacy, masuk je terus tengok kiri. Terjah situ. Orang cakap situ area buku pharmacy. Orang cakap la. Aku tak jumpa pun. Aku nampak buku dentistry ja kat sini. Tapi, kalau kau eagle eye, teruskan mencari buku yang kau nak. Kalau tak, lihat step seterusnya :P

3) Mintak orang kedai carikan. Biasanya tak semua buku kat rak. Ada dalam stor belakang. Yang pharm cal tu ada dalam stor actually. Jangan time tu la kau nak google gambar buku, sebab internet dalam tu slow la. Keluar ja dari situ, laju semacam. Screenshot la awal-awal. Sebab orang kedai tersangat busy. Dia bukan nak layan kau sorang ja, orang lain lagi. Asyik keluar masuk stor tu ja.

Macam mana nak pegi? Nah aku kasi alamat ;)

Kamal bookstore
134, Jln Pahang,
KL

Kedai dia betul-betul depan HKL. Ala, sekarang dah maju. Suruh Waze ja cari haha. Aku mai sini pun pakai waze jugak. 

 Selamat jadi bookworms ye kawan-kawan!

20 March 2015

Big Bad Wolf Awuuuu

Assalamualaikum :D

Sekarang tengah midsem break. Seronok angat tau! Supposedly I had planned something to fulfill my routine this holiday. And, and, and... yang paling aku tak shabau nak buat time cuti ni ialah pegi Big Bad Wolf! 😁


Sebab buat dekat Penang memang boleh la iolls pegi. Tambah-tambah bila dapat tau baucer buku pun dah nak dapat time tu wuhuuuuu! Memang manyak syiokkk mehh (menari setempat kejap). TAPI, patah hatiku bila kampus tak kasi lagi baucer buku tu uhukkk T_T

Memang rasa macam aku tak boleh ahh nak joli sakan time tu ciss. Niat tu nak pakai 2 baucer kat situ. Yang lain beli novel fixi and buku pharmceutical calculations. Nampak tak, iolls ni baik jugak tau. Separuh untuk pelajaran, separuh untuk hiburan. Malaysia tak sia-sia ada student yang bagus macam aku ni kahkah

Yang aku PALING nak cari nak kat situ ....

NI HAA

....

....

....

....

....

Jap, bawah sikit lagi ;)

....

....

....

Tadaaaa!



Okey, bayangkan sebuah 8 ringgit! Memang aku nak la. Maze Runner rasanya 8 ringgit jugak. Huhuhu rasa nak nanges tengok harga. Hmmmm sampai ja situ, memang rasa pening sikit, dengan penuhnya tempat tu dengan buku, pastu ramai orang. And, depa susun tempat tu ikut genre buku.

*Bookworms mode activated*


Tak kelih langsung buku-buku ni aishhhh rasa tak sedap hati nih. Tanya dekat staff, dia kata buku ni kat bahagian adult, tapi rasanya macam dah habes T_T Macam tertusuk hati dengar dia cakap macam tu. Dah la jauh aku datang semata-mata nak rembat maze runner murah camni. Sedih!

Pegi la cari bahagian adult macam dia cakap, aku rasa tak jumpa pun adult yang ada young adult. Haaa kan betul nama tempat tu dengan aku. I am young adult, aku tak boleh baca buku berat-berat lagi ekekekeke :3

Seperti disangka, dua-dua buku ni dah memang tak ada! Sedih tahap dewa. Rasa mood nak beli buku hilang camtu ja. Dok tarik trolley ke hulu ke hilir macam aku takdak arah ja kau time tu. Tapi, kalau tak beli kesian pulak kat abah dia drive jauh dari Perlis tapi aku tak beli pulak. Konon lepas tu nak cari novel Sophie Kinsella (sebab Lina cakap novel dia best tapi sebab harga original buku dia mahal so, kat sini ja la aku mampu nak beli :P) WOi tak jumpa pun! 

Segan aku lalu tepi orang lain trolley depa penuh menggunung, trolley aku buku dok ada kot bawah ja hikssss. Aku main rembat ja buku-buku kat situ, tengok cover macam style sikit, aku ambik ja la. Alih-alih terjumpa 2 novel Meg Cabot (author untuk Princess Diaries). Omo! Excited sangat! I recommend for Meg Cabot's novels, sebab best sangat tulisan dia. Mudah nak faham.

So....... Inilah hasil tangkapan aku pada hari tu. Tattaraaaaaaaaaaaaaaaa....


1. The Fall Of Five
2. A Room Full Of Bones
3. All These Things I've Done
4. White Crow
5. Princess Diaries : To The Nines
6. Every Boys Got One
7. The Rise Of Nine

Each of that RM 8 only. Serius bro, tak tipu. Yang ini, satu pun tak baca lagi. I busy k. Assignment menimbun, kuiz itu ini. 

Hopefully, BBW next time aku dapat grab The Maze Runner series hihiiiii :D

Dah, babai ..

28 January 2015

Matang Ke Kau Ni?

Assalamualaikum.

Matang. Apa itu matang?

Emmm matang ni macam mana ahh nak describe? Kau pegi la buka kamus dewan sendiri ekekekeke. Matang ni bukan diukur dari segi umur dan rupa ja, tapi mental dan fikiran. Kalau umur dah tua bangka tapi otak masih fikir macam kanak-kanak tadika, apa cer bhaiii?

inikah contoh orang yang dah matang? oreng putih kan memang physically nampak matang. NO WONDER

Bila tengok balik post-post lama mesti aku rasa .. ya Allah, malunya! Malu! Malu! Malu! Tulisan tak matang, ayat memang nampak la sangat tak matangnya aku time tu. Rupa-rupanya aku ada buat post pasal kpop. Ingat dalam satu, dua tapi lebih 5 kot! 


