26 July 2017

Interview Farmasi UniKL

Assalamualaikum.

Sebelum tu nak mintak maaf untuk siapa-siapa yang tanya pasal UniKL dekat post-post sebelum ni, aku mintak maaf sangat-sangat kalau-kalau ada komen korang yang aku tak jawab. SATU; tak perasan. DUA; tak sempat nak jenguk blog 😛 TIGA; soalan yang korang tanya, aku tak ada jawapan. HEHEHE

Semalam, aku pergi interview untuk Bachelor of Pharmacy dekat kampus aku. Ye, UniKL RCMP. Balik-balik situ jugak hehe. Tapi kitorang panggil Bpharm je kat sana. So, bila aku cakap aku dalam proses nak masuk degree ni, maknanya aku dah habis diploma guysss! Di situ terserlahnya 3 tahun tu tak lama mana pun 😶

Nak bagi tau awal-awal, aku tak ada gambar sepanjang interview tu sebab 'butterflies in the stomach' 😂😂 aku kalau dah nebes tu, muka konfiden, perut meragam choyyyy

Image result for nervous gif

1. Sampai awal. Ni aku dah siap bold ni, nak pesan untuk adik-adik yang after this nak pergi mana-mana interview tolong datang awal. Sebab; lagi bagus kot habis awal, balik awal, penyakit nervous pun tak berpanjangan. Kan kan.

Dalam surat start pukul 9 pagi. Tapi kami sampai dalam 8 lebih. Oh by the way, sepanjang kat Ipoh untuk iv ni aku datang dengan Iman and Jiha.


2. Registration. Dalam 8.30 camtu, dia bukak kaunter untuk pendaftaran. Dalam surat tak clarify buat dekat mana pasal rcmp ada bangunan baru (a bit confuse la). Tapi, sepanjang iv tu semua dekat bangunan lama.

Beratur awal, interview awal. Yeay!

Waktu pendaftaran, kita akan sign kehadiran kita and bagi salinan dokumen yang kampus mintak. (Alert : tolong baca surat panggilan iv ampa nahhh, prepare apa yang dia mintak tu siap-siap sebelum sampai Ipoh)

And, dia akan bahagi grouping waktu ni. Kita akan isi nama dekat satu borang ni, so group korang ada adalah orang-orang yang korang jumpa waktu beratur tu hehehe. Jadi, berkenalanlah waktu queue tu 😀


3. Taklimat. Nak kata taklimat tu tak la sangat. Macam short talk ja. And briefing flow interview. Waktu kawan aku datang iv ni 2 tahun lepas, dia kena iv individu. Tapi, tahun ni dia start buat grouping pulak. And, aku dapat pulak dengan Iman dengan Jiha kekeke (sebab beratur sekali). Berjodoh betul ni ...

Ada 3 channel. Nanti kampus akan atur korang ikut channel (kan kita ada isi nama waktu registration tu 👆)
Satu channel, 3 station.
Setiap station, satu group (which consists of 3 candidates)
Setiap group ni nanti akan rotate station.
PAHAM TAK NI? 😂😂😂


4. Interview. Candidate akan masuk SATU channel saja. Satu station dalam 10 minit. So nanti rotate la dengan lagi 2 station. Kira interview ni berjalan dalam 30 minit je. And, aku tak pasti la setiap channel soalan sama ke tak (rasa macam tak sama je sebab panel lan-lain kan) 😶

Untuk channel aku tu, semua lecturer Bpharm (tapi ada a few yang aku kenal jugak sebab ajar time diploma hihihi)

Okay hadik-hadik, meh la nak share some questions sepanjang iv semalam (yang mana aku ingat la 😛)

STATION 1

Time ni Q&A session dengan panel. Panel tanya, candidate jawab. So, antara soalan yang kami dapat:

- introduce yourself
- why do you choose unikl
- what do you think of retail pharmacy

Image result for interview gif
*what they ask about your hobby*

STATION 2

Panel bagi satu kertas untuk setiap candidate (soalan sama je) and kita discuss sesama sendiri. So, goreng ja la. Tips : buat macam speaking test muet.

- let say you're accepted to Bpharm, what are the preparations that you'll do for your study
- choose one subject (biology/chemistry/maths), explain its relatable to pharmacy.
- your future plan in pharmacy

STATION 3

Yang last ni pun discussion. Problem solving situation. Tapi, dia bagi arahan by mouth ja. Aku syak dia nak test listening skill ni hehehe tau-tau ja telinga ni kadang-kadang buat masalah. Panel akan tengok ja korang sembang kat situ, so sama jugak buat macam tadi 😉

- what are important things in completing a work/task (example: assignment); and
- the obstacles in that work; and
- ways to overcome the obstacles

Tiga-tiga soalan adalah related.

Yup. That's it. Tu ja la kot yang aku mampu kongsi. Hopefully dapat la. AMIIN. Doakan sis hehehe. Ni antara harapan aku yang tinggi untuk degree 😭 And, kepada siapa-siapa yang datang iv semalam, hands up dekat bawah!

Bye.

Image result for bts gif



DISCLAIMER : Note that what I write are based on my experiences this year. The interview might differ as well in the future ✌