22 August 2017

what's going on rayuan upu

Assalamualaikum.

Harini keluar result rayuan upu.


And yes, aku tak dapat 👆 Sis redho. Memang awal-awal mengharap GILA-GILA (ni aku capslock biar orang nampak tulus ikhlas aku nak masuk) untuk ipta ni. Tapi kau paham-paham la, nak masuk pharmacy ni kena compete dengan ramaiiiiiiiii calon.

Nak lawan dengan budak 4 flat, nak banding dengan aku hmphhhh. Berangan je la oi. Kita kat sini budak diploma je 😪 Even result aku dah lepas syarat, tapi sekarang ramai budak pandai kan. Dipanggil ke interview pun tidak, aku kecewa la bab tu.

Image result for anime sad gif

Bila rayuan haritu aku mohon la jugak. Even dah tak boleh isi pharmacy, katanya dah penuh. So, aku pun isi la yang related science health. Lagi pun, untuk rayuan tak banyak pilihan yang aku boleh pilih. Maksud aku, kos yang aku rasa aku boleh. Takkan dari pharmacy aku nak terus terjun buta-buta masuk engineering. Aku pikir jugak pasal tu. Dah la tak minat calculus, naya rakyat malaysia aku buat heshhh mintak simpang 😂

Kira hari buat rayuan tu 2-3 hari sebelum result unikl, time isi rayuan memang aku tak dapat unikl lagi. So, bila isi rayuan upu tu memang aku perah otak tak sangga nak ambik apa, naseb otak aku tak tersembul keluar dari skull hihi. Ya la, masa depan aku, mampu ke boleh bawak. Bila rayuan ni, even kau tak dapat nak sambung kos kau minat, kau ambik la kos alternatif lain yang mana kau yakin kau boleh.

Jangan mengkhinzir buta!

Sekarang ni aku dah boleh decide nak pergi uni mana. InsyaAllah unikl. Boleh jadi rezeki aku dekat unikl ni jugak. Aku nak belajar redha ni, yang ipta bukan 'jodoh' aku kali ni hehehe. Cuba positif yang ada lebih baik untuk ke unikl. Amiin

Image result for anime happy dance gif

Buat anda-anda-anda-dan-anda yang dapat ipta, tahniah! Rezeki kau, ambik babe. Yang tak dapat macam sis ni, jangan sedih-sedih. Boleh tunggu result rayuan kedua pulak, mana tau rezeki ada. Aku rasa kesian bila baca komen kat fb upu yang kata tak dapat tu. Ada yang betul-betul nak study tak dapat. I can feel you tho 😢😢 Rasa nak study tapi tak dapat peluang, rasa nak je pindah ke marikh.

Jangan rasa down eh. Boleh cuba masuk ipts kalau mampu. Aku tau ipts mahal, aku nak pergi unikl ni pun aku mengharap mara hehe. Korang tau kan ada loan/biasiswa untuk pelajaran korang? So, jangan sempitkan fikiran pasal ipts ni tak bagus la apa la. Sila kaji sendiri uni yang korang minat nak masuk tu. Kalau boleh cari yang dah betul-betul stable la.

Siapa nak masuk unikl, boleh mohon cepattt dekat admission unikl. Intake september depan 17 hb hihihi

Kbye uolls.

16 August 2017

kdrama | Birth Of Beauty

Assalamualaikum.

Hallu 👋👋 Semalam aku baru habis satu kdrama ni. Drama ni sebenarnya dah lama tayang, tak silap hujung tahun 2014. Kira dah lama jugak la, tapi aku baru tengok hihi. Tu pun sebab kawan aku suggest dia cakap best.

TAPI SERIUS BEST NAK MATEYYY!

Tajuk:
Birth Of Beauty

Image result for birth of beauty
*poster rembat dari google*

Episod:
21

Rating:
sis kasi 4.3/5 🌟🌟

Sinopsis:

Sa Geum Ran ni dia buat plastic surgery, boleh dikatakan extreme plastic surgery pasal dia transform dari gemuk ke kurus melidi macam gambar kat atas. Orang ingat dia dah mati sebab accident, tapi sebenarnya tak. Dia mintak tolong Han Tae Hee ni untuk buat plastic surgery, dari Sa Geum Ran jadi Sara.

Plot dia start jadi best bila mana dia nak dapatkan balik suami dia (Kang Joon) dari perampas suami dia (Gyo Chae Yeon). Ya la sapa tak sayang laki ye dakk. Mula-mula motif dia hanya nak ambik balik laki dia, alih-alih Sa Geum Ran ni nak balas dendam dekat suami dia yang sebabkan dia 'mati' malam tu. Dia plan dengan Tae Hee ni nak porak perandakan Kang Joon dengan family dia sekali (kenapa family pun kena? Sebab family dia pun layan dia macam haram je time Geum Ran ni gemuk 😭😭😭) 

Fokus utama cerita ni bukan dekat Geum Ran ja, tapi Tae Hee ni pun ada kisah dia. Watak-watak dalam ni relatable tau tak. Macam Tae Hee ni, anak angkat family Chae Yeon. Tae Hee ni anak orang kaya, so nenek kandung dia cari dia untuk ambik alih tugas. So, kat sini ada la berebut-rebut jawatan semua. Yang nak berebut tu pun tak sedar diri dia sapa, kira nak merampas ja.

(Okay cukup la eh takat ni je? Kang melebih spoiler pulak. Tengok sendiri tau. Adakah aku cukup convicing untuk ajak korang tengok?)

💮💮💮💮💮💮💮

Apa yang best pasal drama ni?