Konon time tu nak jadi korea-fanbased gitu. Last-last hambar, hangat-hangat taik ayam lulz. Malu ahh nak buat, setakat sikit-sikit tu bole la. Gua bukan 24 hours nak ngadap benda korea ni kat internet, dengan study, kelas, makan, minum tido kena jugak consider tu kahkah..

Mintak maap la yer, iolls tak berapa nak matang lagi time tu. Baru nak kenal dunia. Early teenage period orang kata. Kalau rasa post aku 3-4 tahun dulu macam hampeh, suam-suam kuku, childish tu jangan la gelak kuat-kuat. Gelak sikit-sikit dah la. Sapa gelak lebih-lebih, aku saman! XD

Gelak tu tahan-tahan sikit. Tahu la post aku ni kelakar pun -..-

Nak #recap balik apa aku tweet semalam. " Nak tahu matang ke tak kita ni, cuba tengok balik apa yang dah kita tulis in media social 5 tahun dulu " Just look back kita punya FB, Twitter especially FB la sebab awal-awal dulu FB ni hot meletop-meletop bak pisang goreng panas depan asrama aku.

Pernah sekali aku load balik FB sebab nak baca status lama. Serius, malu gila! Asyik post gambar kartun la, korea la, benda merepek entah apa-apa. Memang la sekarang suka kpop lagi tapi apa aku tulis time tu emmmmm macam peliks semacam. Kegedikan detected!

1) Apa kita tulis actually menggambarkan apa yang ada di fikiran kita masa tu. 

2) Matang jugak kita tengok based on how we solve and handle the problem.

From my thoughts only. Assalamualaikum..

13 January 2015

Tamat Semester 1

Assalamualaikum 

Hai

Alhamdulillah. Macam tak sangka aku dah habis semester 1. Like seriously? haha. Rasa macam baru seminit lepas dok update pasal minggu orientasi. Ceh, seminit lepas la sangat tapi serius macam tak sangka tengok-tengok dah habis dah semester 1 hikssssss


Apa nak heran, orang lain dah lama habis semester 1, Siap dah masuk semester 2 dah. Cuma aku nak gambarkan kemenangan dan kebebasan bila dah habis final exam ni. Phewwww~ Bayangkan tujuh subjek aherherher (senyum senget)

1) Biochemistry
2) Basic Physiology
3) Basic Formulation
4) Basic Organic Chemistry
5) Intro. to Pharmaceutics
6) Competency English
7) Intro. to ICT

Macam la orang heran berapa subjek kau ambik? Tak kira nak cerita jugak :P Aku rasa ada orang yang lagi banyak kot. Tambah-tambah budak-budak medic. Hmmm ni kira okay lagi, semester 3 nanti sampai 8 subjek! 

Walaupun tiap-tiap hari penat pegi-balik kelas, tapi syukur dapat bawak diri setakat sekarang ni. Aku mengaku, aku sentiasa ada rasa (even sekelumit) jealous dengan kawan-kawan yang mungkin.. rezeki lebih berpihak pada dia. Dapat belajar tempat yang baik, yang dia lagi deserve untuk tu. Layak dengan usaha dia, yang aku rasa aku tak perlu la nak dengki ka hapa.

macam ada jugak arr rupa aku lepas balik kelas

Tapi apa-apa pun, aku tetap bersyukur (Alhamdulillah) dengan apa yang aku dapat sekarang ni. Tak pa, kita start balik dari bawah. Mungkin ini pengajaran buat aku untuk tak terus leka. Ingat, masa depan yang cerah bermula dari sekarang. Seriously aku rasa sekarang ni aku banyak fikir masa depan (bunyi macam orang tua sikit haha). Sampai kadang tu macam nak migrain ja rasanya, sebab terlalu fikir satu-satu masalah tu sampai bahagian kepala aku berdenyut sakit.

Lagi-lagi bila nak final exam. Banyak sangat dugaan yang Allah bagi sampai aku rasa aku nak luah dekat kawan sendiri pun rasa segan. Dari mata aku, aku nampak ada muka yang macam tak ikhlas, macam tak penting pun masalah aku ni. Masalah dia lagi berat yang cuma aku yang kena dengar masalah dia. Dan dia tak perlu kisah hal aku? Adil ka macam tu? ADIL??!

Mungkin ini sikit ja dari Allah, nak tengok sabar ka tak aku ni. Mana tau ada benda baik yang Allah nak bagi lepas ni. Result exam baik ka, rezeki bertambah ka, jodoh yang baik mungkin :P AMIN.

Some photos and moments for semester 1 :)

classmates yang happening :D

raihan, hanis,  me, sab

roommate terchenta : faizah dan pika

Perjalanan masih jauh. Masih banyak ilmu yang nak dikumpul. Apa pun yang kita belajar, anggaplah ia sebagai ibadah. Tak kira la course apa sekali pun. Hang nak kerja nanti untuk ummah jugak kan, bukan untuk hang hidup senang sorang-sorang beb. 

Tiba-tiba teringat dekat kawan aku ni. Dia cakap dia ambik tahfiz dan syariah. Dia macam merendah diri pulak, dia kata dia ngaji sekolah pondok ja, diorang aliran doktor -__- Der, kau lagi untung. Kau belajar agama, senang ja nak dapat pahala. Diri tu dekat sangat dengan Allah. Hang tu nanti jadi pak ostat!


Doakan kejayan kami. 4 flat in the hand. AMIN.