Monday, April 27, 2015

Kamal Bookstore

Assalamualaikum.

Lately ni asyik cerita pasal buku je. Dah itu je yang aku mampu karang untuk tulis ye dakkk. So now, I introduce you to one of the bookstore that you should go! Bookworms get ready!

KAMAL BOOKSTORE

*jangan silap kamil pulak. tu nama abah aku tuu*

Sebenarnya ni kedai buku yang jual medical books. Dari luar macam kedai runcit biasa ja, SERIUS. Patut ahhh ramai blogger yang penah sampai kedai ni cakap macam kedai biasa ja. Kau mesti tak sangka dalam tu jual buku medic. Dengan kat kaunter jual cekelat cekedis macam kedai runcit.

So, aku rasa health science students banyak yang tau kot pasal kedai ni, which is cukup fames among us. Why? Sebab dia punya harga macam tak sangka beb. Memang murah dari harga ori. Aku pun terkezuttt


Seperti yang aku tau la, textbook BIASANYA ratus-ratus. Tambah medic books. Tapi aku sangat-sangat-sangat tak sangka harga dia. Aku aim nak beli pharm cal tu. Harga ori dia dalam RM 300++. Tapi kawan aku dah beli dulu, dia cakap RM 200++. Aku pun apa lagi, ada yang murah, ambik yang murah je la.

Memang betul la dia cakap, price tag tulis RM 246. Hmmmmmm betul-betul melayang baucer buku aku huhuhu T_T Tak boleh belanja sakan untuk novel ahhh camni. Takpa lah, nak belajar kan. Korban je la. Tahun depan punya baucer buku baru nak enjoy hikssssss

Then, terpikir nak ambik BNF. Sebab ternampak BNF kat rak buku. Sekali tanya harga dia dalam RM 130. Sekali lagi sedih tak terhingga untuk BNF itu sebab tak cukup duit. Letak balik la. Time tu jugak la aku baru gedik nak google gambar satu lagi buku pharm cal, tapi internet kat dalam tu tak cukup laju, tak jadi beli la yang tu.

Alih-alih nampak kamus concise tu. Wahhhh yang ni pun okay jugak. Tengok price tag, RM 41.90. Okay, grab it!

Kebetulan time tu tengah hari, penuh orang. Kena beratur dengan orang-orang kat situ (mungkin belakang aku duktur hari tu haha). Masa bayar tu, aku kasi semua baucer buku and siap sedia la duit sendiri kan sebab dah agak mesti tak cukup. Dah bayar tu, aku rasa macam duit balance macam banyak. Ye la, aku agak duit balance dalam 10 ringgit ke 20 camtu.

Dah balik tu baru perasan yang ada diskaun wehhhh untuk buku tu. Yang pharm cal tu dari RM 246 jadi RM 218. DIctionary pulak jadi RM 35. Kau rase? Total up semua dalam RM 253. Patut dia mintak 3 ringgit je time bayar tu. So, aku hanya spend RM 3 ringgit untuk ini hihiiiii. Jimat tau!

Rasanya buku camni ada ja kat Kinokuniya, tapi depa jual harga ori la beb. Mahal la sikit. Btw, ni tips jika anda berkunjung ke kedai ni, bagi mengelakkan stress berpanjangan ekekeke :3

1) Datang awal. Kalau boleh dia bukak pintu kedai tu terus zappppppp masuk. Sebab time aku datang tu dah penuh. Kawan aku datang petang sikit dah sesak. So, yang jenis tak suka berhimpit, berlaga punggung dengan orang, mohon datang awal k.

2) Untuk buku pharmacy, masuk je terus tengok kiri. Terjah situ. Orang cakap situ area buku pharmacy. Orang cakap la. Aku tak jumpa pun. Aku nampak buku dentistry ja kat sini. Tapi, kalau kau eagle eye, teruskan mencari buku yang kau nak. Kalau tak, lihat step seterusnya :P

3) Mintak orang kedai carikan. Biasanya tak semua buku kat rak. Ada dalam stor belakang. Yang pharm cal tu ada dalam stor actually. Jangan time tu la kau nak google gambar buku, sebab internet dalam tu slow la. Keluar ja dari situ, laju semacam. Screenshot la awal-awal. Sebab orang kedai tersangat busy. Dia bukan nak layan kau sorang ja, orang lain lagi. Asyik keluar masuk stor tu ja.

Macam mana nak pegi? Nah aku kasi alamat ;)

Kamal bookstore
134, Jln Pahang,
KL

Kedai dia betul-betul depan HKL. Ala, sekarang dah maju. Suruh Waze ja cari haha. Aku mai sini pun pakai waze jugak. 

 Selamat jadi bookworms ye kawan-kawan!

2 comments:

  1. Hai. Nak tanya lah. Ada perasan tak buku mims kat kedai tu? Agak agak anggaran harga dia berapa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai back to you. Sorry saya tak perasan, tapi kedai ni memang ada jual mims. Kitorang beli banyak2 sekali denga senior so boleh dapat murah. Dalam rm 60 - rm 70 tak silap.

      Delete

Awak, komen sikit :)