Best pasal banyak pengajaran. Life lessons orang cakap haa gitu. Fokus dia dekat kekeluargaan tu sendiri. Watak Geum Ran ni sangat la baik (anak yang baik, menantu yang baik, isteri yang baik) even orang sekeliling dia tekan-tekan dia. Tapi bila dia start jadi Sara, dia berubah 360 dari segi fizikal (yang ni of course la pasal plastic surgery and liposuction) and mental. Watak Sara ni aku gambarkan memang berani dan stand for what yours.

Kira dia dah taknak orang tindas dia macam orang pernah tindas Sa Geum Ran dulu. Aku nanges waktu awal-awal episod drama ni sebab dialog dia makan dalam hahaha. Sedih tengok camna orang treat Geum Ran ni. Does fatness is a ticket for insulting? Hell no! Yang kita label sebagai family tu sendiri tak semestinya begitu. Kau paham tak? 

Aku suka part Geum Ran ni masak. Memang dalam drama ni, watak dia pandai masak. Pastu, ost yang dia letak part masak tu pun memang kena. Bersemangat aku tengok dia ni masak. Nampak sodappp.

Pastu kan, dalam cerita ni musuh dari episod ke episod makin bertambah. Yang kita anggap alliance pun nak jadi musuh jugak. gewammmm 

Also, scene kissing tak banyak pun weh. Aku rasa ada satu ja kot hahaha. Kira dalam ni bila dia nak tunjukkan kasih sayang, bukan lah kissing ja. Dorang peluk ja. Anara kdrama yang 'sopan' la jugak 😂😂 maka tak bertambah la dosa-dosa yang sedia ada nih huhu

Pelakon dia siapa?

Haa guyss, sebenarnya aku tak kenal sangat pelakon drama ni kecuali watak mak mertua Geum Ran ni (tu pun sebab dia berlakon dalam Doctors hehe). Kira depa ni macam underrated la kot. Sebab pelakon dia bukan pelakon mainstream so mungkin sebab tu la aku taktau sangat cerita ni kan. Tapi, acting depa memang best la. Thumbs up..

Image result for bts thumbs up gif

Yang berlakon watak Sara tu cantik sangat. Nama betul dia Han Ye Seul (sila google untuk melihat beliau). Tapi aku taktau la dia ni ada buat plastic surgery or tak. Kalau 100% natural beauty tu thorbaekk la 😎😎 Yang hero dalam tu pun smart jugak. Tapi bagi aku dia macam ahjussi kekeke. AHJUSSI YANG HENSEM LA DUHH

Oh by the way, watak Chae Yeon ni sangat bitchy hesh geram tau. Aku penah stop tengok satu episod tu, sebab aku geram dengan dia ni. Dia ni pun jenis tak sedar diri jugak, dah last episod pun macam tu jugak.

So, apa lagi guyss? Cepat tengok untuk yang tak tengok lagi. Cepatannnnnnn. Weh siapa ada movie/drama yang best korang penah tengok boleh suggest kat bawah k 😉

Bye!

13 August 2017

Degree Farmasi : Yay or Nay?

Assalamualaikum.

Rabu lepas aku dah dapat result interiew farmasi haritu. Boleh baca sini. Interview 25 Julai, result 9 Ogos. Lebih kurang 15 hari la jugak. Guess what?

AKU DAPAT.

Alhamdulillah.

Image result for anime dance gif

Tak sangka la jugak boleh dapat, pasal classmate yang datang interview hari tu boleh tahan hebat belaka. I feel shmol shy-shy-shy hahaha. Rasanya dalam 15-16 orang la jugak attend tu. And yang dapat ke degree rasanya dalam 10 orang camtu (idk the real total number tapi rasanya lebih kurang la hihihi)

At the same time sebenarnya tengah pikir nak tunggu tak rayuan upu. Rayuan upu aku tak pilih farmasi sebab farmasi dah penuh. Yet, kalau aku masuk ipta and tukar ke farmasi, it's cannot they said haishhh. Tapi taktau la kan kalau dapat tukar tu, rezeki la kan.

Buat masa sekarang aku dah accept untuk masuk unikl. So, bila dah nak melangkah ke masuk ke uiversiti ni kan kena prepare lots of things. Dari prepare dokumen ke bayar yuran ke beli barang ke daftar uni weiii it's a lot.

Image result for kpop sigh gif

Fortunately aku pernah masuk uni so im kinda relax tapi dalam kepala otak i've been thinking to do a lot of things in a month period. Maybe aku kena wujudkan satu post guidelines what-to-to bila dapat tawaran ke universiti. Kesian adik-adik yang baru nak masuk, i can feel u tho

Pendaftaran is 17 September 2017. Wayyyy more cuti is it? Hehehe. Dan sempat untuk raya haji. Fyi, this year ipta's registration is around raya haji. Bayangkan.....

Highway gonna pack
In between of balik kampung or hantar anak ke uni 
Baru raya dua hari dah kena start belajar

Lagi sedih kalau kena raya haji kat kampus

Dan, lagi sedih kalau kau budak baru and kena raya kat sana

Sabar la dik. Nak belajar kena berkorban .

Tapi, sebab aku alumni unikl, dapat la register on 25 September pasal tak payah orientasi. Yezzaaaa! Staff cakap datang register terus belajar. Gangster betul hahahaha. Tapi kan, sekelumit aku rasa nak orientasi pasal nak kenal bangunan baru dekat rcmp tu (tak sempat merasa kot time diploma sobsss) and nak kenal kawan-kawan baru.

Ya la, time orientasi la nak kenal budak-budak kos lain jugak. Kalau daftar lambat maknanya makin berlemak aku kat rumah. Ottokaee nak konvo kena lagi kurusssss

So, selamat berjaya untuk semua yang bakal melangkah kaki ke universiti nanti. Kepada yang akan masuk degree farmasi unikl tahun ni, boleh say hallo hallo kepada sis hehehehe 😉

See you soon. Bye!