22 August 2017

what's going on rayuan upu

Assalamualaikum.

Harini keluar result rayuan upu.


And yes, aku tak dapat 👆 Sis redho. Memang awal-awal mengharap GILA-GILA (ni aku capslock biar orang nampak tulus ikhlas aku nak masuk) untuk ipta ni. Tapi kau paham-paham la, nak masuk pharmacy ni kena compete dengan ramaiiiiiiiii calon.

Nak lawan dengan budak 4 flat, nak banding dengan aku hmphhhh. Berangan je la oi. Kita kat sini budak diploma je 😪 Even result aku dah lepas syarat, tapi sekarang ramai budak pandai kan. Dipanggil ke interview pun tidak, aku kecewa la bab tu.

Image result for anime sad gif

Bila rayuan haritu aku mohon la jugak. Even dah tak boleh isi pharmacy, katanya dah penuh. So, aku pun isi la yang related science health. Lagi pun, untuk rayuan tak banyak pilihan yang aku boleh pilih. Maksud aku, kos yang aku rasa aku boleh. Takkan dari pharmacy aku nak terus terjun buta-buta masuk engineering. Aku pikir jugak pasal tu. Dah la tak minat calculus, naya rakyat malaysia aku buat heshhh mintak simpang 😂

Kira hari buat rayuan tu 2-3 hari sebelum result unikl, time isi rayuan memang aku tak dapat unikl lagi. So, bila isi rayuan upu tu memang aku perah otak tak sangga nak ambik apa, naseb otak aku tak tersembul keluar dari skull hihi. Ya la, masa depan aku, mampu ke boleh bawak. Bila rayuan ni, even kau tak dapat nak sambung kos kau minat, kau ambik la kos alternatif lain yang mana kau yakin kau boleh.

Jangan mengkhinzir buta!

Sekarang ni aku dah boleh decide nak pergi uni mana. InsyaAllah unikl. Boleh jadi rezeki aku dekat unikl ni jugak. Aku nak belajar redha ni, yang ipta bukan 'jodoh' aku kali ni hehehe. Cuba positif yang ada lebih baik untuk ke unikl. Amiin

Image result for anime happy dance gif

Buat anda-anda-anda-dan-anda yang dapat ipta, tahniah! Rezeki kau, ambik babe. Yang tak dapat macam sis ni, jangan sedih-sedih. Boleh tunggu result rayuan kedua pulak, mana tau rezeki ada. Aku rasa kesian bila baca komen kat fb upu yang kata tak dapat tu. Ada yang betul-betul nak study tak dapat. I can feel you tho 😢😢 Rasa nak study tapi tak dapat peluang, rasa nak je pindah ke marikh.

Jangan rasa down eh. Boleh cuba masuk ipts kalau mampu. Aku tau ipts mahal, aku nak pergi unikl ni pun aku mengharap mara hehe. Korang tau kan ada loan/biasiswa untuk pelajaran korang? So, jangan sempitkan fikiran pasal ipts ni tak bagus la apa la. Sila kaji sendiri uni yang korang minat nak masuk tu. Kalau boleh cari yang dah betul-betul stable la.

Siapa nak masuk unikl, boleh mohon cepattt dekat admission unikl. Intake september depan 17 hb hihihi

Kbye uolls.

1 comment:

  1. Saya nak email awk boleh tak?nak tanyo something about unikl

    ReplyDelete

Awak, komen sikit :)