Friday, January 27, 2017

Ada Apa Di Kedai Booku

Assalamualaikum.

Memandangkan dah 2017 dan aku pun dah 21 kan. (Wehh serius la dah 21? Bukan hari tu ja baru start blogging). Oleh itu, hamba nak berkongsi dengan pembaca semua (kalau ada pembaca lah 😂😂 ), yang hamba di sini ada menjual buku-buku untuk rakyat Malaysia semua.

Orang cakap, kita kalau nak meniaga mestilah benda yang kita suka. Takkan la kau tak minat mancing tiba-tiba nak jual joran. Kang customer tanya cara nak guna, kau sengih je la. Haaa gi tu la nak guna. Sengih pastu dapat la ikan.

Berbalik kepada buku-buku yang aku jual, macam-macam hadooo. Terfaktab ada, Lejen Press ada, Buku Puris ada, PTS pun ada. Eh macam-macam la! Cuma tinggal pada diri kau sama ada nak membaca atau tak. Hello, kemon la dah 2017 ni. Takkan masih nak noob.

Hah? Mana kitorang nak tengok buku-buku tu?

Okeh, boleh search kat smartphone mahai masing-masing di Instagram. Search for @kedaibooku . Konfem ada lah. Pastu kau usha-usha la kat situ. Harga is stated there. Aku tak main ah dm for price.

Macam mana nak order sis?

Mula-mula kau screenshot buku yang kau nak. Pastu DM atau Whatsapp " Sis cantik! Kite nak buku ni.. " (Whatsapp number ada kat ig eh) Jangan lupa hantar sekali gambar buku yang kau nak tu. Dah bayar, baru aku process untuk penghantaran.

Dah lepas dapat buku, nak buat apa?

Bacalah! Tapi, atas ihsan ampa semua, kalau boleh follow lah igshop aku dan tag ig aku dekat buku yang ampa dah beli tu k 👉👈 😀. (huhuhuhuhu jangan sampai aku buat hashtag support bisnes melayu.) Eh tapi boleh buat #kedaibooku .

Ada COD tak?

Buat masa sekarang takda la dik nonnn. Aku pos je babe. Kau toksah risau ah. Kau tunggu abang posmen je hantar.

Lepas baca blog ni, nak buat apa?

Follow instagram Kedai Booku @kedaibooku 😉😉

*tajuk kontroversi sikit, isi tak kontroversi pun hehehe*