Tuesday, January 13, 2015

Tamat Semester 1

Assalamualaikum 

Hai

Alhamdulillah. Macam tak sangka aku dah habis semester 1. Like seriously? haha. Rasa macam baru seminit lepas dok update pasal minggu orientasi. Ceh, seminit lepas la sangat tapi serius macam tak sangka tengok-tengok dah habis dah semester 1 hikssssss


Apa nak heran, orang lain dah lama habis semester 1, Siap dah masuk semester 2 dah. Cuma aku nak gambarkan kemenangan dan kebebasan bila dah habis final exam ni. Phewwww~ Bayangkan tujuh subjek aherherher (senyum senget)

1) Biochemistry
2) Basic Physiology
3) Basic Formulation
4) Basic Organic Chemistry
5) Intro. to Pharmaceutics
6) Competency English
7) Intro. to ICT

Macam la orang heran berapa subjek kau ambik? Tak kira nak cerita jugak :P Aku rasa ada orang yang lagi banyak kot. Tambah-tambah budak-budak medic. Hmmm ni kira okay lagi, semester 3 nanti sampai 8 subjek! 

Walaupun tiap-tiap hari penat pegi-balik kelas, tapi syukur dapat bawak diri setakat sekarang ni. Aku mengaku, aku sentiasa ada rasa (even sekelumit) jealous dengan kawan-kawan yang mungkin.. rezeki lebih berpihak pada dia. Dapat belajar tempat yang baik, yang dia lagi deserve untuk tu. Layak dengan usaha dia, yang aku rasa aku tak perlu la nak dengki ka hapa.

macam ada jugak arr rupa aku lepas balik kelas

Tapi apa-apa pun, aku tetap bersyukur (Alhamdulillah) dengan apa yang aku dapat sekarang ni. Tak pa, kita start balik dari bawah. Mungkin ini pengajaran buat aku untuk tak terus leka. Ingat, masa depan yang cerah bermula dari sekarang. Seriously aku rasa sekarang ni aku banyak fikir masa depan (bunyi macam orang tua sikit haha). Sampai kadang tu macam nak migrain ja rasanya, sebab terlalu fikir satu-satu masalah tu sampai bahagian kepala aku berdenyut sakit.

Lagi-lagi bila nak final exam. Banyak sangat dugaan yang Allah bagi sampai aku rasa aku nak luah dekat kawan sendiri pun rasa segan. Dari mata aku, aku nampak ada muka yang macam tak ikhlas, macam tak penting pun masalah aku ni. Masalah dia lagi berat yang cuma aku yang kena dengar masalah dia. Dan dia tak perlu kisah hal aku? Adil ka macam tu? ADIL??!

Mungkin ini sikit ja dari Allah, nak tengok sabar ka tak aku ni. Mana tau ada benda baik yang Allah nak bagi lepas ni. Result exam baik ka, rezeki bertambah ka, jodoh yang baik mungkin :P AMIN.

Some photos and moments for semester 1 :)

classmates yang happening :D

raihan, hanis,  me, sab

roommate terchenta : faizah dan pika

Perjalanan masih jauh. Masih banyak ilmu yang nak dikumpul. Apa pun yang kita belajar, anggaplah ia sebagai ibadah. Tak kira la course apa sekali pun. Hang nak kerja nanti untuk ummah jugak kan, bukan untuk hang hidup senang sorang-sorang beb. 

Tiba-tiba teringat dekat kawan aku ni. Dia cakap dia ambik tahfiz dan syariah. Dia macam merendah diri pulak, dia kata dia ngaji sekolah pondok ja, diorang aliran doktor -__- Der, kau lagi untung. Kau belajar agama, senang ja nak dapat pahala. Diri tu dekat sangat dengan Allah. Hang tu nanti jadi pak ostat!


Doakan kejayan kami. 4 flat in the hand. AMIN.

1 comment:

Awak, komen sikit :)