Wednesday, January 28, 2015

Matang Ke Kau Ni?

Assalamualaikum.

Matang. Apa itu matang?

Emmm matang ni macam mana ahh nak describe? Kau pegi la buka kamus dewan sendiri ekekekeke. Matang ni bukan diukur dari segi umur dan rupa ja, tapi mental dan fikiran. Kalau umur dah tua bangka tapi otak masih fikir macam kanak-kanak tadika, apa cer bhaiii?

inikah contoh orang yang dah matang? oreng putih kan memang physically nampak matang. NO WONDER

Bila tengok balik post-post lama mesti aku rasa .. ya Allah, malunya! Malu! Malu! Malu! Tulisan tak matang, ayat memang nampak la sangat tak matangnya aku time tu. Rupa-rupanya aku ada buat post pasal kpop. Ingat dalam satu, dua tapi lebih 5 kot! 


Konon time tu nak jadi korea-fanbased gitu. Last-last hambar, hangat-hangat taik ayam lulz. Malu ahh nak buat, setakat sikit-sikit tu bole la. Gua bukan 24 hours nak ngadap benda korea ni kat internet, dengan study, kelas, makan, minum tido kena jugak consider tu kahkah..

Mintak maap la yer, iolls tak berapa nak matang lagi time tu. Baru nak kenal dunia. Early teenage period orang kata. Kalau rasa post aku 3-4 tahun dulu macam hampeh, suam-suam kuku, childish tu jangan la gelak kuat-kuat. Gelak sikit-sikit dah la. Sapa gelak lebih-lebih, aku saman! XD

Gelak tu tahan-tahan sikit. Tahu la post aku ni kelakar pun -..-

Nak #recap balik apa aku tweet semalam. " Nak tahu matang ke tak kita ni, cuba tengok balik apa yang dah kita tulis in media social 5 tahun dulu " Just look back kita punya FB, Twitter especially FB la sebab awal-awal dulu FB ni hot meletop-meletop bak pisang goreng panas depan asrama aku.

Pernah sekali aku load balik FB sebab nak baca status lama. Serius, malu gila! Asyik post gambar kartun la, korea la, benda merepek entah apa-apa. Memang la sekarang suka kpop lagi tapi apa aku tulis time tu emmmmm macam peliks semacam. Kegedikan detected!

1) Apa kita tulis actually menggambarkan apa yang ada di fikiran kita masa tu. 

2) Matang jugak kita tengok based on how we solve and handle the problem.

From my thoughts only. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Awak, komen sikit :)