16 August 2017

kdrama | Birth Of Beauty

Assalamualaikum.

Hallu 👋👋 Semalam aku baru habis satu kdrama ni. Drama ni sebenarnya dah lama tayang, tak silap hujung tahun 2014. Kira dah lama jugak la, tapi aku baru tengok hihi. Tu pun sebab kawan aku suggest dia cakap best.

TAPI SERIUS BEST NAK MATEYYY!

Tajuk:
Birth Of Beauty

Image result for birth of beauty
*poster rembat dari google*

Episod:
21

Rating:
sis kasi 4.3/5 🌟🌟

Sinopsis:

Sa Geum Ran ni dia buat plastic surgery, boleh dikatakan extreme plastic surgery pasal dia transform dari gemuk ke kurus melidi macam gambar kat atas. Orang ingat dia dah mati sebab accident, tapi sebenarnya tak. Dia mintak tolong Han Tae Hee ni untuk buat plastic surgery, dari Sa Geum Ran jadi Sara.

Plot dia start jadi best bila mana dia nak dapatkan balik suami dia (Kang Joon) dari perampas suami dia (Gyo Chae Yeon). Ya la sapa tak sayang laki ye dakk. Mula-mula motif dia hanya nak ambik balik laki dia, alih-alih Sa Geum Ran ni nak balas dendam dekat suami dia yang sebabkan dia 'mati' malam tu. Dia plan dengan Tae Hee ni nak porak perandakan Kang Joon dengan family dia sekali (kenapa family pun kena? Sebab family dia pun layan dia macam haram je time Geum Ran ni gemuk 😭😭😭) 

Fokus utama cerita ni bukan dekat Geum Ran ja, tapi Tae Hee ni pun ada kisah dia. Watak-watak dalam ni relatable tau tak. Macam Tae Hee ni, anak angkat family Chae Yeon. Tae Hee ni anak orang kaya, so nenek kandung dia cari dia untuk ambik alih tugas. So, kat sini ada la berebut-rebut jawatan semua. Yang nak berebut tu pun tak sedar diri dia sapa, kira nak merampas ja.

(Okay cukup la eh takat ni je? Kang melebih spoiler pulak. Tengok sendiri tau. Adakah aku cukup convicing untuk ajak korang tengok?)

💮💮💮💮💮💮💮

Apa yang best pasal drama ni?

Best pasal banyak pengajaran. Life lessons orang cakap haa gitu. Fokus dia dekat kekeluargaan tu sendiri. Watak Geum Ran ni sangat la baik (anak yang baik, menantu yang baik, isteri yang baik) even orang sekeliling dia tekan-tekan dia. Tapi bila dia start jadi Sara, dia berubah 360 dari segi fizikal (yang ni of course la pasal plastic surgery and liposuction) and mental. Watak Sara ni aku gambarkan memang berani dan stand for what yours.

Kira dia dah taknak orang tindas dia macam orang pernah tindas Sa Geum Ran dulu. Aku nanges waktu awal-awal episod drama ni sebab dialog dia makan dalam hahaha. Sedih tengok camna orang treat Geum Ran ni. Does fatness is a ticket for insulting? Hell no! Yang kita label sebagai family tu sendiri tak semestinya begitu. Kau paham tak? 

Aku suka part Geum Ran ni masak. Memang dalam drama ni, watak dia pandai masak. Pastu, ost yang dia letak part masak tu pun memang kena. Bersemangat aku tengok dia ni masak. Nampak sodappp.

Pastu kan, dalam cerita ni musuh dari episod ke episod makin bertambah. Yang kita anggap alliance pun nak jadi musuh jugak. gewammmm 

Also, scene kissing tak banyak pun weh. Aku rasa ada satu ja kot hahaha. Kira dalam ni bila dia nak tunjukkan kasih sayang, bukan lah kissing ja. Dorang peluk ja. Anara kdrama yang 'sopan' la jugak 😂😂 maka tak bertambah la dosa-dosa yang sedia ada nih huhu

Pelakon dia siapa?

Haa guyss, sebenarnya aku tak kenal sangat pelakon drama ni kecuali watak mak mertua Geum Ran ni (tu pun sebab dia berlakon dalam Doctors hehe). Kira depa ni macam underrated la kot. Sebab pelakon dia bukan pelakon mainstream so mungkin sebab tu la aku taktau sangat cerita ni kan. Tapi, acting depa memang best la. Thumbs up..

Image result for bts thumbs up gif

Yang berlakon watak Sara tu cantik sangat. Nama betul dia Han Ye Seul (sila google untuk melihat beliau). Tapi aku taktau la dia ni ada buat plastic surgery or tak. Kalau 100% natural beauty tu thorbaekk la 😎😎 Yang hero dalam tu pun smart jugak. Tapi bagi aku dia macam ahjussi kekeke. AHJUSSI YANG HENSEM LA DUHH

Oh by the way, watak Chae Yeon ni sangat bitchy hesh geram tau. Aku penah stop tengok satu episod tu, sebab aku geram dengan dia ni. Dia ni pun jenis tak sedar diri jugak, dah last episod pun macam tu jugak.

So, apa lagi guyss? Cepat tengok untuk yang tak tengok lagi. Cepatannnnnnn. Weh siapa ada movie/drama yang best korang penah tengok boleh suggest kat bawah k 😉

Bye!

No comments:

Post a Comment

Awak, komen sikit :)